Sunday, November 2, 2008

When u look me.. i sipu2 malu...


When You Look Me In The Eyes - Jonas Brothers Music Code

pengantin


ehe.. orange cam ni cun x...?....
tapi..... nak lagi cantik baju....

Air NikMat

Keletihan menjawab paper food Law tadi masih belum hilang. Aku belum merebahkan diri di katil bercadar hijau dan berselimut merah itu. Masih di hadapan laptop.
Aku agak tidak puas hati menjawab 9 soalan esei tadi.

Bukan aku sahaja. Bahkan rakan-rakan lain turut merungut. Application amat memenuhi soalan dalam kertas soalan bewarna kuning itu.

Aku galak menceritakan terminum air rebusan telur di dalam water heater. ( ishh…. Sya lar punya pasal. Ader ker tak buang terus.)
Bayangkan…. Air rebusan itu sudah menjelajah di dalam stomach ku. Tidak dapat di bayangkan kesian nya diriku..

Bila ku tahu tentang itu, bila sya menceritakan… spontan aku termuntah air dikit….
Yarkkkkkk. (patot lar air lain macam… tapi… tak per… maner ader orang yang minum air rebus telor tu. Mencabar sunguuh…!!!!.. huhuhuu…).. Kesian aku…

Wana. Nani.. ( aper lar minah duer ekor ni… gelak besar. Buruk.)
Sya..??.. Ingin tau aper reaksi nya..??... ( tak abes2 mintak maap.. say sori..)… Kalo aku mati memang aku da mintak ganti rugi dah…

Yerlar…. Nak beli kain kapan. Upah orang gali kubur. Antar mayat aku balik Kelantan.. mesti lar mayat aku nak naik flight….

Ya.. Allah… sedih lar plak citer pasal mati ni…..
Cam ner kalo umur aku tak panjang..??........
Camner kalo aku betul2 mati…
Mesti lar seedy baban .. aku nak ayah jadi wali untuk aku nanti…. Nak pakai baju pengantin… nak ader suami dan anak2.. yang penting balas balik pengorbanan mak, jasa pakcik, kasih sayang ayah padaku…..
Rindu ayah.. rindu mak….
Bagaimana ayah sekarang..?
Mak demam.. sebak denagr suara mak tadi.. aku cepat2 matikan talian untuk menelefon lagi esok hari….
Wuu…. Syahdu nyer….

Aku rindu safuan…
Tq…. Aku sudah dapt rasakan kasih sayang nya semakin dalam untuk aku,,
Tq sayang…….

Saturday, November 1, 2008

ummuuuahhh 4 nadya...


aku rindu saat ni...
saat aku epi ng nadya..
kawab baik aku.
tapi skang da makin jauh..
dier bz.. aku pun bz.....
miss u mek ya...!!!!!

kaca. M16

Kesian safuan. Kepenatan.
Aku terharu dengan kedatangan nya ke sini.
Lawatan ke fakulti???..... Iyer.. aku tunjuk majority tempat kat FAkulti dan Area Menara SAAS, Dewan..
Aku tersengih diam bila tengok aksi terkejutnya dengan Piramid kaca dan Butik Canterburry dalam UitM.
AKu mengamati bait-bait tutur bicaranya. Hebat berfalsafah secara tidak formal tentang Piramid. Aku pula menyadurkan ayat-ayat nya untuk Nisah dan roomate2 aku yang punyai 10 kaki . ( 5 orang lar tue…)
Kami ber on 9… pada masa itu.. aku berubah terus. Di tunjuk kan aku sesuatu yang memedihkan hati ku. Perbualan chat YM antara dia dan Sara. Aku amat terguris. Membaca setiap baris ayat. Aku menitik air mata. NAmun cepat-cepat aku seka air mata itu. Aku tidak ingin di ketahui nya. Pedih dan sangat pedih. Sebelum dia menunjukkan itu semua,,,, dia berturus terang ingin jujur padaku perkara ynag lepas-lepas..
Yang pasti, aku tidak perlu untuk terlalu percaya pada orang dan tidak perlu terlalu baik untuk orang yang terlalu awal usia perkenalan. Panggilan abang sayang. Rindu.syang.luv.. sungguh tajam.. (ader lar gak rasa macam kaca kat pyramid tu..).. rase cam kena tembak ngn senapang pun ader…
DUM Huhuhuhu…
Dan aku kira-kira…..
Bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi…
Maaf aku miza…… Maaf aku…..
Kerana tidak langsung mempertemukan mereka…
Dua-dua mulut manis. Aku perasan. Safuan memegang erat tangan ku bila dapati aku terlalu sedih.
Ke McD….
Aku telah Berjaya mengawal keadaan….
Subjek Osha. Aku sentuh. Safuan hebat mengajar aku. Hydrostatic Test…
Alhamdullilah… soalan itu telah keluar pada paper exam tadi.. Aku yakin untk mendapat markah penuh.
(Thanxxxxx sayang…..)

Alamakkk..!!!!!... Asal lak bertembung kat McD ni…..???>….!!
Ishh.. aku mengawal diri……
Sara dan Jeri….
Sara Agak tidak selesa aku nampak. Mungkin ada Safuan…
Jeri…….. cool jer…. Banyak aku ramaps ayam mcD dan fries jeri…
Namun…
Aku sedih lagi bila sara menghantar email di Friendster safuan……
Di mana janji di campakkan bila bersumpah atas nama Allah S.W.T dengan rela hati pada 2 bulan lepas..??????????????????????????????????????????????????...

Huhuhuu… seedy nyerrrrr……….
Perlu ker aku mempercayai ssesiap di dunia setelah hati jantung. Paru. Limpa di siat-siat nan rakuss..

Hahahahahah…
Padan gak muka ku. Terlalu lurus. Terlalu mempercayi orang… marah pun tak ader gunanya. Tuhan Maha ADil. Petikan ayat-ayat jiwang Norman……..

Lalat oh lalat

Kesian Miza…
Sayu hati aku terhadapnya…
Kini, aku berusaha untuk mengubat hatinya.. Menemani dia siang dan malam. Walau aku agak sibuk, tapi aku berusaha menemani dia..
Sayu hati ku bila mendengar tangisan nya….
Aku lebih rela menemani dia daripada mendengar rintihan tangis nya di malam hari.
Begitu agung cinta kasih mu pada si dia yang sudah 8 tahun..
Sabar kawanku…….
Hanya itu yang aku mampu ucapkan
Dan kata maaf sering kali aku bisik di ruang media telefon.
Kamu tidak tahu perkara yang sebenar sayang tentang semuanya. Aku rasa bersalah. Adakah aku penyebab semua itu atau adakah takdir Tuhan sebagai ujian hubungan kalian.
Kejam ke si lelaki atau kejam ke si perempuan .
Tanda persoalan itu selalu bermain di akal pendek ku ini.
Aku masih tidak tenang..
Maaf Miza.. aku tidak berdaya membantu sangat.. Aku tujukan lagu istimewa untuk nya..
Aku sayang kamu…..
Aku masih lagi menemani Miza….
Sayu bila di panggil cyg…. Aku rindu panggilan itu…… Sebak……
Aku menoleh Wana. TErsenyum sendirian. Kini Wana pun sudah terikot2 sikap ku.
Lalat.Lalat.Lalat.
Huhuhu…
“Daya…. Katil ko makin himpit locker aku..susah nak bukak pintu locker..”. Rengek kau manja.
“TOlak jek lar!!!!!”..
Gulp.. aku terkejut kingkong…….
Wana terkejut beruk.
Nani terkejut Chimpazi.
“ dIa tension lar itu ida”. Kata Wana..
Aku gelak-gelak macam Pontianak.-(Pontianak comei….. Lagi manis lagi comei dan kiut…. Eheh…. Jagan jelez kak Noreqqqqqqqq…..)
Asal ko gelak? Dia kan marah ko.. eii. Nak lagak macam gangster. Ungkap Wana yang sememangnya 100% antiDaya.
“TAK DER laR.. AKU ANGGAP JER SI DAYA MACAM LALAT.MARAH MACAM LALAT.. uik.uik.uik…”
(Abang lar ajar sayang jadi macam ni… :P)
Hhuhu….. WANA MENGiakan kata-kata aku… dia yang ader problem tension2 tesis…
Lupa pulak… mak cik cleaner bising2 marah aku pasal parking ego depan bilik. Memang lar tak boleh. Aku jer yang selalu cari pasal. Sampai Rs amek plat number moto aku. MAkcik cleaner bising marah aku. Bunyian indon nyer.. buat aku jelek… - dalam hati ku..( dar lar datang kat Negara aku. Ader hati nak maki2 teruk aku.. )
AKu buat bodoh..lagi lak minah indon tu bengang. Aku tau aku salah… tapi tak leh ker.. budi bahasa..
(Budi bhasa kan budaya kita..)..
Oppsss.. lupa lak.. mak cik tu indon… mana lar tau…. Budaya Malaysia.. (kihkihkih).
Tapi.. makian percuma itu.. aku anggap umpama lalat..lalat.lalat.
Safuan yang mengajariku itu secara percuma. Memang berkesan. Buat aku gelak dan sabar..
(ehe….)
Penat terasa.. Seharian di isi masa dengan menemani Wana ke Pusat Kesihatan UiTM dan Poliklinik Shah ALam. Kesian Wana.. Simpati aku pada nya….
Hyperthyroidism….
Sabar kawanku.. Aku telah berjanji akan selalu menemani dia ulang alik ke Poliklinik dabn Pk. Untuk rawatan selanjutya..
Dibasahi air hujan….
Amat menyeronokkan bila membelah jalan dengan ego…
Kepenatan masih lagi terasa.. baru semalam balik dari rumah safuan…..
Dari situ aku mengenali kak syam dan lain-lain..
Aku teringin untuk ketemu adik (Adik safuan). Kata Kak Syam..dan kawan mak safuan,, muka aku ade mengirasi wajah adik…
Aku perlu menyiapkan Tesis……
Air milo, munchys yang ader milamin kata Nani, Laptop, Kertas band dan Wana menjadi peneman aku malam hari ini…..
Chaiyokkkkk ida…!!!!!!!....

Nuwu, mawin, norju, aku, nini and fard..
ni lar budak2 yang aku first kenal msa mula2 mauk class food tech..
ketemu di jalanan fakulti blik A hadapan pejabat fakulti.
senang denagn kalian......
yang pasti.. teman2 ice skate aku...

ermmm



Dinner

Kepenatan membelit tudung. Aku mengeluh kecil. Aku bukan pakar dalam menghiasi diri..
Aku agak low profile dan tidak ber up to deat seperti gadis-gadis lain. Cukup simple. Tidak pula seksi. Bagi aku tidak pelu seksi semata-mata untuk menayangkan epidermis kulit dan badan untuk lelaki yang bukan muhrim.

Melangkah ke ballroom Wisma PKPNS amat memenatkan. Keletihan bersama teman-teman dek kelewatan tiba. (AIn datang lewat amek kitorang dengan wira mak dier..)
Dinner biasanay meraikan Final Year Student.
Aku puji dalam diam.

Sume rakan pun puji dalam diam.
Makan. Gelak. Berganbar…
Perot oh perot..
Sian..kamu… sungguh buncit….. ehe...

mata makin pinar dek di simbahi cahaya lampu.

bertemakan persandinagn mempelai.
sungguh hebat
ada pengantin
Pelamin
tepur tawar..
kompang...

di susun atur umpama pestar perkahwinan..

Aduuiiiii....
gatal nak kawin....

Titik-titk jernih

Sudah lama aku tidak mengeluarkan titik jernih ini. Dan mala mini.. berderai jua akhirnya….
Aku lah punca segalanya…
Sampai hati si lelaki….
Membuatkan nangis pada si perempuan. Si perempuan itu, kawan baik ku sendiri. Salahkah aku dalam hal ini kerana tidak langsung mempertemukan si lelaki dan si perempuan yang lain?
Salahkah aku atau takdir yang tertulis segalanya…
Lagu kenangan terindah nyayian Samsoms…
Aku amati satu persatu bait-bait liriknya…..
Selama 8 tahun hubungan cinta mereka berakhir di situ sahaja……
Tidak adakah rasa sayang si lelaki pada perempuan pertamanya?
Tidak rasa bersalahkan si perempuan ke dua pada hubungan si lelaki dan perempuan??
Hidup ini umpama pentas mainan dunia.
Terlalu banyak dialog untuk di canai dan dihafal satu persatu untuk menghidupkan lagi lakonan di pentas.
Aku sayu….
Aku nangis dan terus nangis dek luruhnya air mata di pipi sang gadis yang sejak kecil berikrar sebagai temanku…
Sabar sayangku…. Aku doakan dikau…………

Maaf dinda

Hampir pukul 7 petang. Aku masih mengadap laptop. Tuntutan sebagai pelajar yang wajib mneyiapkan final year projk sebelum graduate. Pemandangan indah di depan mata. (Jejaka-jejaka maen bola sepak).

Aku bukan ingin sangat. Tapi, rezeki di depan mata.(hakahakhak).
Tingkap ku mengadap padang Seroja. Langit kelihatan semakin mendung. “Alamak..!! dorang bukak naju lar plak.).-Haish…… sabar ida.. hahahhahhahha.. (Maaf dinda kanda…)

Persinggahan

Aku menatap puas safuan di skrin laptopku. Memang gambar dia yang selalu menjadi model tak bertauliah dan model percuma di arena skrin multimedia ini. Berbaju merah dan senyumannya yang manja dan comel. (Comel skit jer.)
Yo baru menelefon.
Dan masa itu juga aku menghancurkan hatinya
Maaf yo…
Betul cakap yo. Hati aku kuat untuk safuan.
Maaf yo….
Maaf…
Semoga kamu temui kekasih yang terbaik untuk singgah di hatimu.
Aku tidak mampu untuk memberikan hati ini untuk mu.
Hati ini telah ku berikan untuk safuan.
Dan pada itu, dia telah berfikiran matang. Menerima keputusan ku sebaik nya.
“Yo sayang kan ida dan Yo nak Ida bahagia dengan nya. Yo doakan”
Ayat itu terngiang di lorong kecil teliinga ku. Aku mengeluh lega. Amat terharu dengannya.
Betul kata orang. Cinta tak semestinya memiliki.

Tak semua apa yang kita nak dapat…….
Perut semakin berkeroncong. Mata sudah menunjukkan taring kemerahan. Aku perlu beradu. Namun banyak lagi yang perlu disiapkan.

Aku bantutkan niat untuk kealam mimipi.
Aku bahagia bersamamu…. Sudah tidur agaknya dia. Kepenatan menjual baju..( Tokey baju…)
Ummmmmuuuaaaahhhhhh.. percuma untuk malam ini. Ummmuauuaaaahhhh kat idung mu…

Saturday, October 25, 2008

sesi pembelajaran dari abg

ini gmbr ida memonopoli gmbr

Tuesday, October 14, 2008

Siakap dan Tom Yam

Ku lihat jam di laptop. Agak lewat. Sudah jam 5.35 pagi. Tapi aku belum menunaikan tuntutan manusiaku untuk tidur.

Aku baru sahaja menyiapkan assignment. Di anak telingaku serinkali berputar lagu kembali pulang nyanyian percuma dari kangen band.

Terima kasih za. Aku amat menyukai lagu ini. Bait-bait ayat mahupun iramanya cukup memuaskan nafsu hatiku untuk menjadi santapan telinga.

Aku agak penat. Tiada cukup waktu untuk rehat. Terlalu banyak assignment. Berputar lagi lagu kasih yang tak di anggap. Aku amat mengerti lirik itu. Seolah-olah band Kertas memerli diriku dengan ayat-ayat itu. (Huhu..sedeynyer… Aku menghitung akan ida. Menghitung hidupnya dengan dugaan itu

Walau tertekan dengan assignment, aku tidak pernah sunyi untuk mengusik rakan-rakan. Mawin, Nurul mengajak ku ke GIGS di Central Market. Hati ku melonjak ingin pergi jua. Namun.. ..
Ahh.. biar saja…
Ader rezki sampai jua.
Mant ‘menderma ‘ junkfruit.
Fatimah menderma kerepek.
Di dalam Beta jadi santapan semua

Sudh biasa. Memang begini selalu student Food Tech. Selalu membawa santapan untuk makhluk dalam dewan kuliah.

Aku meratah puas junkfruit. Beria umpama ibu yang mengidam. ( Tak sabarnyer nak jadik ibu..-ehe…)

Assigment dan presentation group Food Law group aku berakhir dengan jaya.( Hurey…….).
Slide paling ok dan presentation yang ok compare dengan group lain. Aku tersenyum puas.

Ikan siakap 3 rasa, tomyam mampukah mengungkap segala persoalan.

Sedih,lega,gembira,perit,sakit. Semua bercampur aduk umpama ikan siakap 5 rasa untuk hidangan percuma untuk diri ini.

“Ada ker siakap 5 rasa????

Tuesday, October 7, 2008

Detik itu

Aku amat mengantuk. Keletihan yang amat sangat. Baru sebentar tadi menyiapkan assigmnt food Law. Bersama mentaduk du ekor. Rahim dan Ivan. Agak masalah seorang diri perempuan dalam group work. Selalu di buli. "Xper.. ida kan secretary".

Haaa.. kepala otak korang...

Aku menghitung dan terus menghitung. Banyak lagi assigment yang perlu aku siapkan..
Mataku sudah berpinar-pinar. 6.30 pagi nan subuh baru aku membuaikan diri di alam mimpi.

Aku tersenyum sendirian bila mengingatkan detik 8hb 10..

Hatiku berbunga.. Alhamdulillah..

Aku memanjatkan syukur kepadanya....

Detik kembali pulang...

Aku menemui kembali dia yang sudah lama tanpa khabar berita.
Terpisah dek takdir.

Bagaimana dewasanya dia kini.

Dia turut memikirkan diri ini.

Sudah hampir 10 tahun...

Friday, September 26, 2008

Aku Mahu Pulang

Kedengaran dentuman sepatu pelajar di tangga amat memekakkan telinag ku.

Namun, aku hanya mentumbat telinag ku dengan head phone. Aku berjaya mengubah jenis bunyiaan itu. Kepala ku sudah berdenyut. Dari tadi aku mengadap skrin laptop ini. sudah bermacam gaya aku persembahkan. Sudah amat penat meriba, di atas luntut pula jadi mangsa sasaran aku.

Sudah 10001 macam gaya.

Aku baru teringat. Tadi aku menghantar sms kepada ayah. namun tiada balasan. Aku rindukan ayah. Bersama d pagi raya. Namun, itu semua tak mungkin. Aku menangis. dan menangis. (buat malu jer kat daya)..

Sudah 6 tahun tidak beraya bersama ayah. Agak sedih..
Sudah banyak jurnal yang aku kumpul. semata-mata tugasan halal dan Food packaging yang melambai-lambai untuk segera di siapkan.

Aku mahu pulang malam ini.
Tapi, tiada siapa ahli keluargaku yang tahu.
biar..
Aku cuma tidak mahu menyusahkan di hantar dan di ambil
Diri ini bukan kecil lagi
sudah agak besar untuk berdikari.

Aku rindukan 3 orang anak buah ku. Fawwaz yang sangat degil, Echah yang manja, dan Akil yang baek.

Aku rindukan zaki,, (siap ko zaki, aku nak sekeh dehi ko...) adik aku yang bongsu tu. tapi aku sayang dier.

Jeri dan Iniey.. aku rindu kalian...

buat mak, pakcik dan kakak2 dan abg2 aku...... aku turut rindu kalian.

Aku perlu berusai.. aku sudah agak capet. aku perlu ke PKNS. menjamu mata dengan suasana menjelang hari raya...

Hanya seorang sudah memadai....

Wednesday, September 24, 2008

Ditempiasi hujan air mata

Aku hanya mampu menagis. Meratap kesedihan keseorangan. Terasa pedih di lubuk hati. Terasa down. Aku teresak bagai anak kecil. Aku memeluk erat yaya. Kesian yaya, sudah dibasahi titk-titik jernihku. Andai yaya pandai berkata-kata, tentu dia memujuk aku berhenti menangis kerana tidak mahu kesejukan dek tempias air mataku ini.

Aku teresak dan teresak. Dada ku berombak ganas. Nafasku umpama sudah berada di penghujung. Mungkin sudah dipenuhi mucus-mukus yang liat (air hingus lar tu.)Aku menyeka dengan sweater pink aku. (eii.. pengotor lar pulak aku ni).

(Tolong alien.. bawa aku pergi ke medan angkasa.). Itu lar aku.. bila sahaja masalah mula menerjah terasa ingin lari dan terus lari.

Sudah dekat berbuka. Namun, aku terus mengambil beberapa biji panadol lantas meratah bagai kelaparan. Aku berbaring. Terasa khayal. Namun, ayat-ayat itu membuat aku down. Terasa tajam. ( Safuan pun tak pernah cakap buruk macam itu). Suatu penghinaan yang amat berat aku terima. Dan sampai kapan pun aku akan mengingati ayat-ayat itu sampai akhir nafasku.
Aku terasa di alam khayal. Demam ku makin teruk pula hari ini.

Pintu dikuak. Nani, Sha, Wana sudah pulang dari berbuka di luar.

Aku berpura2pura tidur. Terasa sentuhan di dahi dan dadaku.

“ wei. Badan ida panasla.”. suara nani kedengaran.Baru aku sedar. Tangan nani yang mencabul dahi dan dadaku tadi. Terasa sayu. (wei.. geli lar. Raba-raba dada aku pulak minah ni..). Tapi.. aku betul2 rasa dimanja kawan-kawan.

Mana tak nya.. jika aku sedih.. terasa sunyi bilik itu.. Mungkin aku penghibur mereka semua…
“Ida, ko dah buka puasa belum?.

Aku pura-pura terjaga. “Dah.” Ringkas jawapanku. (Aku bukak ngan panadol dan air lar wana. Lapar giler ni weiii.. )rintih hati ku keseorangan.

“Ida, aku buatkan air milo untuk ko eyh..meh lar makan sikit”. Wana menyambung.
Wana masih di malabuhkan punggungnya di sisi katil ku..
Alamak..!! bear aku penyek lar wana..!!!.. aku bermonolog
keseoranagn.

“Tak nak…”. Begitu sahaja jawapan ku. (Bukan kerek lar.. tapi aku segan. Mata aku dah bengkak nangis dari tadi).

Aku menyambngkan tugasan mata berpura-pura tidur dan beberapa kali berfikir. Berfikir dan berfikir. Terasa malang hari ini…..

Aku benci akan situasi seperti ini. Membuat aku makin lemah. Terasa sayu bila mak safuan mengambil berat akan ku..

Terima kasih makcik…….

Aku ke toilet. Mencuci baju dan ego..

“Ida.. bengkaknya mata.. awak nangis eth..?”
Tak lar Nani…..

Nani mengerutkan dahi dan merapati aku.

“Yer..sy nangis yang sangat banyak tadi. Saya malu.. nanti dorang pasan saya nangis..”

“Alar..tak per lar ida.. awk jagn nangis eyh… tak yah lar malu.”

Tapi.. awak nangis yang sangat banyak ker atau nangis yang sagat teruk?

Ehe…. Aku tersengih…

Sha, Nani, Wana sudah menyediakan makanan untuk aku.. Terasa terharu…

Mereka merapati aku dan meneman aku makan…

WArrghhhh…. Terharunya dapat kawan-kawan macam ni..

Sayang korang sumer….

Presentation- cuak

Berada di bilk 310 amat mendinginkan setiap lapisan epidermis. Staphyloccoccus di epidermis kulit, mataku mungkin sudah tahan juga dengan kesejukkan itu. Penghawa dingin sudah agak melampau. Tapi, tiada siapa yang membetulkan. Masing-masing cuak dengan presentation seminar.

Aku?

Hanya melihat kawan-kawan. Gelagat mereka. Aku tidak terlalu menghafal dialog. Cuma apa keluar dari bibir mongel ku itu, akan aku tapis sebaik mungkin. Aku peserta ke 3. Agak awal. ( cuak lar gak skit. Tapi tak lar sejuk macam nisah.)
Ayeesha, Azni.. dan sekarang giliran aku pula…

Memang. MR.WOON amat hebat dalam soalan yang dikemukan. (Hebat giler r perangkap student ngn soklan ntah apa2)

Pn. Azizah (Tanya yang ok)

Pn Lecturere baru (senyap jer…. Lupa lak nama>sowri..)
Kesian mereka..

Aku melangkah….

Membuka slide..

Alamak.. mane lak perkataan mercury in.
Tinggal fish jerk at slide.

MR.WOON, Pn Azizah dan Pn BARU, kawan-kawan turut gelak..
NTah mane hilang.. upanya ader tersembunyi kat atas. Kurang asam……..
Tengok aku yang kalut buat mereka ketawa.
Huissshh.. malunya..

15 slide yang penuh dengan gambar dan kalerful di terangkan. (Dalam bilik tu, slide aku lar yang paling cantik.. kenyataan. Ramai yang puji.)
Alar.. kan DR CHEOW da pesan.. kena attract audience dengan slide…. Aper lar korang ni.. buat slide pun tak reti nak kreatif..

Oppsss. Ter;lebih bangga diri lak….
Suara aku amat lantang bila present. Tidak mustahil lar jika presentation group aku selalu kena buli untuk present. (Kerek nyer ayat. Tak boleh bla..)

Usai.. terus aku di soal tentang permitted level of mercury that can be consume to people.
ALamak…….ishhh..

Dengan bantuan impuls yang giat memecut ke sinaps, aku menjawab, the permitted level that we can consume about.. 0/035 mikrogram per 1kg body weight.
(Giler… aku main belasah jer tang permitted level maner leh reka2.. kan ikot FDA (Food Drug Admanistration).aku lupa lak nak cari.aishhhh..
Are u sure?

Yup.. I really sure…
Kah.kahkha… jahatnya aku tipu 3 manusia lecturer.
Maaf zahir batin puan. Mr Woon.. (Huhuhuhu..).

Apa ni.. soklan Mr Woon.. aku tak faham ar… aku jawab jer… janji tak diam.. Tapi aku da lupa lar soklan apa dan aku jawab apa. Tu sumer tindakan spontan..
Haa… giliran puan lak tnya..

In Sardin or tuna, what amount that we can consume?
Alamak.. apa lak pulak amount2 ni.. tnya lar bapa tin jer.. maner lar nak sempat kaji berapa gram..

We can consume only 2 tin per week of sardine or tuna..
Berkerut dahi puan… Are u sure?

Yes.. we cannot eat more than 2 tin per week. If we consume more than that, it can contribute high amount of mercury even we not eat shark which are high level of mercury. Rapidly are more serious one.

Apa benda aku merepek ni.. English BM lar plak.

Tapi, tak per..aku puas hati sebab aku sekurangnya aku tidak senyap bila tak dapat jawab soalan. DR Cheow pesan try to answer. Right or wring doesn’t matter.
Aku melabuhkan kerusi. Aku cakap kat mawin dan Fendi yang aku tipu jer sumer jawapan. Mawin gelak2.. Fendi pun. “ Tu lar… aku cam risau bila dia tnya soalan FDA kat ko… aku ingat ko jawab betul. Konfiden jek jawab. Slebet lar ko ida…

"Ntah ida, slebet ar ko". Fendi mencelah dengan menampilkan barisan susunan gigi nya yang putih.

Aku menarik muncung..

Hahahahahhaaa….

Borim lar pulak…… tapi aku nak tengok Mawin present. Terpaksa tunggu.
Aku macam anak lipas merayau-keluar masuk ke bilik kawan-kawan aku yang lain. Masing-masing berpecah tempat present. Setipa bilik 3 atau 4 lecturar dan 16 pelajar.
Aku ke 311. Aku melihat Dina present. Cian dina kena teruk. Aku ke 314. Aku melihat kak long present. Jawab jawapan dengan malu-malu dan gelak-gelak.

Aku ke 312. Aku melihat kak Diana present. Wah.. hebat ar dier.. (tapi ramai tak suka dier.. eksyen jek lebih minah tu.. tapi aku on jer ngan dier).

Aku ke 322. Melihat kak Emi sedang present… Hah.. en HAdi monster tu jaga bilik ni ker. Combination ngan DR. Aishah hijau tu.. aihh..

Tapi Wana cakap ok jer dier present depan dorang. Wana dah mula sayang DR. Aishah.. hahahha.. dulu dier gak yang ngadu macam-macam..

Ramai yang makan hati ngan leser Dr Aishah. Mungkin tidak berkahwin lagi penyebab dier liar garang umpama itu..
Tapi, setakat ni Dr Aishah tak pernah sound aku.
Cuma terlalu kecil hati dengan test dulu. Aku di larang mengambil test. (seedy.. bukan salah aku…)..
Suasana sekejap mendung. Sekejap terik. Rumet aku semua masih di buai mimpi..

Aku?..

Mata ini melarang untuk ditutup….

Aku perlu berundur. Terlupa motor di tinggal di tepi PITTAR. Patot lar aku tak Nampak-nampak motor aku. Malang betul ego. 2 hari di PITTAR…

Bermandi hujan dan ditempiasi sinaran suria yang zalim

i luv u so..

this song dedicate for Mohd Safuan Abd. Rahman

Thursday, September 18, 2008

E. Coli mampukah terokai stomachku?

Aku terjaga. Ku lihat sms dan miskol darinya. Lupa sejenak. Aku terlelap malam tadi. Lantas aku bangun mewangikan diri. Terasa segar. Trakea ku agak kering. Hanya bangun untuk minum air rawatan syabas. Sea Master saja pagi tadi. Tidak larat untuk bersahur apa-apa.

Aku sudah bersedia merenung diriku di hadapan laptop. Aku membuka di arena dokumen. Aku perlu menyiapkan slide presentation dan assignment seminar. Tajuk?. High mercury in Tuna. Sudah banyak jurnal aku download dari banyak sumber tentang bahaya Tuna dan Ikan-ikan lain. Besa lar, tugas pengkaji makanan.

Dari pagi sampai jam 6 mengadap laptop amat menggilakan. (Otak aku da jadi senget sebelah). Impuls saraf otak ku yang ligat bekerja dari pagi tadi merayu-rayu anggota badan ku untuk berhenti berfungsi.

Sekali sekala aku merehatkan diri hanya untuk solat.

Ku lihat kawan-kawanku yang lain pun sibuk membuat tugasan seperti aku. Al maklum lar, semua orang sekelas.:p

Telinga ku sudah agak bosan mendengar lagu raya. Hampir banyak pusingan semua lagu itu. Bibir comel ku galak turut sama menyanyikan lagu raya. ( Comel ker bibir aku.. huhuhu,..)
Sekali sekala mata Nani dan Wana melerek ke arahku. Hanyut dalam dunia sendiri luah Nani padaku.
Sudah agak bosan, aku menukar pula tugasan lagu-lagu nasyid untuk menghiburkan anak telinga ku ini. (Bagus kan aku.. dengar lagu nasyid tu..)
Aku menelefon adik ku… Aku sebak.. nangis.. (manja sangat lar pulak. Haih..)..

Aku nangis bersebab….

Mak menelefon aku….

Safuan?.. huhu… pengajaran untuk berjimat katanya padaku.. (baik bos…)
Alamak.. Wana Nampak aku nangis… tak reti betol lar mata ini nak cover air mata…. ( Tak matang betol lar mata ni).

Jam 7.15 usai. Tapi aku tetap berdegil mahu ke shower. ( Cover nangis tadi lar konon).

Allahhuakhbar Allahhuakhbar…
“Alamak!!!!!dah azan… cam ner ni..?”
Gulp… aku bertekad… dengan niat bismilah….

Haaa… mahu tahu apa yang terjadi…

Aku meminum air paip kat shower.. denagn niat berbuka puasa. (Bengong betol lar minah ni.. Slebet!!. Air paip di telan)..

Argghhh….. nikmtanya air paip..

Ala.. tak per…. E. Coli dalam air paip mestinya tidak berani menggangggu system penghadaman aku….

Usai itu.. aku berbuka puasa hanya di bilik bersama Wana. Daya. Shad an Nani.

Melihat laptop melambai kea rahku untuk menuntut kerja disiapkan segera ku bergegas.Aku tidak ke masjid untuk terawih malam ini..

Sunday, September 14, 2008

Ramadhan

Aku masih lagi tidak ponteng akan puasa walau sehari. Tapi apakah ibadah ku ini diterimanya.

Bila teringat akan aku bersama rakan-rakan mengumpat akan head pof proggramme..
Adus...
makcik tu makin meliar sejak puasa ni.. sikit-sikit ugut student2 food tech..

Dr. aishah pun satu.. makcik tua yang tak kawin-kawin itu lagi pun makin jadi hijau macam monster. semua student merungut akan sikap nya yang makin kerek sejak berpangkat doktor. sejak menag award kat geneva dengan product candy kulit tembikai dier..

GaH TERPAMPANG GAMBAR DIER berjabat tangan senyum plastik bersama orang yang lebih cerah dan lebigh tinngi dari dier.. (mat saleh lar tu).

masa aku bersama rakan.. mencurah-curah umpatan. tempias enzyme amilase di dalam minuman...

"korang pasan tak.. Dr norizaah makin......." makin liar...... aku menyambung ayat daya itu...

kenapa korang gelak..?,, betol lar wei statemenent aku..

kitorang selalu lepak di meja n kerusi batu ijau di dataran FsG..

tempat umpatan....

bukan umpatan sebenarnya.. tapi ketidak puasaan hati pelajar tang menderita....
Ahax......


sudah bertimbun assgment yang perlu di siapkan..
NAmun... kesedaran dan keinsafan tenggelam timbul saja..

Aku sering kali berbuka puasa di masjid dengan rakan-rakan. Alasan?
saving dan bukan dapat pahala ker.... insa dan maghrib berjemaah...

Aku teringin memakai tudung labuh...
Tapi hanya untuk seketika.. ehee.....
(dulu dah pernah try tudung labuh fatimah. nisah dan fatimah cakap manis.)...

Bagi aku.. tu semua terpulang pada individu...
keikhlsan itu yang penting......

salam..
aku mahu berangkat....

Monday, August 18, 2008

Bosan dah ni...

Aku agak bosan menunggu ketibaan ekspres wau,..

Esok aku akan sendirian menaiki bas dari stesen wakaf bharu ke rumah aku..
Kono-konon nak buat kejutan untuk fakiliy..
huhuhu...
teruk lar aku ni... tak cakap sepatah dua pun nak balik.
Aku selalu buat kejutan.. dulu.. tapi agak lama tidak buat kejutan seperti itu.

Ayah baru membalas mesej aku.
Sah... ayah cemburu aku balik Kota BHaru.....

Kelibat Nuru dan Azlam masih tidak kelihatan.
Biasa lar orang memadu kasih..

Tak sangka mereka berdua pun malam ini pulang....

YAng pasti, esok aku akan mula aktiviti di rumah.

Panjat pokok rambutan
MAin buai sembang-sembang ngan mak pasal adik beradik, kerjaya pakcik, ikan keli, Cucu-cucu mak, pelajaran aku, pasal safuan...
tolong pakcik di kola ikan keli
togelkan pokok bunga (bonzai ciptaan aku)
masak
kemas rumah
jalan
jadi P.A mak...


Dan... soalan yang bakal di tanya mak tentang tempat praktikal aku semester hadapan.
huhuu.......

Tak sabar nak sampai rumah esok pagi.....

Ayah..

Pada ayah aku menghantar mesej memberitahu akan aku pulang ke Kota Bharu malam ini.

Tiada balasan mesej dari ayah. Mungkin terasa hati aku tidak ke JB.
(Tu lar,... sape suruh ayah ngan mak cerai. Kan da berebut anak. :p )

Bagaimana agak nya demam ayah...
Auntie Aida ke yang menjaga ayah..

Ayah mahu kahwin dengan Auntie Aida.
Ahhhhh.. aku tidak berapa suka. Ayah pernah menyuakan telefon pada Auntie Aida.
Aku sekadar menghipokritkan diri melayan buah kata Auntie Aida.
(Alah.... pompuan yang dekat ngan ayah sumer hipokrit nak harta ayah.. Da banyak sangat aku tahu even aku macam budak-budak).

Ayah nampak bersungguh dengan Auntie Aida. ( Tak suka nya... nama Da gak. Haish..)

Aku akan pastikan perempuan itu betul-betul ingin kan kebahagiaan dengan ayah. Bukan untuk maksud lain.

Aku takut auntie itu merampas kasih sayang ayah untuk aku.

Aku akan buat nakal jika auntie itu macam mak tiri cinderella or witch dalam snow white..
(hahahahahahahahah.... agak-agaknya cam ner eyh rupa die. macam witch kot.)

YAng pasti dier tak kan halang aku untuk jumpa ayah...
MAcam Ma Mazni halang Edi dan Tasya jumpa ayah. Ridu pulak pada Edi dan Tasya.

Sudah agak besar agaknya adik aku itu. Adik sama ayah lain mama.

Aku harap Ma Ina akan ketemu oseorang lelki yang dapat menjaga dia macam Abah jaga mak.

Aku teringin panggil ayah tiri aku itu abah..
Tapi aku sedar..aku bukan anak dia...

Kecian Pakcik.. Dani baru saja Accident...
Dani adik tiri aku...

BAru aku perasan...
Memang ramai adik beradik aku...

Keluarga yang amat kompleks........

Perempuan dan dara?

Mata ku melilau memerhati gelagat manusia di KL Central.
JAm 8.30 train ekspress Wau ke Tumpat baru akan tiba. Penyesalan mula bemukin di hati tatkala terawal tiba di sini.

Sudah lama aku tidak menumpah kan air mata..

Hari ini titik jernih ku mula menitik lagi.
Perempuan dan dara?

Bertubi-tubi persoalan ini bermain di minda ku..

Bila pengakuan seorang wanita yang bergelar kawanku dari kecil lagi mengaku diri sudah kotor,
aku mula diam tanpa bicara.
Aku diam.
Diam
Diam

Lalu aku menangis teresak...
Terlalu berat aku terima kenyataan ini..

Ulasan di buahkan.
Katanya hanya untuk ku seorang di kongsi..

Cukuplah dulu seorang kawanku yang mengaku sudah ilang daranya.
Tapi mengapa ada lagi...

Aku malu sendirian kerna menangis bagai anak kecil..

Jika lelaki itu baik melayan si perempuan itu mungkin hatiku tidak terlalu menjerit.
Tapi, si lelaki bagai syaitan bertopengkan lembu. (Aku geram sangat lar ni. Siap terjumpa aku lempang tak pun baling ngan kuali kat LAb Food Processing ).

Betul apa yang dikatakan kawan-kawanku tentang perangai miang si lelaki. Tapi aku buta dan pekak. Terlalu percaya kata-kata manis menidakakn soal itu. Kesian mula terasa pada si teman wanita die. Aku berhak untuk menentukan kebahagiaan kawan aku sendiri. Kami sama-sama membesar.

Aku masih tidak bolah terima hakikat akan sikap sebenarnya itu...

Aku hanya dapat membantu dari segi nasihat kepada kawan aku itu..

Zuraida, Azni, Zila dan Bla..bla....

Kenapa ko tergamak menipu kawan baik aku sial!!!!..
Sumpah aku benci ko....
Untuk apa ko menangis menelefon aku mengadu masalah denagan kawan aku sedangkan ko sendiri yang cari pasal. Menipu hidup-hidup kawan aku. walau hubungan kalian menjangkau 8 tahun lebih namun jika asik ko menipu. Buat pe???... MAcam sia;l lar jantan cam ko.. Pergi ko jauh dari pandanagn mata aku......
Aku tak rela ko tipu kawan aku lagi....
Acab, Abu, Alin?,,,
Sama-sama komplot dengan ko..

Yang paling aku geram ko ajar girlfren ko tipu kawan baik nya sendiri...
Bawak pergi tidur rumah mak sedara konon....
Padahal? Ke Hotel!!!!!!....

Aku benci ko setan..!!!!
Mulai hari ini ko bukan lahi kawan baik aku..
Aku doakan teman wanita ko yang dah kosong perasaan pada ko hidup bahagia ngan ucuk..

"Aku terlalu luka da..sampai sedikit pun aku tidak dapat keluarkan air mata. Aku teringin sangat menangis agar lepas semua beban.skit.luka sepanjang dengan dia".

Ayat itu..... buat aku terkedu...

Terlalu perit dilkai sampai tidak mampu keluarkan air mata....

Aku sayang ko....
Jangan bimbang...aku ada untuk kongsi masalah ngan ko..

Hanya itu hanya aku bicara...
Dalam diam..
Air mata ku menitik lagi....

Aku benci ko......
Sumpah aku benci ko...........
Acap kali ko tipu aku dengan bicara manis...
Sekarang..aku pun sama macam ita,zerol,ayu,mira,shaz,nazmi...
Sama-sama benci ko.....

Untuk kamu, Mohd Safuan

Apa pun yang berlaku, aku sudah tidak larat memikirkan apa-apa dugaan yang berlaku dalam hubungan aku dengan cik abangku. Biarlah rutin hidupku berlalu dengan penuh ketenangan.
Aku bukan lagi puteri manja abang yang bersikap keanak-anakan, cepat melenting, mudah merajuk ataupun cemburu buta seperti sebelum ini.

Makin banyak dugaan yang menimpa hubungan. Tidak putus-putus ku rasakan tebalnya kesabaran ini. Makin matang diri ini untuk lebuh bersabar dan tenang. Hanya pada-NYA tempat aku mengadu.

Kini, aku Che Norhaslida Che Ahmad, seorang wanita dewasa yang matang, seorang puteri yang menantikan kebahagiaan bersamanya. Bukan lagi seorang gadis remaja yang hidup dalam dunia khayalan.

Bersama Abang safuan di sisi, aku perlu memimpin dan membangunkan sebuah hubungan yang matang dan bahagia. Itu keutamaanku.

Jika dulu, akulah Rapunzel, Puteri Snow White, Cindarella, Rapunzel, dan entah apa-apa lagi yang menanti putera idaman, kini bakal anak-anakku pula yang akan merentasi zaman yang pernah aku lalui dulu. Akan kubentuk kehidupan mereka tanpa impian muluk-muluk penuh dengan khayalan. Akan kuadunkan dunia kebahagiaan buat mereka sejajar dengan perkembangan dunia semasa yang lebih berpijak pada Bumi nyata. Itulah tekadku, buat bakal putera-puteri hatiku nanti.

Buat abangku Mohd Safuan yang tercinta, akan kulakukan segala yang terbaik, selagi kasih
sayangnya padaku tetap utuh seperti dulu…. Dan selagi tiada wanita lain di hatinya……….
Sayang kamu, Mohd Safuan Abd Rahman..

Semoga ikatan kita berdua akan termenterai di suatu masa nanti. Amin………..

KL CenTral

11 hb 8. Aku ke Kl Central. Semata-mata ingin jumpa dia. Singgah di Kl Central sementara menunggu Alan untuk UTP.

Jam 11 aku sudah tiba. Di perkarangan transit KLIA aku termenung seorang menunggu si dia. Umpama aku di dalam cerita bersiri Pangako Sayo. Mana tidaknya. 3 orang warga Filipina bersembang. Aku pun pening mendengar.
Ramai pelancong di sini. Menanti dan menghantar bagasi ke KLiA. Aku menerewang ke Thai Fair.

Wow… Cantik… Aku ambil peluang ini mencuba baju-baju. Kesian patung. Terpaksa berbogal. Mana tidaknya. Yang aku berkenan semua yang patung pakai. (Tak malu kan aku).
Makin berdebar. Jam hampir 1.30. Sekejap lagi dia tiba. Aku ke restroom. (Make up lar konon sikit. TAmbah-tambah sikit kat muka). Harap tidak macam hantu. Aku betul-betulkan baju kurung ini…

Telefon berbunyi. Alamak. Line kurang.(Haish..)
Melilau mencari dia di dalam McD…

Makin berdebar bila matanya tajam ke arahku.
Aku makin kaku. Takot. Cemas. Aku kawal perasaan..

(Alamak. Cam ner nak mula kan conversation ni… Macam first time pulak jumpa).Tolong…..
(Moody Nampak bang… sebab tunggu lama ker)..

Aku cuba menceriakan keadaan. (Tambah ngada-ngada manja sikit.)

Makan bihun tomyam Thai. Aku sudah lapar gila. (Gila pun tak lapar cam aku)
Macam-macam komen.. Baju yang sama lar. Tudung cekik lar. Hidung besar lar. Mulut kecik lar. (HUhhhh.. Geram rasa nak pijak jek kaki. (Tapi tak sampai hati. Nampak kasut baru.:p ). Aku senyap je. Umpama dia cakap sorang-sorang. (Hey abg Safuan, ida kamu comel lar..)
Ader ker asek Tanya aku nak balik bila. Tak hargai je…. SEdey…. Aku ponteng Fareweel Party. Ponteng PArtime.
Aku mula terasa hati….
Kata nak rehat kat surau. Tapi alih-alih ade di tepi locker. Aku terus meluru buat bodoh umpama masing-masing tak Nampak. Aku meluru ke bawah untuk tunggu bas.

Tiba-tiba ada seorang menarik tangan aku.
Ehee…Ummmuaaaahh… sayang kamu Safuan.

Pandai juga nak pujuk. Aku mati-mati ingat dia buat bodoh dan biarkan aku pergi…
Selepas itu baru watak Safuan aku keluar..

Happy2, gurau.gurau…
Ke ruang legar.. Kawan-kawan dia sudah tiba….
Love u Safuan…..
Love u more……
Aku keletihan pulang.

Keletihan menunggu bas dan mengghabiskan wang untuk baju-baju dan skirt..

Namun puas… Sangat murah… (nak pakai nanti jumpa 2 minggu lagi.)

Sabtu Yang Membebankan

Keruihan amat di bilk 2111. Mant, echah, Wan dan kawan kak Farah ‘menyibuk ‘ di bilik ini. Huhuhu…
1,2,3,4,5,6,7,8,9,10.. Aku mila menghitung kuat. Ramainya.. Patut macam kapal nak pecah. Jerit situ. Jerit sini. Gelak sopan,gelak besar, gelak buruk semua ada. Perempuan tidak sah kalau tidak menjerit dan melalak. (Opsss.. aku perempuan juga. Ehe..)

Makan sama-sama. Gelak memang amat bez. Segala masalah boleh lupa.
Laptopku memekik lagu-lagu dangdut di awal pagi. Muka tidak puas hati Nani timbul. Jelek akan dangdut katanya. Tapi, aku makin menguatkan volume. (Jahat tak aku?). Tapi, aku dah biasa sakat dan kenakan kawan-kawan. Itu terapi masalah jiwa kacau kawan. Tak caya try lar.
Okey……

Aku membuka locker. Memerhati tajam baju kurung pink aku yang hanya tinggal kain . Bajunya di curi monyet yang berkeliaran di Seroja. Jahatnya…..!!!!.... Tak kan ku maafkan. Tapi, aku agak takut bila di kejar monyet gara-gara ingin menyelamatkan tudung Sha. Tapi, gagal.
Aiyakkk… Hari sabtu pun terpaksa Dewan Kuliah Alfa menonton kami belajar Food Packaging.
Aku memakai Tshirt Hijau Tebu yang agak nipis. Terasa sejuk hingga ke tulang. Penyesalan tidak putus-putus lupa membawa sweater.

Aku memokuskan apa yang di ajar DR. CT. Topic Glass and Bottle. Huuh…. Susahnya nak buat botol..
Reaction, Food relate dengan Botol semua di pelajari. Jam 2.30 sampai Jam 5.00.
Aduhh… penat sudah medulla oblanggata ini.
Tepu terasa.
Balik ke bilik berdua dengan Wana, singgah di Gerai. Meneman Wana membeli kerongsang. Aku hanya memerhati dan memuji dalam diam. Perlu tahan nafsu itu (nafsu berbelanja k..) Perasaan aku berubah mendung. Aku sayang kamu… tidak pernah tawar hati. Aku jawab dalam diam.
Aku memaksa Wana sendirian balik(Jahatnya aku). Aku sendirian meluru ke acara tarian Poco-poco. (Releasekan tension lar konon). Tapi, aku tetap akan akan Poco-poco. Amat aku gilai tarian itu sejak zaman sekolah lagi. Boleh dikatakan terar lar.(Perasan jap).

Huh… Tak boleh..aku kena keluar jalan-jalan. Aku sekali lagi memaksa Wana mengikut aku ke PkNS( Suka-suka hati jer paksa anak orang kan. Teruk lar aku ni.). Ala… aku selalu merengek manja dengan kawan-kawan. Pasti mereka cair.
Ego memecut ke PKNS. (Asal-asal nak karaoke tau. Tapi Wana tak nak. L).
Ronggeng… Putarkan kaki 360 darjah. Huh.. Penat. Terjumpa Alif, Mant, Kaykay, Daya, Sha, Nani. Join mereka.. Mataku pinar.. Mereka lagi hebat berbelanja baju, skirt, kasut.
Tapi aku?... gelang Kristal. Aku lebih berminat akan eksesori.
Aku sekali lagi memerhati mereka menggayakan baju. Apa lagi, hebat mulut ku komen itu ini. Tapi, mereka tahu, semua itu usikan.

Tak cantik lar. Buruk lar.. Macam-macam lagi. Tapi mereka tahu akan niat ku itu.
Aku rindu dia…

Tidak sabar menanti esok hari. Akan ku temu dia walau sekejap hanya.
Ya Allah, berkati hubungan ini…. Pertemukan jodoh kami.. Aku mohon…

Tawa dalam hipokrit

Hari ke 4 dia merajuk. Kenapa mesti dia yang perlu merajuk. Kenapa dan mengapa.
Biar apa pun, aku perlu tenang. Menjalankan rutin hidup ku sebagai pelajar. Pelajar yang bakal grad beberapa bulan saja lagi.

Aku tenang belajar. Malam tiba terpaksa aku dan kawan-kawan ke blok F3 untuk mengarang apa yang di soal dalam subjek Food Law.

Aku berbaju kurung biru dan bertudung putih bersih. Aku sedikit menyisihkan diri dari kawan-kawan. Semata-mata untuk menolong Fatimah. Menolong dia dalam pelajaran. “Tu lar.. sape suruh tak dating kelas dua minggu dan buat hal”.


Tapi, aku menangis seorang diri di tepi bangunan. Sebab?..
Aku di perbodohkan Fatimah hidup-hidup. Aku menangis dan menangis..
“Alamak!!.. Zaidah perasan aku menangis. Malu ni!! …”. Aku balik bilk dan belajar dengan kawan-kawan.
“YA…. Aku mesti kuat. Aku bukan lagi budak-budak kecik. Aku Ida yang sudah berusia 22 tahun.
Yang pasti, aku kena kuat. Kuat. Kuat..
Kawan-kawan perasan akan kesedihan ku. Ketara perubahan yang berlaku pada diri ini. Agak pendiam sedikit (sikit jek. Tapi sakat kawan-kawan tak leh tinggal). Mereka cuba menghiburkan hati. Tapi, yang pasti mereka tidak tahu apa sebabnya.
Ingin tahu sebab apa??..
Aku sukar untuk berkongsi masalah dengan kawan-kawan.

Sweater pink aku sarungkan ke badan. Ke Blok F3 kami mengorak langkah.
Alhamdullillah… Aku hampir 90% dapat jawab soalan Food Law.

Hari Puteri Seroja di Kolej aku amat digamati jualan, ceramah, pelbagai aktiviti sukan, karaoke, dance, PC Fair ( ader ker bwat Pc Fair betul-betul kat depan bilik aku. Seksa woi nak mandi. Lelaki suka hati jek masuk kat area kolej).Singgah seketika ke Jualan pakaian. Wana, Daya, Sha, Nani terlebih excited memadankan aku dengan baju-baju ladies. Kelakar je rasa. Tarik aku ke situ sini untuk cuba pakaian untuk aku. HUuuuhhhh….. Aku mengeluh. Tak suka…………….. Arggghhhhh… Tolong……….. Kommenaaaa….

Hasilnya, Aku tetap jua tidak beli apa-apa, mereka masing-masing membazirkan wang..
Aku gelak besar, Mataku menyorot gelagat mereka menggayakan pakaian di bilik. Aku hanya duduk di katil sambil memerhati dan bibirku becok mengomen itu ini tidak kena dan tidak sesuai.

Mereka semua tension tahap cipan bila aku mula beri komen. Akhir sudah, aku di cubit mereka. Aiyakkkkk…. Kena serang….Tolong……..!!!!!!....

Tuesday, August 5, 2008

Perlu ke selalu baek

Aku melayari internet di bangku tepi jejantas Antara Menara dan HEP. Aku masih lagi mengeluarkan virus dan sedikit mukus dari salur pernafasan hidung.

Suasana mendung. Kesejukan mula menggigil ekoran tempias penghawa dingin.
Aku perlu mencari artikel dan jurnal tugasan Food Law. Aku memilih tajuk Metal in Fish. Untuk tugasan Seminar pula, aku perlu meneroka mengenai Microbes in Fruit Juices. Huh.. Bunyinya agak senang. Tapi agak susah untuk disiapkan.

Bateri laptop mula lemah. Tidak mampu menanggung keletihan agaknya.
Aku bersila dan duduk di kali lima semata untuk menambahkan kuasa laptop ini.

Suara keriuhan pelajar dan sepatu di bunyikan melemaskan aku.

Hari ini aku gagak comel.
Berseluar jeans, t pink dan kalegan Hitam beserta tudung putih susu yang di lilit kemas. Sedikit eye shadow dan Lip ice di calit. (Perasan comei sendiri).

Aku sudah benar-benar agak tidak selesa...

Aku pelik dengan sikap salah seorang kawan ku.
Adakah dia tidak suka akan kebahagiaan aku.

Cukuplar kebahagiaan dulu yang dirampas
aku masih lagi baik denagn ornag yang merampas kebahagiaan aku dulu.
Tapi, bila aku bahagia sekarang kenapa perlu dicemburu dan....

Ahhh.. memang manusia banyak ragamnya.....

Apa pun.. cukup denagn kebahagiaan aku...
Mana pergi orang bila aku susah.

MAna?
Mana?

Untuk apa mengganggu kebahagiaan aku...

Pergi kau dari sini...
Kebaikan akan ditindas dengan rapuhnya..........

Monday, August 4, 2008

?

Aku berfikir sejenak. Bergelak ketawa, bahagia dengan keluarga, kawan-kawan dan si dia. Tapi, pabila diri di dapati tidak normal kesihatannya. Macam mana?

Apa harus perlu dilakukan?
Medical checkup? Atau terus senyap membisu sampai tahap kritikal?

Macam mana dengan harapan keluarga andai dia pertama satunya permata dalam kelurga yang selalu di canai dan di gilap?

Macam mana dengan adik-adik yang menjadikan dirinya contoh untuk terus melangkahkan diri ke alam kampus?

Harapan ayah yang mengunung...

Harapan kakak, abang yang ingin melihat adiknya bahagia

Harapan si kekasih hati untuk ke pelamin. Adakan pelamin anganku musnah?

Amanat dari yang telah tiada

Harapan kawan-kawan yang ingin bergambar berjubah biru gelap dan calit emas

Keinginan ibu untuk melihat konvokesyen

Dan...

Harapan diri sendiri....
Impian diri sendiri..

Hidupku
mimpiku
Anganku...

Ragam Manusia

Aku menggagahkan diri untuk rutin di hari ini. Terlalu menyeksakan hidup bila demam mula melanda. Umpama tsunami yang memusnahkan deretan rumah di Batu Feringgi. Sekali sekala datang. Tapi penuh beraksi ganas. Sama umpamanya dengan diri ini. Terlalu susah untuk virus demam memonopoli imun sistem ini. Terlalu sukar untuk Stapphlycoccus aureus bermukin di salur trakea ini. Tapi, bila semua ini berlaku umpama pesta acara bakteria dan virus gamat di sistem badan ini.

Aku mengeluh... "Huhhhhhhhhh"...

Kuliah di hadiri dengan terpaksa walaupun suhu badan agak tinggi, batuk, bersin yang agak tidak selesa. Aku tidak dapat menfokuskan diri di kulaiah Food Law, OSHa. Jam 4 sam pai 7..

Di kesejukan malam jam 8 aku tetap mengorak langkah ke dewan kuliah tanpa ada perasaan. Kawan-kawan mula perasan akan perubahan diri ini. Automatik aku umpama perempuan yang sopan. Tidak mengusik kawan-kawan. "Maaf.. aku tidak sihat untuk bergelak ketawa".

Bila sahaja Nash dan Mant menceritakan akan Nini yang mengata aku di belakang, Aku jadi marah. Marah dalam diam. Tapi, aku bersabar dan mula belajar akan perkataan. S.A.B.A.R. Heboh dalan dewan kuliah di barisan pertama, kedua, ketiga akan sikap Nini yang membuat dajal di hatiku.

Akal gila ku memaksa diri melempang. Tapi, hati kecil ku mencadangkan bersabar. Kawan-kawan lain sudah sebati dengan perangai Nini.

Tidak mustahil lar jika Nurul, Mawin, Fard selaku serumah dia asik mengadu domba tentang perangai si Nini gedik.

Ok. Let it go.. Stop.

Aku umpama tidak berperasaan. Kuliah DR CITI amat menceriakan diriku. Food Packaging.

Jika diperhati bermacam kertas, plastic, glass dalam pembungkusan makanan.

Di sebelah Illie di dalam kuliah lagi membuatkan aku tiada perasaan. Minah yang selalu di damn di dalam kuliah ekoran perangai seumpama Nini.

Aku umpama membina tebing konkrit antara aku dan Illie. Tapi, dalam diam aku turut simpati akannya kerana sudah hilang kawan ekoran sikapnya yang amat tidak disenangi.

Macam-macam ragam manusia dan mulut orang.
Betul kata dia. "mulut orang tak boleh tutup"

Friday, August 1, 2008

Ratu?

Memakai baju kurung biru gelap plaint dan bertudung corak hitam dan putih. Itulah aku untuk hari ini. Aku memecut ego. UHHH… parking motor pelajar sangat penuh. Aku meneruskan niat jahat memakir motor di Blok B. Tapi, tiba-tiba Pakcik Beruniform biru. Berskuter putih, bermisai tebal Nampak akan aku. Terus aku cabut lari. (Sebenarnya mana boleh parking situ. Aku yang memandai).

Terus langkah dihayun ke bilk SV. DR. Zainal. Hampir setengah jam terpaksa menunggu umpama menunggu buah durian yang gugur. (Sebenarnya aku ni ngidam durian ni).

Di biik Dr, aku mengeluarkan buku log catatan projek ku dan result-result. Aku senyum. Semua betul. Aku mendapat pujian. Tugasan seterusnya yang aku perlu lakukan di khutbah Dr panjang lebar. Tiba-tiba aku bersuara sedih. “DR..saya tak faham..”. (kenapa ni ida manja sangat. Rilek r.. dah nama FYP bukan nya senang). NAsib menyebelahi diriku kerana mendapat SV yang amat baik. Diterangkan sampai faham. Aku keluar bilk yang menyejukkan itu dengan nafas lega.

Aku sudah kelewatan untuk ke dewan kuliah Beta. Aku memaksa langkah memecut laju. Alamak malu!!!.. Aku hampir tersadung jatuh. Sepatu yang agak licin. Lebih-lebih semasa mendaki bukit tonggek itu. 5 orang junior lelaki Nampak akan aksi yang tidak sepatotnya. Mereka tercengang dan blur melihat aku. Mukaku tiba-tiba makin menebal saiz diameternya. (Malu sangat tau. Lantak ar.. budak-budak beringus lagi pun. Hope tak jumpa lagi).

Di kelas Food Law. Kuliah di teruskan. Tapi aku tidak berapa semangat. (Nape ni ida..)

Kuliah Halal. Dr. Zainal amat kelakar dan spontan. Mentang-mentang dia SV aku, aku menjadi mangsa dalam Kuliah. (Nasib ko la ida…)

Pelajaran animal halal n non halal beserta hadith dan bible di pelajari. (Haa.. kitorang kena hafal hadith dan bibble tau). Usai kuliah, aku masih di dalam dewan kuliah menanyakn tentang resume dan praktikal.

Agak bosan di dalam bilik, usai solat Asar, aku menarik DaYa untuk sama-sama jogging di tasik. Mencuci mata dengan pemandangan( Bukan cuci mata boy tau) dan menghirup udara tang tidak berapa segar amat tenang bagiku. Mengeluarkan peluh dari sebum berjaya di capai.

Sebelum, Jog di tasik, kami Jog di PKNS. Aku menukarkan wang di untuk membeli kerongsang.
Aku menarik kuat tangan Daya.
Aku suka lagu itu!!!!..
Daya gelak.
Aku membuat muka comel.

Koleksi lagu-lagu Indon lama.
Si jantung hati.
Abg sayang
Singkong dan keju
Madu dan racun.
Aku sayang abg
Surga dan neraka

Teringat akan ayah yang suka memaksa radio kereta Honda Accord dan Mercedes hitam nya menyanyikan lagu semua itu sambil aku menyanyi lagu si jantung hati untuk ayah.

Indahnya itu semua..
Aku rindu akan zaman itu..
Aku rindu akan ayah dan mak yang masih bersatu dahulu kala di usia kanak-kanak ribena ku.

Teringat akan ayah yang sanggup membelikan gaun cantik dari Singapore sewaktu pertandingan kanak-kanak cantik tadika.
Akhirnya aku menjuarai pertandingan ratu kanak-kanak cantik antara tadika daerah.
Aku umpama ratu.
(Tapi sekarang macam hantu. huhuhu..)

Perut di isi dengan Ani Sup Utara dan Green tea Wana.

Melayan cerita blind dating membuahkan gelak tawa kami di mala ini….
Ahhhh.. terubat rindu padanya mendengar suaranya. Sibuk memanjang. Tapi aku amat memuji dirinya dalam diam..

Halal of consultant

Jam 2 petang baru kuliah Food Law Dr. Noriham bermula. Semua roomateku masih di malasan fizikal untuk bersiap. Aku pantas membersihkan diri. Ahh.. Nikmat terasa bila mandian Dettol membelai epidermisku.

Aku punya janji dengan Zaidah. Ke PKNS tempat tujuan utama kami. Pesta buku masih lagi berlangsung. Aku perlu mengambil Zaidah di Fakulti. Tiba-tiba, satu suara yang sering kali bertemu di ruang gegendang telinga ku muncul. “Hai ida comel”. Aku toleh. Huish semangat.

Zaidah rupanya. Dia tunggu aku bersiap sambil bergosip dengan rakan-rakan yang lain yang masih separuh sedar di alam dunia. Tapi, aku naik heran. Tidak sah jikalau bilik ini tidak di gegak gempita dengan gelak tawa dan jeritan anak-anak dara yang berupa sedikit macam hantu. Huhuhu. (Maaf kawan-kawanku.Hahahaha. Tu lar sapa suruh tak senonoh. Huhuhu).Aku mengerutkan dahi. Perempuan tidak sah jika tidak jerit.ketawa. (Aku sebenarnya pun macam tu juga =p)

Ego memecut laju. Aku melilau mata bersama Zaidah mencari buku. Aku gembira gila baban bila buku indahnya kasih sambungan kisah kasih dapat jua ku peroleh. RM13 setelah di diskaun.
“ida, kita gila kan?”.
“HAHHHH???!!!” Aku bagai naik pengsan mendengar itu semua.
“Kita gila novel”. Terang Zaidah. Aku mengiakan sahaja.

Kuliah DR. Noriham amat aku nantikan. Mudah difahami. Tidak sah jika tiada soalan yang di soal. Tidak sah jika pelajar tidak di panggil ke depan untuk draw, write n explain. Kak Daya dan Kak Hakim jadi mangsa DR harini. Agak sukar untuk penerangan mekanisma cleaning compound. Riuh gelakan di dalam dewan kuliah. Kak Dayah dengan aksi dan gelagat jawanya. Aku di sebelah Dina. Memerhati dengan ekor mata yang tajam akan penerangan dan ketawa tak senonoh (xper.. dah tak segan ngan kawan-kawan).

Kerusi dewan kuliah ku disambungkan lagi fungsinya hampir sejam. Prof DR… ( ape ntah nama. Aku tak ingat lar pulak. Haih..) Dia lupa perkenalkan diri. (So, bukan salah ku.). Pengambilan September, Oktober dan Disember untuk student graduate Islamic study, Food Technology, dan Biotechnology untuk menjadi Executive and Consultant Of Halal. Amat diperlukan sekarang.

Tapi perlu di latih satu semester kuliah. Dan 1 semester latihan industry. Bila subjek yang perlu di pelajari di muntahkan di bibirnya yang tebal itu dan bermisai hitam pekat (hahahah… sori En. Sy Ngumpat sikit) itu, semua 7 subjek telah kami semua student food Tech khatam berbanding prlajar Islamic Study dan Biotech yang hanya pernah pelajari 1, 2 subjek yang tersenarai.

Bila disebut subjek OSHA. Occupational Safety And Health, Keluhun dan cemuhan kawan-kawan jelas kedengaran. ( Aku pun dua kali lima jer. Malahan agak kuat. =P). Anda ingin tahu sebabnya?.. Ni dia cerita. OSHA 1 semester lepas, Puan Mariam ajar OSHA umpama baca nota.

Test objektif. Membuatkan kami lingkup. Nota tebal macam bibir orang Negro. Puan Mariam sangat rajin. (RAjin download Nota sebijik kat internet yang ntah apa-apa. Jahatnya aku mengumpat. Maaf Puan.. L ) Selepas tu, kami yang ternganga. Final Exam Lingkup. Aku dapat C. (Kawan-kawan aku pun). Semata untuk lulus. Sedei…

OSHA 2. Puan Singa yang cantik macam model. Asek nak marah-marah kami. Cakap macam badut. HUhh… (sedei tau…. Pertama kali cikgu panggil macam tu. Dah makin ramai pelajar tak suka akannya.)
Ajar pun bukan faham sangat. Puan tu aku rasa lebih sesuai jadi model. ( Maaf puan, halal kan makan minum kami :P).

Berbalik cerita akan Prof Halal tadi, dia gelak dan senyum puas bila mengetahui kami pelajar Food Tech sudah menkhatam kan diri untuk semua subjek. JAdi kelonggaran untuk tidak mengikuti lagi kelas satu semester mungkin di anak emaskan.

Agak susah untuk menjadi Consultant Halal. Satu Company Food hanya seorang sahaja Consultant Halal di tempatkan. Kekuatan mental dan fizikal amat tinggi diperlukan. Lebih-lebih jika Syarikat Cina. Kebanyakan Syarikat Halal memberikan tanda Halal pada awal permulaan indutri makanan. Tapi, lama kelamaan kesahihan halal itu diragui ekoran penipuan dalam proses makanan. Tidak mengikut procedure dan lessen halal telah tamat. Contoh terbaru Kenny Rogers. Tidak cukup manpower untuk di uruskan dan lawatan ke Kenny Rogers tidak dapat dijalankan.

Bertubi-tubi soalan disoal.
Bila sahaja soalan dari seorang akak yang tidak disukai rata-rata kami,( Aku neutral. Tak der sebab aku tak suka dia sebab dia tak pernah sakiti hati ku.) semua orang senyap dan berbisik-bisik. Mungkin terlalu high profile gara-gara dia tidak disukai. Tidak berapa pandai. Tapi berlagak dan eksyen lebih. Itu kata-kata salah sorang kawan ku. (Maybe.. Aku mengiakan dalam hati).

Aku tidak berapa minat akan Halal of Consultant. Aku lebih meminati QA or research marketing.

Malam yang agak mendukacitakan. Lelaki jua amat sensitive.
Maaf…..

Aku tertidur dengan hp di tangan. Tertidur sampai terlupa membalas mesj. (Haih… tak senonohnnya aku).

Aku sesak nafas lagi…… L.
Aku ambil langkah melumurkan Vicks di dada. Air mineral mengisi perut ku. Latiahn pernafasan ku lakukan.

Syukur pada-MU…

Resume Practical Training Food TEch

Pagi-pagi masing-masing sudah kecoh menyiapakn resume. Petang jua diwajibkan menghantar kepada Alip. Msing-masing membantu menyipakan resume yang berkualiti.
Amat susah untuk menyiapkan resume. Terpaksa mengingat kembali apa yang berlaku dari awal sekolah menengah sampai Universiti. Aku merekod ko kurikum aku. Aku berheti tatkala sudah banyak point yang sudah di lampirkan hasil canaan otak aku.
Otak ku amat ligat berfungsi. Hasilnya, kepeningan teramat bila usai resume itu.
Alamak!!.. gambar passport aku di copnya besar. Tiada gambar lain. Sha menolong scan gambar aku dan aku menedit sampai cop kemasukan kolej tidak kelihatan.
Semua pun mengalami masalah yang sama. Tapi, dapat di leraikan simpulan masalah itu. Otak kian ligat berfungsi.

RESUME


CHE NORHASLIDA BINTI CHE AHMAD
Contact Info
Address : Lot 1265, Kg. Chat, 16040 Palekbang, Tumpat Kelantan
Mobile No. : 014-2175711
Email : chemicalgrey_ida@yahoo.com

Personal Particulars
Age : 22 years
Date of Birth : 20 April 1986
Nationality : Malaysia
Gender : Female
Marital Status : Single
I/C No. : 860420-29-5950

Educational Background
2005-2008 Bachelor in Science (Hons.) Food Science and Technology
Faculty of Applied Sciences,
Universiti Teknologi Mara,
40450 Shah Alam, Selangor.
Current CGPA:
2004 – 2005 Sciences Matriculation
Perlis Matriculation College,
02600 Arau, Perlis
CGPA:
1999 – 2003 Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim Satu,
17000 Pasir Mas, Kelantan.
PMR:
SPM:
1993 – 1998 Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang,
16040 Palekbang, Kelantan.
UPSR:
Employment History
1) The Store, Kota Bharu, Kelantan
Position Title : Promoter
Duration : April 2006 - Jun 2006

2) AMG Time Trading, Kota Bharu, Kelantan
Position Title : Cashier
Duration : October 2007- Disember 2007

3) Holiday Inn, Shah Alam
Position Title : Waitress
Duration : May 2008- June 2008

Languages
(Proficiency: 0=Poor - 10=Excellent)
Language
Spoken
Written
Bahasa Malaysia
10
10
English
9
10
Mandarin
6
6

Additional Info
OBJECTIVE:
Seeking opportunity for full position which will utilize my knowledge, computer skill, communication, team work and leadership skills. Special interests areas in food technologist, QA, QC, Manufacturing Department and Research and Development.

QUALITIES:
Establish leadership skill, adapt in problem solving, strategist, fast learner, reliable task finisher, independent, hardworking, highly motivated, ambitious, able to work under and without pressure, and confident to face new challenges coordinated with excellent commitment to perform resourcefully and consistent.

SKILLS:
Computer Skills
· Skilled in Microsoft Word, Microsoft Excel and Microsoft Power Point

Communication Skills
Capable to present and converse very well. Developed effective presentation and communication skills during involvement in extra-curricular activities. Proven initiative and ability to work with minimal supervision.

Other Skills
· Can work under pressure and meet tight deadline.
· Full clean driving Licenses and my own vehicle
ACHIEVEMENT:
‘Pelajar Cemerlang SPM’ SMKSIS (2003)
Successfully completed in computer course (Microsoft Words, Excel, Power Point, Windows & Internet), (Dec 2003-Mac 2004)
Successfully participate in New Food Product Development Competition (2008)
Successfully involve in all programs and activities organized by Food Technology
Successfully completed 6 Modules organized by UiTM (2005-2008)

CO-CURRICULUM:
University (UiTM)
1. Members of Food Technology Society (PERTEMA), (2005-2008)
2 Members of Persatuan Mesra Masyarakat, UiTM (July 2005-November 2008)
3 Volunteer of OPKIM (August 2005)
4. FSG Sport Days (volunteer), (July 2005)
5. Members of UiTM KRESMA Club (July2005- November 2006)
6. Co-curiculum camp at Gunung Senyum, Pahang with collaboration of Persatuan Sukan Rekreasi UiTM (July 2005)
7. Members of Seni Silat Cekak Malaysia (July 2005-November 2006)
8. National Kesatria of UiTM (July 2005- April 2006)
9. Co-curiculum camp at Pangkor Island, Perak with collaboration of National Kesatria (September 2005)
10. Competition of ‘Kawad Kaki’ (PERKAD), (September 2005)
11. Members of Melati, Kenanga and Seroja College of UiTM (July 2005-November 2008)
12. Secreteriat of ‘Minggu Tautan Iman Kolej Melati, UiTM’ (August 2006)
13. Participate in ‘Seminar Pemantapan CGPA, Kolej Melati, UiTM’ (January 2006)
14. Melati Sport Week (Netball), (September 2006)
15. Participate in ‘Kursus Pembangunan Kepimpinan Asas Belia Perpersatuan’ (Jun 2006)
16. Committee Member of Kelab Kerjaya under HEP and Alumni (July 2006- November 2007)
17. Committee Member of Food Technology Family Day (August 2006)
18. Participate in Food Carnival 2006 at Dataran Merdeka (2006)
19. Contribution in Food Technology Week (July 2006)

Secondary School
Committee Member of Kelab Pembimbing Rakan Sebaya SMKSIS (1999-2003)
Participate in ‘Kursus Perjana Kepimpinan Pelajar SMKSIS’, (Mac 1999)
Committee Member of Persatuan Bulan Sabit Merah SMKSIS (1999-2000)
Committee Member of SMKSIS’s Hostel (2000-2002)
Participate in Co-curiculum camp ‘Bengkel Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya’ with collaboration of Unit Bimbingan & Kaunseling SMKSIS (August 2002)
First Runner Up in Nasyid Competition ‘Karnival Seni Jauhi Dadah Peringkat PPD Pasir Mas/Tumpat’, (2002)
Participate in ‘Perkhemahan Pasukan Kadet Bomba Dan Penyelamat Peringkat PPD Pasir Mas/Tumpat’, (Jun 2002)
Participate in ‘Seminar Selangkah Ke Menara Gading Peringkat Kebangsaan’ with collaboration HEP and Alumni UiTM Shah Alam (August 2002)
Participate in ‘Perkhemahan Pasukan Kadet Bomba Dan Penyelamat Peringkat Negeri Kelantan’, (Julai 2002)
First Prize Winner in ‘Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri Kelantan’ (September 2002)
Secretary of ‘Kadet Bomba’, Sek. Men Sultan Ibrahim (1), Pasir Mas (2003)
Bureau of SMKSIS’s Hostel (2003)
Participate in ‘Karnival Seni Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Negeri Kelantan’ (2003)
First Runner Up in Nasyid Competition Karnival Seni Jauhi Dadah Peringkat PPD Pasir Mas/Tumpat (2003)
Contribution in ‘Gerak Kerja Ko Asrama (GERKORAMA) Peringkat PPD Pasir Mas/Tumpat’ ( 2003)
Participate in ‘Seminar Selangkah Ke Menara Gading Dan Kerjaya Keusahawanan SMKSIS’ (2003)

Reference
Dr. Aishah Bujang
Relationship : Academic Advisor
Position : Lecturer, Food Science and Technology, UiTM Shah Alam
Tel : 013-496942

Kisah seorang Teman

Kisah seorang teman
Sungguh tabah dan matang mengharungi idup. Pergolakan percintaan. Pasanganya pergi begitu sahaja meninggalkan dirinya. Hanya ucapan perpisahan dari pesanan ringkas diperoleh. CInta tiga segi. Amat memedihkan. Kesabaran dan kesetiaan di curangi dengan begitu mudah.

Mungkin alasan terpaksa. Dirinya masih lagi berfikiran positive. Bersungguh dirinya akan lelaki itu. Mungkin perempuan itu yang berlebih. Dia masih lagi berfikiran seperti itu.

Cukup kawan ku!!!.. Aku tidak mahu kau terluka. Untuk apa kau masih lagi menunggu dia. Sedangkan sudah berkali-kali dia menolak dirimu. Jika dia terpaksa, dia akan bersamamu dan kembali lagi untukmu.

Tapi, kembali untuk menyiksa hatimu lagi. Aku tahu kawan ku. Aku arif tentang itu.
Kau masih utuh untuknya. Aku amat kagum melihat dirimu tabah. Masih bergelak dengan rakan-rakan kita. Tapi, aku masih nampak kesuraman di wajahmu.

Maaf… aku ketuk kuat dahimu. Aku geram akan dirimu sayang.

Tapi, kau hanya bergelak ketawa. Ketawa yang hipokrit.
Kata-kata hatimu bahawa dia jodohmu, aku percaya. Hati tidak pernah menipu kita.

Tanya la hati dengan ikhlasnya. Tapi, kau wajar juga mencurigai hati. Hati juga menipu kita bila hati bersatu dengan akal yang tidak waras.

Hatimu telah tertutup untuk lelaki lain. Aku ingin berjumpa lelaki mu. Untuk mengucapkan tahniah padanya. Tidak ramai perempuan yang akan menutup pintu hati untuk lelaki lain bila cinta hanya untuk satu.

Perempuan di kala ini juga majority lebih hebat bercinta. Cinta dusta. Memain-mainkan cinta yang suci. Situ sini cinta dengan lelaki lain.

Aku doakan kau bertemu jodoh dengannya. Semoga keikhlasan dan penantian dirimu akan di buka hatinya oleh Yang Maha Esa untuk menjadi lebih baik. Lebih baik dalam cinta, hubungan, komitmen, kejujuran, keikhlasan dan dapat menjaga dan mendidik dirimu seperti Adam dan Hawa.

Aku sayang kamu Yuwana Bt. Mohd Jalani.

Kisabuth Lelaki Lem

Aku tersenyum. Baju yang aku berkenan tadi yang Daya maksudkan. Aku membelek harga baju itu. RM49.90. Lumayan harganya. Niatku terbantut. Hanya sekadar meminati dalam diam.
Mereka ligat berbelanja. Tapi aku sekadar menonton. Ke butik baju raya tempat yang amat aku tidak selesa. Aku tidak suka membelek dan berada di tempat sedemikian terlalu lama. Mataku mudah berpinar. Kepalaku berat. Aku tidak pasti akan mengapa.

Mereka masih lagi di butik itu. Dekat 1 jam. Aku tidak betah. Segera aku keluar. Aku ke Pusat Game. Seorang diri. Tiba-tiba, niat ku terbantut lagi. Wallet aku di genggaman Wana. Aku sekadar menonton gelagat orang ramai.

Lelaki lembut berpakaian seksi, rambut didandan, lagak tergedik-gedik menjawab kol memualkan diriku. Titik cahay mata ini segera memokuskan ke punggung dan dada si lembut itu. Besar!!!. Sah, buat pembedahan. Trakeaku seolah-olah ingin memuntahkan segala isi perut. Aku menoleh bila terdengar suara rakan-rakan. Sudah usai agaknya. Sejurus itu, aku melihat seorang lagi lelaki lebut yang berupa pengkid memegang erat tangan lelaki lembut seksi itu. Aku hanya mengucap panjang.

Selepas kedua-dua lelaki lembut itu pergi, aku melihat makcik indon yang agak seksi berpegang tangan dengan makcik indon yang berpengkid ala tomboy. 1000 kali ganda aku mengucap panjang. Betul-betul dunia ini makin menuju ke akhir zaman.

Kami ke Chicken Rice Shop untuk mengisis perut kosong ini. Aku singgah di kiosk jeruk dan buahan. Untuk ku legakan trakea yang merana ini.
Kami pulang dengan keletihan.

Aku bersama Ain, Wana, Daya, Sha ke PLAZA MAS ALAM bersebelahan Hotel Concorde. Ain memandu laju Wiranya. Tapi, anak cicak yang begitu comel bagi pandangan mata ini melekat di cermin kereta di sebelah Daya. Aku bagaikan geram melihat anak cicak itu. Masih merah abdomennya. Lain pula bagi mereka. Amat menggelikan. Kata Daya, cicak itu umpama iklan Shell di TV. Masih kuat walau terlalu laju motokar di pandu. Jalan di Shah Alam di belah laju oleh Ain sambil gosipan anak-anak dara ligat berdendang di dalam wira kelabu itu disusuli gelak ketawa.

Window shopping. Itulah yang aku tunaikan. Aku sudah tekad pada diri. Duet harus dijaga rapi. Lebih berfaedah andai duet di salurkan ke keluarga berbanding memewahkan diri. Ke Butik Reject Shop. Tempat paling lama kami berpusing. Masing-masing mencuba pakaian. Aku hanya sekadar menyentuh. Tapi, minda ku terpana melihat TSHIRT unik. Aku menanyakan pada WAna akan baju T itu. Tapi, jawapan negative aku peroleh.

Aku biarkan saja. Daya memanggil kuat namaku. Semacam bergema di Butik itu.”Ida, kalo ko pakai T shirt ni cantik. Sesuai dengan ko yang ceria dan pelik”. Aku tercengang melihat Daya. Lalu bebola mataku menyelingkar akan baju itu.

Indahnya kasih

Kaki ku sudah berpijak di bumi KL. Aku keseorangan. Semata-mata ingin menunaikan keperluan untuk pulang ke kampung pada cuti pertengahan semester nanti. Pada mulanya aku merelakan diri untuk terus bermuzafir di sini untuk menyiapkan FYP. Tapi, aku bantutkan hajat itu. Aku ingin ketemu keluargaku. Lagipun aku ingin menyambut hari lahir ibuku yang ke 46.

Dengan bantuan Rapid KL, aku sampai di KL Central. Teringat Wana dan Sha risau akan diri ini untuk merantau seorang diri. Aku sekadar menzahirkan ucapan.. ‘Tak mengapa, aku ok la sorang’. Aku sudah biasa mentravelkan diri seorang diri.

Aku dapat jua tiket TRAIN. 15hb 8. Jam 8.30 malam. Ke Stesen Wakaf Bharu. Aku mengeluh lega.
Aku ke kedai di lorong-lorong KL Central. Aku belikan ibuku sehelai selendang lembut warna ungu lembut. Sugguh cantik. Tapi agak tidak sesuai jika dipadankan dengan kerongsang permata-permata biru yang baru aku beli semalam. Harap ibuku suka.

Tiba-tiba aku merasa lemah. Aku sesak nafas lagi. Aku tahan diriku supaya tidak tersungkur di dapan awam. Aku tiada lagi rasa malu untuk duduk bersimpuh di kaki lima menunggu bas. Aku tarik nafas dalam-dalam. Tapi tidak Berjaya. Aku relakan itu semua. Sepanjang perjalanan pulang dari KL ke Shah Alam diriku tidak selesa.

Aku merebahkan diri di bilik. Aku membelai-belai Barbie aku. Teringat saat-saat bersamanya di rumah ayah. Dia pun menyentuh Barbie bersama aku. Aku lirik senyum.

Selepas makan dan mengisi perut ini dengan air mineral, baru lah aku lega. Dari aplikasi apa yang aku blajar, air mengandungi oxygen dan tidak mustahil lah air itu menyelamatkan diriku dengan Izin ALLAH S.W.T.Aku merehatkan diri dan tidur secukupnya. Kelihatan kawan-kawan yang lain turut sama dibuai mimpi. Hari ini, Kuliah sepi tanpa pelajar-pelajar Food Tech.

Aku merasa rimas dan lemas di dalam bilik. Aku memaksa Sha untuk Jogging di tasik seksyen 7. Ternyata, suasana nyaman dan percikan peluh di dahi betul-betul mambantu kesegaran tubuhku. Aku syukur. Tidak ramai perempuan yang ber jogging. Rata-rata lelaki. Agak ku sendirian, majority pelajar uitm dan unisel. Tapi, kenapa tidak ramai perempuan yang mengamalkan aktiviti sihat seumpama ini?. Aku menjawab soalan hatiku sendiri. Mungkin sebab tiada masa untuk itu semua. Tambahan bau peluh, kebasahan air peluh menjengkelkan kaum hawa ini untuk nampak menarik di kaca mata lelaki.
Sha ternyata tidak menyesal mengikutku.

Suasana mallam amat riuh di dalam bilik ini. Aku seperti biasa, susah amat untuk bersembang dan bercakap ketika rezeki di depan mata. Tapi, usai menunaikan tuntutan zahir perut, mulut kecilku tidak henti bercakap. Bersembang dan bergelak ketawa bersama rakan amat menyeronokkan. Bergosip tentang artis, tentang lelaki, tentang rumah tangga nanti.

Zaidah menjadi tetamu di bilik ini. Segala novel yang dia baru sahaja beli ditunjukkan satu persatu. Dia amat meminati karya Aisha Sofea. Aku terjerit kuat dan melompat-lompat sambil tangan menggegam salah satu dari novel yang dbeli. “Indahnya Cinta”!!!!!.. Novel yang sudah lama aku cari. Karya Krisya Reisya. Sambungan novel Kisah Kasih. Sejak zaman sekolah aku amat meminati novel kisah kasih. Aku rela mengumpulkan duet poket dan membeli novel itu.

Zaidah berangkat ke Melati. Kolej kediamannya. Aku bagaikan separuh gila bila melihat Nani sedang enak memegang novel indahnya Cinta. Aku memujuk-mujuk Nani supaya aku dahulu yang berjaya mengetahui isi perut cerita itu. Namun kejayaan tidak berpihak padaku. Aku menarik-narik seluar Nani. Nani ketawa dan menjerit. “Ida nak rogol saya”.. Kak Farah hanya memerhati gelagat aku sambil ketawa bagai guruh. Shad dan Daya diam seribu batu. Telinga mereka sudah di sumbat earphone. Jadi, telinga mereka tidak berfungsi pada ketika ini. Aku bersimpati.

:(

Aku menuju ke Faculty of Applied Science walau hari ahad masa untuk pelajar-pelajar bersuka ria di luar, bercinta atau pulang ke rumah. Tapi tidak bagiku. Aku terpaksa menyiapkan FYP aku. Aku menuju ke makmal. Tapi umpama ada kuasa menghalang untukku menapak di dalam makmal.

Aku membawa beg galas belakang yang berisi laptop. Langkahku terhenti di satu sudut. Aku melayari internet. Namun, perasaan aku berubah geram dan cuak terhadap seorang perempuan. Berlagak. Aku sudah jatuhkan egoku sendiri untuk perempuan yang begitu hina peribadinya di mata aku. Namun, biar Tuhan saja yang membalasnya.

Adakah tidak cukup lagi kesetiaan dan kasih sayang yang aku sinarkan? Aku merintih sedih.
Lebih-lebih kad pelajar aku masih tidak ku ketemu. Kad pelajar tiada, binasalah sumber kewangan aku. Bank Islam bersatu fungsinya dengan kad pelajar. Aku membuka wallet hijau ku. Cuma ada 15sen. Aku semakin sedih. Lebih lagi aku seolah tidak dihiraukannya. Hanya aku mampu menangis seorang diri di belakang bilik 24 jam. Bukan aku yang cuai. Tapi, sudah tertulis semua itu. Aku menangis dan terus menangis. Sudah niat hatiku untuk member ayah sedikit duet untuknya. Tanggungjawab aku sebagai anak. Tapi ayah sebagai lelaki amat tinggi egonya.

Dia menelefon diriku. Aku tahan dalam tangisan. Aku tahu aku sudah besar. Aku kuat. Tapi, wanita juga amat sensitive.

Aku menguatkan diri untuk ke makmal untuk menyiapkan FYP. Jam 4. Aku hampir berjaya untuk hari ini. Aku melayari internet dan bersembang dengan seorang rakan. Cukup bermakna kata-katanya untuk di kongsi bersama.

“Kita membesar dengan belajar dari kesilapan dan pengalaman silam.Kita kejar apa yang diimpikan dalam hidup kita.Kita yang perjuangkan hidup kita.Kita yang tentukan hidup kita.”
Katanya, kata-kata itu istimewa untuk seorang kawan perempuan ku..

Terima kasih. Semoga dirimu jua tabah. Wanita bukan seorang. Masih ramai lagi kaum Hawa yang baik. Untuk Kaum Adam yang sebaik dirimu. Tapi, bila sudah ketemu yang baik, hatinya untuk kita sahaja. Hargai dirinya sebaik mungkin. Mungkin kamu susah lagi untuk ketemu wanita seperti itu walau ramai kaum hawa di muka bumi ALLAH ini..

Aku menutup laptop dan segera bersiap untuk ketemu Nadia di Tasik Seksyen 7. Sudah lama tidak menguatkan otot dan stamina di tasik. Rasa lega..
Banyak yang dikongsi bersama Nadia.
Aku pulang dengan keletihan dan kelaparan..

Aquaria

26 Julai, aku bersama daya, Wana, Zaidah, Dib, Dina, mant, Alif, Chekwe, Salleh dan Kaykay sudah berangkat tiba ke PWTC. Masing-masing berjumpa di KL CENTRAL dan THE MALL. Agak penat berawam dengan bus rapid KL, PUTRA.

DI dalam Train, suasana amat gamat dengan telatah-telatah student UITM ini. Sepanjang perjalanan ke PWTC, aku sering kali meriuhkan keadaan. Bagiku, aku amat suka berceloteh yang membuatkan tawa di kalangan mereka. Tapi, siapa tahu, panggilan Ida rempit oleh Salleh dan Chekwey amat memahitkan diriku. Tapi, aku sekadar tersenyum pahit. Tidak mahu akan ketahui akan mereka kesedihan diriku. Panggilan itu amat sensitive bagi ku. Amat sensitive sebab aku bukan minah rempit.

Kami diberi tag yang diwajibkan digantung di leher untuk memasuki Hall Food Packaging and Processing. Umpama lagak seorang Fasilatator sekolah.

Mataku mulai rasa berat. Mungkin terlalu banyak mesin-mesin pemprosesan makanan di iris mataku. Kepalaku mulai berdenyut setelah setengah jam berusha mesin-mesin dan mendapatkan sedikit ilmu percuma dari pelbagai company food. Aku mulai lega bila salah seorang abg Chinese yang mengatakan. “Lu orang xpayah bimbang ma.. Food Tech ramai orang nak sikalang ini”. Jikalau aku menjadi guru bahasa malaysianya, sudah pasti aku akan menggagalkan dia dari oral Bahasa Malaysia. Amat pelek. Aku berdetik di hati. “Kenapa tidak berspiking jer”.

Setelah selesai semua, masing-masing ingin berenjoi bersama rakan dan pasangan. Aku, Wana, Daya dan Zaidah segere bertrain ke KLCC. Kami menuju ke Aquaria. Wana Amat tidak sabar. Aku hanya tersenyum melihat dia sangat gembira. Tapi, adakah kegembiraan itu sahih atau palsu?. Aku tidak punya akan jawapan itu. Aku tahu, hatinya masih lagi luka.

Aku masih lagi jakun. Ternyata Aquaria KLCC lebih hebat dari AQUARIA LANGKAWI, jauh lebih hebat dari Aquarium Shah ALam. Tapi, Ternyata, Aquaria KLCC masih tidak dapat menandingi UNDER WATER WORLD SENTOSA ISLAND, SINGAPORE. Aku hanya membandingkan secara diam. Takut mula menghantui bila ada orang yang mengetahui perbandinganku ini.

Aku masih lagi bersedih akan kehilangan kad pelajar. Tidak dapat ku keluarkan duit. Amat segan bila kawan-kawan mengeluarkan wang untuk membantu diri ini. Aku terima dalam terpaksa. Terima kasih kalian.

Muka-muka excited
Pertama kali aku membelai anak ikan jerung.Amat kasar kulitnya. Tapi, sangat jinak. Aku membelak-belek tapak sulaiman. Amat cantik. Pujiku dalam diam. Ke akuarium phirana amat aku tertarik. Kecil tapi bahaya. Kami susuri terowong. Umpama dalam air kami berjalan. Jerung, Arapima, Pari-pari gergasi umpama berterbang di udara. Amat aku kagum.


Cantik sangat star fish
\











Phiranha.. kiut semua..




Kami semakin kepenatan. Kegembiraan dan kepuasaan bermaharaja di hati. Malam semakin larut, bandaraya KL amat berkilau dengan cahaya lampu berbanding di kampung hanya kilauan bintang yang hanya dapt disinari.
Walau penat, ketiadaan bus rapid KL, kami masih lagi masih bergurau. Aku tidak mahu menunjukkan muka letih dan moody. Aku selalu tunjukkan muka keceriaan untuk teman-teman tersayang. Tapi, Wana amat pandai menujum mukaku. Dapat diperasan jika aku punyai masalah atau bermoody.
Gara-gara berjuang untuk berpijak di bumi Shah ALam dengan awal, ,kakiku tersepit pintu bus. Amat sakit. Aku menjerit kuat. Lalu, Wana menarikku keluar. Terharu rasa. Bus jam 9 lebih dapat jua di bolos. Tapi, terpaksa berdiri. Sekali lagi kakiku yang sama dipijak lelaki dihadapanku. Sekali lagi aku terjerit kuat. Sakit. Aku cepat-cepat menganggkat panggilan dari dia. Amat manja diriku. Ku adu semua itu. Penat berdiri, tapi masih lagi ketawa. Ketawa kepenatan.

membosankan di makmal

Subuhku bangkit. Segera tertera pesanan ringkas dari dia. Aku tersenyum. Dia yang ku tunggu. Dia yang ku nanti. Segera ku menunaikan solat. Alhamdullilallah, dada ku tidak buat perangai di pagi ini. Tapi, usai solat, aku tertidur.

Salah seorang roommate ku mendera pintu. Ditutupnya pintu dengan kuat. Akibatnya aku terjaga dari perbaringan.

Kulihat daya masih lagi dibuai mimpi.Wana bersiap-siap. Terlupa sejenak. Mungkin ke makmal agaknya dia menyiapkan FYP. Kesian wana terpaksa membacuh banyak jenis teh untuk di analisis antioxidant.Sha tiada.Nani tiada. Pulang ke rumah.

Aku berfikir sejenak. Mungkin Kak Farah yang mendera pintu bilik. Sesuai dengan badan dan kekuatan otot badan yang dia ada. Sah dia. Aku bangkit dan terus membetulkan badan. “Alamak!! Dah lewat” aku perlu segera ke makmal untuk menyiapkan FYP.

“ida, nak pergi Lab ke?”. Soal Wana. “Ermm”. Jawabku malas. Kesian wana, aku tak patut jawab macam tu je. Aku mula menyesal. Tapi, mataku berpisat-pisat lagi. Ku membersihkan diri. Sungguh sejuk air. Bantuan mandian Dettol betul-betul menyegarkan diriku.
Aku terus menyarungkan jeans hitam, baju T putih short sleeve dan kalegan Pink. Dengan beg sandang belakang, aku mengaumkan enjin ego. Hanya air susu saja memenuhi krateria sarapan pagi aku. Lantas. Dengan semangat, berlalu meninggalkan Seroja. Fakulti mula melambai-lambai kedatangan aku.
Sampai di Fakulti, Parking motor amat penuh sesak. Kesian motor-motor, mesti tidak cukup oxygen untuk bernafas. Aku turut bersimpati. Dengan ‘kerek’ aku mendaki ego ke parking motor staff. Memang motor aku saja yang berpelekat student. Aku memang tidak serik untuk disaman. Acap kali disaman. Hanya disebabkan lessen mati, roadtax mati dan parking staff. Aku berhitung sendirian. “UiTM yang salah. Kedekut buat parking motor”.

Aku segera ke makmal. Aku lihat telatah-telatah pelajar-pelajar. Macam-macam ragam. Ada yang terkejar-kejar ke kelas, ada yang bersembang, ada yang makan sambil berjalan. Kelaparan agaknya. Otak ku mula berligar.

Sampai di makmal, mataku mula bergerak ke kiri dan kanan. Ada junor-junior yang sedang membuat Muffin. Enaknya bau. Mesti Lab Processing DR.SITI. Aku melihat Izu berdiri di koridor umpama menunggu buah durian yang gugur. Sedapnya durian. “Ehe”. “Wei Izu, ko buat Lab ker?”. Sergah aku. Muka Izu terperanjat beruk. Tidak patut aku menyergah umpama itu. “tak la. Aku tunggu Kak ITi”. Jawab Izu. Izu menanyakan aku tentang FYp yang telah aku buat. Dia memuji aku rajin membuat FYP. Dalam hati aku menjawab ..”Terpaksa”.

Aku mula membuka locker aku dan menyarungkan jubah putih dan kasut. Aku memasuki makmal 203. Wana, Zaidah, HAbsah dan kakak-kakak lain sedang tekun membuat analysis. Aku mula mengacau dan mengenakan mereka.

“Wana, aku nak order teh campur gula satu tau”. Aku mula mengarah Wana umpama aku bos dan Wana secretary. “Haa.. kejap-kejap.” Gelakan suara mula terdengar. Wana sedang membancuh the di dalam boil water di dalam bikar.

Saturday, July 26, 2008

Bergembira dalam kepenatan

Sungguh riuh suasana DATARAN MENARA SAAS. Aku bersama rakan-rakan sudah tiba di ruang legar bawah menara.

Kot hitam terpaksa di pilih dan di sarungkan di badan ini.
Semua nam pak segak.

Nasib menyebelahi diri ku.
Aku ditakdirkan berjodoh dengan kot yang paling kecil saiznya.

Mengumpul 61 orang pelajar amat leceh dan rumit.
Aku sudah agak gelap mata. Terlalu lama untuk menunggu.
Aku sering sahaja sesak nafas dan hampir pitam akhir-akhir ini.
Siapa tahu akan sebabnya akan ku hadiahi intan permata.

Sah, Kak Wawa sempat dulu pitam. Kesian hanya ku hadiah untuknya.

Agak banyak shot yang di ambil. Formal dan bebas.
Agak memenatkan untuk bergambar.

Aku lirih sempati akan diri ini.

Bergembira dalam kepenatan.

Aku mula membayangkan diri tika di satukan nanti.
Mesti berlipat kali ganda akan beban yang di tanggung.
Tapi mesti agak puas bila di hias umpama Puteri Gunung Ledang.

Ya.. aku mesti ketemu akan dia di persandingan nanti. Insyaallah...

Tuesday, July 22, 2008

Sedikit RIsau

Bangkit pagi agak awal. Segera aku menghantar pesanan ringkas kepadanya.
“Abang.. bangun subuh”. Aku membetulkan posisi badan, lantas bangun menunaikan solat subuh.
Hari masih lagi gelap. Aku membaringkan diri di perbaringan.
Kesemua roommate aku sudah subuh. Ada yang awal. Ada yang lambat. Masing-masing umpama berat benar untuk bangun.

Kupeluk teddy bear, lantas mata ini mencorot ke arah skrin telefon. Dia membalas pesanan ku tadi. “Bagusnya, awal-awal pagi sudah mandi. Jarang ada lelaki seperti ini”. Pujiku dalam diam.

Aku teringat akan cerita mengenai dia. Aku tidak tahu apa yang aku perlu tolong untuk nya sekarang. Yang aku tahu, lelaki perlu galakan dari perempuan.

Ku berbalas pesanan ringakas dengannya buat seketika. Rupanya dia masih banyak benda yang perlu dilakukan. Tentang report projek, tajuk FYP, dan keadaan dia yang tidak berapa ok. “SAbar sayang”. HAti ku merintih. Aku pun punya masalah banyak. Tapi, aku semakin ingin kawal kesabaranku untuk tidak terlalu manja dan menebalkan lagi diameter kesabaran. Aku pernah ditegur. “Manja sangat lar kamu ni sayang”. Jadi, aku semakin ingin cuba untuk menjadi matang.

Aku menjalankan tugas seperti pembantu rumah dari seberang. Umpama ‘maid’ katanya.

Aku membersihkan diri di awal pagi. Menyental pakaian yang belum di cuci. Ku mendandan diri sewangi mungkin bedak Johnson baby, dengan berkain batik dan berbaju T merah. Aku terlupa buat seketika. Baju yang kubasuh perlu di jemur.

Ku berlari anak ke bilk air sebelah bilikku, Aku mencapai bebanan yang berat dan satu persatu ku ampai. Ku dongak ke kaki langit. Mendung rupanya langit. Ku susun juga baju di ampaian.

“Ida, baju aku kau tak basuh pun”. Lantas aku tertoleh. Wana sudah beraksi manja dan tersengih umpama kerang busuk. “ Apa dia wana?”. Aku menyuarakan malas. Mungkin agak penat untuk aku bersuara. Wana menyuarakan lagi apa yang dikata pertama kali. Mendengar saja ayat itu, berdesing telinga aku dengar. Automatik aku mulut ku bersuara, “Aku sepak kan!”. Wana dan aku gelak besar. Buruk benar kalau lelaki dengar.

Di bilk, telah berkemundang celoteh FBI dan Faufau di radio HOT FM. Farah sudah memaksa radionya bertugas di awal pagi. Wana,Daya Sha masing-masing bersarapan, mengemas bilik dan masih di perbaringan, menyeritika pakaian. Lupa sejenak hari ini sesi fotografi pelajar Degree part 7.

Ku tatap skrin telefon. Mesej dari dia yang mengatakan sudah berada di blok pensyarah. Aku menawarkan diri untuk membeli ubat kepadanya. Tapi, sudah ke klinik katanya. Sabar sayang.

TIdak lepas aku bergurau senda dengan Wana, Daya, Farah. Sha agak pendiam di dalam bilik. Tapi aku acap kali mengenakan dia.

Selepas meluruskan baju kurung hijau pucuk pisang berbunga coklat dan tudung bercorak coklat,
aku bersarapan dengan segelas susu Nespray dan beberapa keeping Cream Creaker serta Tomato Cherry. Sudah cukup kenyang bagiku. Lidahku gatal ingin merasa Lolipop yang aku culik berbyar di pasaraya semalam. Tapi aku tahan. Umpama tidak sesuai Lolipop di pagi hari.

Masing-masing sudah membuka computer riba. Sha melihat-lihat topic untk seminar, Daya melihat gambar-gambar koleksi kereta. Dia memang hantu kereta dari luar Negara. Bila sahaja Farah membuka cerita Hindustan, mata-mata mereka tertumpu di computer riba Farah. Shah Rukh Khan rupanya. Tapi aku tidak berapa meminati.

Aku menjalankan misi. Ku On kan computer riba ku dan membuka Resume Afif yang aku minta. Aku perlu menyiapkan Resume untuk Latihan Industri nanti. Wana menghampiriku lantas aku dan dia berdiskusi dengannya tentang tempat praktikal dan latihan industry.

Mata nakal wana mula mencorot kea rah aku. “Cantik lar ida ko pakai kain batik”. Aku pura-pura tidak dengar. “Ehe”. Semua perempuan pun akan Nampak cantik kalau pakai sopan.

Aku selalu mengenakan Afif dan Wana. Afif agak meminati Wana. Semester lepas,aku cuba menyatukan mereka. Tapi tidak berjaya kerana Wana sudah berpunya. Tapi sekarang, Wana sudah tidak terikat dengan mana-mana lelaki. Hati nakalku mula ketawa dengan rancangan jahatku nanti. Tidak lama lagi Afif akan terbang meninggalkan bumi Malaysia. Aku agak sedih kerana Afif kawan baik aku di sini.

Hujan mulai turun menyimbah bumi, aku melihat tingkap. Agak lebat. Tingkap bilik ini selalu di sembunyi di sebalik langsir. Agak bahay jika dibuka kerana terlalu dekat mengadap padang.
Petang-petang, padang Seroja ini akan dipenuhi anak-anak muda yang bermain Futsal dan bola sepak.
Agak meriah dipadang ini di kala petang.

Aku teringat sejenak, Egoku sudah tentu di basahi hujan. Helmet sudah tentu di takung air nan jernih. Sudah segelas agaknya hasil dapat nanti. Hatiku tersenyum.

Teringat akan malam tadi yang aju teerpaksa berjalan kaki dengan Wana dari PITTAR ke Seroja menyusuri PiTTAR,AD,BIGPARK, amat meletihkan. Kami mengomel marah akan ‘Pak Guard’ Yang terlalu awal menutup dan mengunci pintu. Seawal jam 9 malam. Jika tidak keluar, kebulur la aku semalam.

Kegeraman kami di kaunselingkan dengan gurauan sepanjang kaki kami melangkah menuju ke kolej.
Amat meletihkan malam tadi.

Mata ku melirik ke arah mereka. Sungguh asik mereka melayan Cerita Hindustan. Aku terseyum seorangan bila masing-masing memuji kemanisan dan ketampanan Shah Rukh Khan. “Manis dan tampan lagi Safuan aku“. Hatiku menakal. Bibir ku menguntum senyum.

Dewan Beta

Aku melangkah masuk di dalam Dewan Kuliah. Agak awal aku gah berdiri di dalam dewan yang besar dan menyejukkan itu. Sampai ke tulang rusuk kurasa kesejukan itu.

Dewan mula di banjiri pelajar-pelajar. Macam-macam kerenah dan lagak.
Tidak lupa aku. Aku acap kali menujukkan kenakalan di dalm dewan kuliah. Aku mengusik Norju dan Sha yang sedang berdingin.
"Norju,sha kirim salam". Dushhhhh.. sebijik sekehan percuma aku terima. Wana dan Kak Didi hanya gelak besar. "Sha, Norju kirim salam". Sha menunjukkan muka yang tidak puas hati. Ternyata benci amat Sha pada Norju. Aku mengeluh sendirian. Sampai bila hendak bergaduh dan bermasam muka.

Lecturer di depan membebel pantas. Tidak faham akan aku dan kawan-kawan. Tapi, aku suka perhati gaya tudung dan baju berfesyen yang dipakai puan."ehe". Muda lagi dan potongan badan yang cantik.

Aku mengambil resit bank in duet dan menulis sepucuk surat kepada Wana. Sedikit bergosip.Amat tidak faham jika menumpukan perhatian pun. Akhir juga, sendirian berhad yang terpaksa di fahami bersama kawan.

Amat mentensikan.

Tapi, kuliah Food Law DR. Norham amat aku suka dan faham. Teras sekejap belajar bila pelajaran dan kuliah yang tidak membosankan. Aku agak suka dengan cara ajaran DR.Noriham. Memang tepat gosipan orang. Lecturer berusia lebih pandai mengajar. Aku sedikit bersetuju dengan itu.Mungkin telah banyak pengalaman yang di timbun.

Di akhir kuliah, dekat jam 7, masing-masing berebut akan past year quaestion semua subjek yang di ambil sepanjang semester ini. Aku agak malas untuk berebut. Wana menawarkan diri mengambil untuk aku dengan syarat memegang begnya. Aku mengiakan saja.

Wallet terpaksa aku buka. Ku intai beberapa keping duet biru yang kecik dan beberapa keping duet merah. Aku mengeluarkan sekeping RM50 lalu membayar kepada Mant duet fotostat,duet PERTEMA, dan duet fotostat buku FOOD Packaging.

Aku mengeluh. Duet Dinner semester ini sejumlah RM45 masih belum dilangsaikan.

Aku berlalu pergi meninggalkan fakulti dengan ego.

Sunday, July 20, 2008

Tersenyum Sendirian

Iris hitam pekat mataku sudah agak pedih. Mungkin terlalu lama mengadap komputer. Baru sebentar tadi aku mendapat mesej dari Kak Nana. Number akaun Maybank nya di taip teratur. Tapi mata ini agak pening melihat angka-angka yang banyak. Aku perlu "bank in" duit untuk keluarga. Semester ini aku berazam tidak akan menggunakan duit pakcik walau tidak poket aku kering sekali pun. Aku sudah besar. sudah tidak patut menggunakan duit pakcik. Walau tidak cukup, aku akan 'partime Hotel' Rm 50 sehari bekerja sudah agak cvukup untuk makan selama seminggu. Teringat pula rakan-rakan sekerja yang membuat 'partime" hanya untuk ke salon rambut, shopping dan ada pula yang simpan untuk masa hadapan. Apa pun terpulang pada individu. Hak masing-masing.

Tangan aku sudah penat menggunakan tetikus hitam ini. Kepalaku asik beraksi dari atas ke bawah dan naik ke atas semula untuk mencari topik-topik didalam jurnal.

Banyak yang aku temui. Namun aku lebih berminat akan topik inhibit of microb fruit juice using UV radiation. Dahi ku berkerut. Tidak di sangkal dek akal pendekku akan kecanggihan alat itu untuk memanjangkan jangkan hayat fruit juice.

Aku terkedu sebentar.
Pesanan ringkas darinya yang menyatakan terharu dan ber thank aku terima. Memang wajar aku sebagai teman wanita nya untuk melakukan seumpama itu. Aku tersenyum merah bila mendapat ucapan love dari dia.

Perot ku berdendang. Aku lupa untuk menyentuh makanan. Tapi, di sebabkan ketiadaan kawan-kawan di waktu ini aku agak kurang enak makan seorang diri. Kata oramg, makan ramai-ramai lagi enak biarpun nasi macam batu, Sayur kecut lembik. ayam keras kejung, daging liat sakan dan harga lumayan. Begitu lah keadaan makanan di kafeteria Fakulti Sains Gunaan.

Tapi... bila aku dan kawan-kawan berkumpul makan di kiosk air,burger,buah,kebab,jagung manis,roti canai di luar kaeteria, bertemakan bangku, kerusi di taman, kami lebih berfokus kongsi makan rojak buah, air cendol sambil bergosip. Sambil mata melilau mencari pelajar-pelajar lelaki yang hemsem. "ehe". Bukan ayat aku. Tapi ayat dan niat itu di sumbangkan oleh Nurul dan Kay.

Rindu pula akan Kay yang baru sahaja menamatkan Degree..

Aku harus beredar. Jam usai lewat untuk melawat ke Dewan Kuliah..