Friday, August 1, 2008

Halal of consultant

Jam 2 petang baru kuliah Food Law Dr. Noriham bermula. Semua roomateku masih di malasan fizikal untuk bersiap. Aku pantas membersihkan diri. Ahh.. Nikmat terasa bila mandian Dettol membelai epidermisku.

Aku punya janji dengan Zaidah. Ke PKNS tempat tujuan utama kami. Pesta buku masih lagi berlangsung. Aku perlu mengambil Zaidah di Fakulti. Tiba-tiba, satu suara yang sering kali bertemu di ruang gegendang telinga ku muncul. “Hai ida comel”. Aku toleh. Huish semangat.

Zaidah rupanya. Dia tunggu aku bersiap sambil bergosip dengan rakan-rakan yang lain yang masih separuh sedar di alam dunia. Tapi, aku naik heran. Tidak sah jikalau bilik ini tidak di gegak gempita dengan gelak tawa dan jeritan anak-anak dara yang berupa sedikit macam hantu. Huhuhu. (Maaf kawan-kawanku.Hahahaha. Tu lar sapa suruh tak senonoh. Huhuhu).Aku mengerutkan dahi. Perempuan tidak sah jika tidak jerit.ketawa. (Aku sebenarnya pun macam tu juga =p)

Ego memecut laju. Aku melilau mata bersama Zaidah mencari buku. Aku gembira gila baban bila buku indahnya kasih sambungan kisah kasih dapat jua ku peroleh. RM13 setelah di diskaun.
“ida, kita gila kan?”.
“HAHHHH???!!!” Aku bagai naik pengsan mendengar itu semua.
“Kita gila novel”. Terang Zaidah. Aku mengiakan sahaja.

Kuliah DR. Noriham amat aku nantikan. Mudah difahami. Tidak sah jika tiada soalan yang di soal. Tidak sah jika pelajar tidak di panggil ke depan untuk draw, write n explain. Kak Daya dan Kak Hakim jadi mangsa DR harini. Agak sukar untuk penerangan mekanisma cleaning compound. Riuh gelakan di dalam dewan kuliah. Kak Dayah dengan aksi dan gelagat jawanya. Aku di sebelah Dina. Memerhati dengan ekor mata yang tajam akan penerangan dan ketawa tak senonoh (xper.. dah tak segan ngan kawan-kawan).

Kerusi dewan kuliah ku disambungkan lagi fungsinya hampir sejam. Prof DR… ( ape ntah nama. Aku tak ingat lar pulak. Haih..) Dia lupa perkenalkan diri. (So, bukan salah ku.). Pengambilan September, Oktober dan Disember untuk student graduate Islamic study, Food Technology, dan Biotechnology untuk menjadi Executive and Consultant Of Halal. Amat diperlukan sekarang.

Tapi perlu di latih satu semester kuliah. Dan 1 semester latihan industry. Bila subjek yang perlu di pelajari di muntahkan di bibirnya yang tebal itu dan bermisai hitam pekat (hahahah… sori En. Sy Ngumpat sikit) itu, semua 7 subjek telah kami semua student food Tech khatam berbanding prlajar Islamic Study dan Biotech yang hanya pernah pelajari 1, 2 subjek yang tersenarai.

Bila disebut subjek OSHA. Occupational Safety And Health, Keluhun dan cemuhan kawan-kawan jelas kedengaran. ( Aku pun dua kali lima jer. Malahan agak kuat. =P). Anda ingin tahu sebabnya?.. Ni dia cerita. OSHA 1 semester lepas, Puan Mariam ajar OSHA umpama baca nota.

Test objektif. Membuatkan kami lingkup. Nota tebal macam bibir orang Negro. Puan Mariam sangat rajin. (RAjin download Nota sebijik kat internet yang ntah apa-apa. Jahatnya aku mengumpat. Maaf Puan.. L ) Selepas tu, kami yang ternganga. Final Exam Lingkup. Aku dapat C. (Kawan-kawan aku pun). Semata untuk lulus. Sedei…

OSHA 2. Puan Singa yang cantik macam model. Asek nak marah-marah kami. Cakap macam badut. HUhh… (sedei tau…. Pertama kali cikgu panggil macam tu. Dah makin ramai pelajar tak suka akannya.)
Ajar pun bukan faham sangat. Puan tu aku rasa lebih sesuai jadi model. ( Maaf puan, halal kan makan minum kami :P).

Berbalik cerita akan Prof Halal tadi, dia gelak dan senyum puas bila mengetahui kami pelajar Food Tech sudah menkhatam kan diri untuk semua subjek. JAdi kelonggaran untuk tidak mengikuti lagi kelas satu semester mungkin di anak emaskan.

Agak susah untuk menjadi Consultant Halal. Satu Company Food hanya seorang sahaja Consultant Halal di tempatkan. Kekuatan mental dan fizikal amat tinggi diperlukan. Lebih-lebih jika Syarikat Cina. Kebanyakan Syarikat Halal memberikan tanda Halal pada awal permulaan indutri makanan. Tapi, lama kelamaan kesahihan halal itu diragui ekoran penipuan dalam proses makanan. Tidak mengikut procedure dan lessen halal telah tamat. Contoh terbaru Kenny Rogers. Tidak cukup manpower untuk di uruskan dan lawatan ke Kenny Rogers tidak dapat dijalankan.

Bertubi-tubi soalan disoal.
Bila sahaja soalan dari seorang akak yang tidak disukai rata-rata kami,( Aku neutral. Tak der sebab aku tak suka dia sebab dia tak pernah sakiti hati ku.) semua orang senyap dan berbisik-bisik. Mungkin terlalu high profile gara-gara dia tidak disukai. Tidak berapa pandai. Tapi berlagak dan eksyen lebih. Itu kata-kata salah sorang kawan ku. (Maybe.. Aku mengiakan dalam hati).

Aku tidak berapa minat akan Halal of Consultant. Aku lebih meminati QA or research marketing.

Malam yang agak mendukacitakan. Lelaki jua amat sensitive.
Maaf…..

Aku tertidur dengan hp di tangan. Tertidur sampai terlupa membalas mesj. (Haih… tak senonohnnya aku).

Aku sesak nafas lagi…… L.
Aku ambil langkah melumurkan Vicks di dada. Air mineral mengisi perut ku. Latiahn pernafasan ku lakukan.

Syukur pada-MU…

No comments: