Friday, August 1, 2008

Ratu?

Memakai baju kurung biru gelap plaint dan bertudung corak hitam dan putih. Itulah aku untuk hari ini. Aku memecut ego. UHHH… parking motor pelajar sangat penuh. Aku meneruskan niat jahat memakir motor di Blok B. Tapi, tiba-tiba Pakcik Beruniform biru. Berskuter putih, bermisai tebal Nampak akan aku. Terus aku cabut lari. (Sebenarnya mana boleh parking situ. Aku yang memandai).

Terus langkah dihayun ke bilk SV. DR. Zainal. Hampir setengah jam terpaksa menunggu umpama menunggu buah durian yang gugur. (Sebenarnya aku ni ngidam durian ni).

Di biik Dr, aku mengeluarkan buku log catatan projek ku dan result-result. Aku senyum. Semua betul. Aku mendapat pujian. Tugasan seterusnya yang aku perlu lakukan di khutbah Dr panjang lebar. Tiba-tiba aku bersuara sedih. “DR..saya tak faham..”. (kenapa ni ida manja sangat. Rilek r.. dah nama FYP bukan nya senang). NAsib menyebelahi diriku kerana mendapat SV yang amat baik. Diterangkan sampai faham. Aku keluar bilk yang menyejukkan itu dengan nafas lega.

Aku sudah kelewatan untuk ke dewan kuliah Beta. Aku memaksa langkah memecut laju. Alamak malu!!!.. Aku hampir tersadung jatuh. Sepatu yang agak licin. Lebih-lebih semasa mendaki bukit tonggek itu. 5 orang junior lelaki Nampak akan aksi yang tidak sepatotnya. Mereka tercengang dan blur melihat aku. Mukaku tiba-tiba makin menebal saiz diameternya. (Malu sangat tau. Lantak ar.. budak-budak beringus lagi pun. Hope tak jumpa lagi).

Di kelas Food Law. Kuliah di teruskan. Tapi aku tidak berapa semangat. (Nape ni ida..)

Kuliah Halal. Dr. Zainal amat kelakar dan spontan. Mentang-mentang dia SV aku, aku menjadi mangsa dalam Kuliah. (Nasib ko la ida…)

Pelajaran animal halal n non halal beserta hadith dan bible di pelajari. (Haa.. kitorang kena hafal hadith dan bibble tau). Usai kuliah, aku masih di dalam dewan kuliah menanyakn tentang resume dan praktikal.

Agak bosan di dalam bilik, usai solat Asar, aku menarik DaYa untuk sama-sama jogging di tasik. Mencuci mata dengan pemandangan( Bukan cuci mata boy tau) dan menghirup udara tang tidak berapa segar amat tenang bagiku. Mengeluarkan peluh dari sebum berjaya di capai.

Sebelum, Jog di tasik, kami Jog di PKNS. Aku menukarkan wang di untuk membeli kerongsang.
Aku menarik kuat tangan Daya.
Aku suka lagu itu!!!!..
Daya gelak.
Aku membuat muka comel.

Koleksi lagu-lagu Indon lama.
Si jantung hati.
Abg sayang
Singkong dan keju
Madu dan racun.
Aku sayang abg
Surga dan neraka

Teringat akan ayah yang suka memaksa radio kereta Honda Accord dan Mercedes hitam nya menyanyikan lagu semua itu sambil aku menyanyi lagu si jantung hati untuk ayah.

Indahnya itu semua..
Aku rindu akan zaman itu..
Aku rindu akan ayah dan mak yang masih bersatu dahulu kala di usia kanak-kanak ribena ku.

Teringat akan ayah yang sanggup membelikan gaun cantik dari Singapore sewaktu pertandingan kanak-kanak cantik tadika.
Akhirnya aku menjuarai pertandingan ratu kanak-kanak cantik antara tadika daerah.
Aku umpama ratu.
(Tapi sekarang macam hantu. huhuhu..)

Perut di isi dengan Ani Sup Utara dan Green tea Wana.

Melayan cerita blind dating membuahkan gelak tawa kami di mala ini….
Ahhhh.. terubat rindu padanya mendengar suaranya. Sibuk memanjang. Tapi aku amat memuji dirinya dalam diam..

No comments: