Monday, August 4, 2008

Ragam Manusia

Aku menggagahkan diri untuk rutin di hari ini. Terlalu menyeksakan hidup bila demam mula melanda. Umpama tsunami yang memusnahkan deretan rumah di Batu Feringgi. Sekali sekala datang. Tapi penuh beraksi ganas. Sama umpamanya dengan diri ini. Terlalu susah untuk virus demam memonopoli imun sistem ini. Terlalu sukar untuk Stapphlycoccus aureus bermukin di salur trakea ini. Tapi, bila semua ini berlaku umpama pesta acara bakteria dan virus gamat di sistem badan ini.

Aku mengeluh... "Huhhhhhhhhh"...

Kuliah di hadiri dengan terpaksa walaupun suhu badan agak tinggi, batuk, bersin yang agak tidak selesa. Aku tidak dapat menfokuskan diri di kulaiah Food Law, OSHa. Jam 4 sam pai 7..

Di kesejukan malam jam 8 aku tetap mengorak langkah ke dewan kuliah tanpa ada perasaan. Kawan-kawan mula perasan akan perubahan diri ini. Automatik aku umpama perempuan yang sopan. Tidak mengusik kawan-kawan. "Maaf.. aku tidak sihat untuk bergelak ketawa".

Bila sahaja Nash dan Mant menceritakan akan Nini yang mengata aku di belakang, Aku jadi marah. Marah dalam diam. Tapi, aku bersabar dan mula belajar akan perkataan. S.A.B.A.R. Heboh dalan dewan kuliah di barisan pertama, kedua, ketiga akan sikap Nini yang membuat dajal di hatiku.

Akal gila ku memaksa diri melempang. Tapi, hati kecil ku mencadangkan bersabar. Kawan-kawan lain sudah sebati dengan perangai Nini.

Tidak mustahil lar jika Nurul, Mawin, Fard selaku serumah dia asik mengadu domba tentang perangai si Nini gedik.

Ok. Let it go.. Stop.

Aku umpama tidak berperasaan. Kuliah DR CITI amat menceriakan diriku. Food Packaging.

Jika diperhati bermacam kertas, plastic, glass dalam pembungkusan makanan.

Di sebelah Illie di dalam kuliah lagi membuatkan aku tiada perasaan. Minah yang selalu di damn di dalam kuliah ekoran perangai seumpama Nini.

Aku umpama membina tebing konkrit antara aku dan Illie. Tapi, dalam diam aku turut simpati akannya kerana sudah hilang kawan ekoran sikapnya yang amat tidak disenangi.

Macam-macam ragam manusia dan mulut orang.
Betul kata dia. "mulut orang tak boleh tutup"

No comments: