Monday, August 18, 2008

Tawa dalam hipokrit

Hari ke 4 dia merajuk. Kenapa mesti dia yang perlu merajuk. Kenapa dan mengapa.
Biar apa pun, aku perlu tenang. Menjalankan rutin hidup ku sebagai pelajar. Pelajar yang bakal grad beberapa bulan saja lagi.

Aku tenang belajar. Malam tiba terpaksa aku dan kawan-kawan ke blok F3 untuk mengarang apa yang di soal dalam subjek Food Law.

Aku berbaju kurung biru dan bertudung putih bersih. Aku sedikit menyisihkan diri dari kawan-kawan. Semata-mata untuk menolong Fatimah. Menolong dia dalam pelajaran. “Tu lar.. sape suruh tak dating kelas dua minggu dan buat hal”.


Tapi, aku menangis seorang diri di tepi bangunan. Sebab?..
Aku di perbodohkan Fatimah hidup-hidup. Aku menangis dan menangis..
“Alamak!!.. Zaidah perasan aku menangis. Malu ni!! …”. Aku balik bilk dan belajar dengan kawan-kawan.
“YA…. Aku mesti kuat. Aku bukan lagi budak-budak kecik. Aku Ida yang sudah berusia 22 tahun.
Yang pasti, aku kena kuat. Kuat. Kuat..
Kawan-kawan perasan akan kesedihan ku. Ketara perubahan yang berlaku pada diri ini. Agak pendiam sedikit (sikit jek. Tapi sakat kawan-kawan tak leh tinggal). Mereka cuba menghiburkan hati. Tapi, yang pasti mereka tidak tahu apa sebabnya.
Ingin tahu sebab apa??..
Aku sukar untuk berkongsi masalah dengan kawan-kawan.

Sweater pink aku sarungkan ke badan. Ke Blok F3 kami mengorak langkah.
Alhamdullillah… Aku hampir 90% dapat jawab soalan Food Law.

Hari Puteri Seroja di Kolej aku amat digamati jualan, ceramah, pelbagai aktiviti sukan, karaoke, dance, PC Fair ( ader ker bwat Pc Fair betul-betul kat depan bilik aku. Seksa woi nak mandi. Lelaki suka hati jek masuk kat area kolej).Singgah seketika ke Jualan pakaian. Wana, Daya, Sha, Nani terlebih excited memadankan aku dengan baju-baju ladies. Kelakar je rasa. Tarik aku ke situ sini untuk cuba pakaian untuk aku. HUuuuhhhh….. Aku mengeluh. Tak suka…………….. Arggghhhhh… Tolong……….. Kommenaaaa….

Hasilnya, Aku tetap jua tidak beli apa-apa, mereka masing-masing membazirkan wang..
Aku gelak besar, Mataku menyorot gelagat mereka menggayakan pakaian di bilik. Aku hanya duduk di katil sambil memerhati dan bibirku becok mengomen itu ini tidak kena dan tidak sesuai.

Mereka semua tension tahap cipan bila aku mula beri komen. Akhir sudah, aku di cubit mereka. Aiyakkkkk…. Kena serang….Tolong……..!!!!!!....

No comments: