Friday, August 1, 2008

Indahnya kasih

Kaki ku sudah berpijak di bumi KL. Aku keseorangan. Semata-mata ingin menunaikan keperluan untuk pulang ke kampung pada cuti pertengahan semester nanti. Pada mulanya aku merelakan diri untuk terus bermuzafir di sini untuk menyiapkan FYP. Tapi, aku bantutkan hajat itu. Aku ingin ketemu keluargaku. Lagipun aku ingin menyambut hari lahir ibuku yang ke 46.

Dengan bantuan Rapid KL, aku sampai di KL Central. Teringat Wana dan Sha risau akan diri ini untuk merantau seorang diri. Aku sekadar menzahirkan ucapan.. ‘Tak mengapa, aku ok la sorang’. Aku sudah biasa mentravelkan diri seorang diri.

Aku dapat jua tiket TRAIN. 15hb 8. Jam 8.30 malam. Ke Stesen Wakaf Bharu. Aku mengeluh lega.
Aku ke kedai di lorong-lorong KL Central. Aku belikan ibuku sehelai selendang lembut warna ungu lembut. Sugguh cantik. Tapi agak tidak sesuai jika dipadankan dengan kerongsang permata-permata biru yang baru aku beli semalam. Harap ibuku suka.

Tiba-tiba aku merasa lemah. Aku sesak nafas lagi. Aku tahan diriku supaya tidak tersungkur di dapan awam. Aku tiada lagi rasa malu untuk duduk bersimpuh di kaki lima menunggu bas. Aku tarik nafas dalam-dalam. Tapi tidak Berjaya. Aku relakan itu semua. Sepanjang perjalanan pulang dari KL ke Shah Alam diriku tidak selesa.

Aku merebahkan diri di bilik. Aku membelai-belai Barbie aku. Teringat saat-saat bersamanya di rumah ayah. Dia pun menyentuh Barbie bersama aku. Aku lirik senyum.

Selepas makan dan mengisi perut ini dengan air mineral, baru lah aku lega. Dari aplikasi apa yang aku blajar, air mengandungi oxygen dan tidak mustahil lah air itu menyelamatkan diriku dengan Izin ALLAH S.W.T.Aku merehatkan diri dan tidur secukupnya. Kelihatan kawan-kawan yang lain turut sama dibuai mimpi. Hari ini, Kuliah sepi tanpa pelajar-pelajar Food Tech.

Aku merasa rimas dan lemas di dalam bilik. Aku memaksa Sha untuk Jogging di tasik seksyen 7. Ternyata, suasana nyaman dan percikan peluh di dahi betul-betul mambantu kesegaran tubuhku. Aku syukur. Tidak ramai perempuan yang ber jogging. Rata-rata lelaki. Agak ku sendirian, majority pelajar uitm dan unisel. Tapi, kenapa tidak ramai perempuan yang mengamalkan aktiviti sihat seumpama ini?. Aku menjawab soalan hatiku sendiri. Mungkin sebab tiada masa untuk itu semua. Tambahan bau peluh, kebasahan air peluh menjengkelkan kaum hawa ini untuk nampak menarik di kaca mata lelaki.
Sha ternyata tidak menyesal mengikutku.

Suasana mallam amat riuh di dalam bilik ini. Aku seperti biasa, susah amat untuk bersembang dan bercakap ketika rezeki di depan mata. Tapi, usai menunaikan tuntutan zahir perut, mulut kecilku tidak henti bercakap. Bersembang dan bergelak ketawa bersama rakan amat menyeronokkan. Bergosip tentang artis, tentang lelaki, tentang rumah tangga nanti.

Zaidah menjadi tetamu di bilik ini. Segala novel yang dia baru sahaja beli ditunjukkan satu persatu. Dia amat meminati karya Aisha Sofea. Aku terjerit kuat dan melompat-lompat sambil tangan menggegam salah satu dari novel yang dbeli. “Indahnya Cinta”!!!!!.. Novel yang sudah lama aku cari. Karya Krisya Reisya. Sambungan novel Kisah Kasih. Sejak zaman sekolah aku amat meminati novel kisah kasih. Aku rela mengumpulkan duet poket dan membeli novel itu.

Zaidah berangkat ke Melati. Kolej kediamannya. Aku bagaikan separuh gila bila melihat Nani sedang enak memegang novel indahnya Cinta. Aku memujuk-mujuk Nani supaya aku dahulu yang berjaya mengetahui isi perut cerita itu. Namun kejayaan tidak berpihak padaku. Aku menarik-narik seluar Nani. Nani ketawa dan menjerit. “Ida nak rogol saya”.. Kak Farah hanya memerhati gelagat aku sambil ketawa bagai guruh. Shad dan Daya diam seribu batu. Telinga mereka sudah di sumbat earphone. Jadi, telinga mereka tidak berfungsi pada ketika ini. Aku bersimpati.

No comments: