Wednesday, September 24, 2008

Ditempiasi hujan air mata

Aku hanya mampu menagis. Meratap kesedihan keseorangan. Terasa pedih di lubuk hati. Terasa down. Aku teresak bagai anak kecil. Aku memeluk erat yaya. Kesian yaya, sudah dibasahi titk-titik jernihku. Andai yaya pandai berkata-kata, tentu dia memujuk aku berhenti menangis kerana tidak mahu kesejukan dek tempias air mataku ini.

Aku teresak dan teresak. Dada ku berombak ganas. Nafasku umpama sudah berada di penghujung. Mungkin sudah dipenuhi mucus-mukus yang liat (air hingus lar tu.)Aku menyeka dengan sweater pink aku. (eii.. pengotor lar pulak aku ni).

(Tolong alien.. bawa aku pergi ke medan angkasa.). Itu lar aku.. bila sahaja masalah mula menerjah terasa ingin lari dan terus lari.

Sudah dekat berbuka. Namun, aku terus mengambil beberapa biji panadol lantas meratah bagai kelaparan. Aku berbaring. Terasa khayal. Namun, ayat-ayat itu membuat aku down. Terasa tajam. ( Safuan pun tak pernah cakap buruk macam itu). Suatu penghinaan yang amat berat aku terima. Dan sampai kapan pun aku akan mengingati ayat-ayat itu sampai akhir nafasku.
Aku terasa di alam khayal. Demam ku makin teruk pula hari ini.

Pintu dikuak. Nani, Sha, Wana sudah pulang dari berbuka di luar.

Aku berpura2pura tidur. Terasa sentuhan di dahi dan dadaku.

“ wei. Badan ida panasla.”. suara nani kedengaran.Baru aku sedar. Tangan nani yang mencabul dahi dan dadaku tadi. Terasa sayu. (wei.. geli lar. Raba-raba dada aku pulak minah ni..). Tapi.. aku betul2 rasa dimanja kawan-kawan.

Mana tak nya.. jika aku sedih.. terasa sunyi bilik itu.. Mungkin aku penghibur mereka semua…
“Ida, ko dah buka puasa belum?.

Aku pura-pura terjaga. “Dah.” Ringkas jawapanku. (Aku bukak ngan panadol dan air lar wana. Lapar giler ni weiii.. )rintih hati ku keseorangan.

“Ida, aku buatkan air milo untuk ko eyh..meh lar makan sikit”. Wana menyambung.
Wana masih di malabuhkan punggungnya di sisi katil ku..
Alamak..!! bear aku penyek lar wana..!!!.. aku bermonolog
keseoranagn.

“Tak nak…”. Begitu sahaja jawapan ku. (Bukan kerek lar.. tapi aku segan. Mata aku dah bengkak nangis dari tadi).

Aku menyambngkan tugasan mata berpura-pura tidur dan beberapa kali berfikir. Berfikir dan berfikir. Terasa malang hari ini…..

Aku benci akan situasi seperti ini. Membuat aku makin lemah. Terasa sayu bila mak safuan mengambil berat akan ku..

Terima kasih makcik…….

Aku ke toilet. Mencuci baju dan ego..

“Ida.. bengkaknya mata.. awak nangis eth..?”
Tak lar Nani…..

Nani mengerutkan dahi dan merapati aku.

“Yer..sy nangis yang sangat banyak tadi. Saya malu.. nanti dorang pasan saya nangis..”

“Alar..tak per lar ida.. awk jagn nangis eyh… tak yah lar malu.”

Tapi.. awak nangis yang sangat banyak ker atau nangis yang sagat teruk?

Ehe…. Aku tersengih…

Sha, Nani, Wana sudah menyediakan makanan untuk aku.. Terasa terharu…

Mereka merapati aku dan meneman aku makan…

WArrghhhh…. Terharunya dapat kawan-kawan macam ni..

Sayang korang sumer….

2 comments:

sourplum said...

ape2 pon terjadi sila berfikir dgn positif
xperlu la nk seksa diri sb ape org kata

eida said...

iyer... baik bosss...