Thursday, October 29, 2009

Tekanan jiwa yang melampau

"ida, aku mengalami tekanan jiwa yang melampau". sahut fard tiba-tiba.
Kami berdua di dalam bilik melayari internet.

Terus aku menjawab "Aku pun. Tak bes nyer idup malam ni"..

Ingin tahu kenapa?
Perut ku kuat berkeroncong menyanyikan lagu nasik o nasik...

LApar lar pulak... Malam tiada santapan untuk diriku...
Di tambah lagi dengan tekanan kerja..
dan dicampur lagi dengan penambah perisa lambat piyed bulan ni..
"uwaaa.."...


K2.. aku larut dulu...

WHAT DREAMS ARE MADE of – Hilary Duff Music Code

Wednesday, October 28, 2009

Pening & nantowk

Penat nya terasa hari ni.. ~ish.. hari-hari pun penat~
mungkin bercampur dengan basahan hujan.

Bakso di kedai mek kelantan agak tidak sedap.. ~ader ker letak sos.3 hinggit tu..wee~
Fazli agak kaget melihat semangkuk bakso dengan gahnya saiz bebola daging kisar..
Itulah santapan malamku untuk hari ini..

Mata aku hampir berpinar melihat bulatan nombor jam loceng milik fard. Ku lihat ros2 merah, pink konvo sudah mulai menunjukkan warna coklat dan sudah mengeluarkan bau busuk. Kataku pada fard.. "bau macam tukang kebun mesin rumput kat sekolah n di biar macam tu sampai kering".

Aku sudah kepeningan dek mencari tajuk tesis untuk adik aku yang bakal memulakan tesis semester hadapan."hahaha... padan muka ko.. turn ko plak sengsara buat tesis".. heheheheh....

Tapi.. yang merananya .. aku lar.. ape2 sahaja mesti dirujuk akan ku...
Al maklum lar.. die pun tiru aku... amek course Food science tech gak..

Pening aku melihat tajuk-tajuk di sciencedirect. Mungkin akibat sudah lama tidak melakukan tugas sebagai pelajar...

k.. aku mau tidur... sudah kelewatan...

Uhhh.... lambatnya hari ahad.... :(

Tuesday, October 27, 2009

Ular.Ular

Seperti hari2 yang sama..
Isnin-Sabtu... aku akan berperuk di dalam The bakers cottage. Penat terasa kerja. Campur penat otak memikirkan projek yang belum siap.. Sampai Linda pitam,munta, sakit kepala.

Aku?.. walau tension.. aku masih ok...

Malam tadi aku mimpi lagi akan ular.. ular yang kecil.. tiba-tiba membesar lalu mengejar diriku..
Malam kelmarin aku mimpi ular juga....

Tensionnya mimpi ular....
betul ker orang cakap... mimpi ular petanda kita akan bakal bertemu jodoh (kahwin)?...

huhu... kalo camtu.. hari2 aku mimpi ular pun nak....
weeee...~

Sunday, October 25, 2009

rendang ayam + papadom = ilang demam

weekend yang bes.. aku di bawa Fazli ke putra high ke rumah abg dan kak iparnya.. seronok tengok anak-anak buahnya.... Adlin terus ke riba ku sebaik saja aku tiba.

Kak Mah... memasakkan rendang ayam untukku... katanya.. dia tak mahu aku mengidam lagi akan rendang ayam.. Yummy.....sedap.. 3 kali aku tambah..

Ke Cinema.. menonton cerita papadom bersama Fazli.. coke dan caramel popcorn mejadi bukti aku menangis tengok cerita itu.. weee.... sedihnya.. namun.. tak lari dari adegan humor....
Bes sangat citer tu..... rugi kalo tak pg tengok....

lagi pun.. aku minta kat liyana jasmay..
yang paling bes... teringat balik kenangan kat uitm bila tengok cerita tu...
dewan DSB,kafe, fakulti sains gunaan, dewan kuliah A, kolej.... eeee...... bes sangat....

-aku siap tunjuk lagi kerusi yang aku selalu duduk dalam dewan kuliah A kat fazli... blur2 [plak dier... ehe...-

Friday, October 23, 2009

demam..

hari ni..
memang xder mood sangat. demam.....
semalam.. selesai sahaja upacara konvo dan bergambar
selepas aku,fazli menghantar mak dan pakcik ke luar highway kesas, kami terus mengisi perut..

mulut manis betul..
tak henti2 memuji aku hari ni.. katanya aku cantik sangat..
ehe..
hati berbunga riang......

sampai malam berbaju kurung riau ke kedai mamak dengannya...
yang nyata.. aku peroleh sejambak bunga ros merah dengan teddy bear sempena hadiah konvokesyen...

arghhh.. masih selsema ni.....

Wednesday, October 21, 2009

quality hotel..

boring sangat rasa...
berperuk dalam hotel ni...
mak ngan pakcik aku belum sampai lagi..
katanya di tol kesas..

kejap lagi mungkin sampai....



berposing kat canselori ngan kawan-kawan..
esok baru konvokesyen... rindunya kat korang...


Tuesday, October 20, 2009

ehe... baru jer ambik tadi..

penat sih ambil jubah konvo.. banyak sangat procedure nya...
tapi... bes sangat dapat jumpa balik ngan kawan-kawan...

posing sikit dalam lab nani, nisah and ain..

Monday, October 19, 2009

Esok amek jubah..

Project Fruit cakes and cookies to China

Pandan coconut chiffon untuk di eksport ke France baru sahaja selesai hari ini. QC assistant aku yang terpaksa berembun malam pulang semata-mata untuk chifon.. ehe.. kesian...

Agak penat terasa.

Aku melihat list fruit cake dan cookies yang akan di eksport ke China. Masih banyak jenis yang team production belum selesaikan. Projek ini bawah jagaan dan kelolaan aku. Quality control yang akan membagi kebenaran samaada product itu passed atau reject..

Penat.....
habis satu... satu lagi projek yang bakal di hujani.... yang pasti.. projek cookies ke Jepun pula..
Tapi... aku tetap ceria di tempat kerja.... ehee.....