Friday, August 1, 2008

:(

Aku menuju ke Faculty of Applied Science walau hari ahad masa untuk pelajar-pelajar bersuka ria di luar, bercinta atau pulang ke rumah. Tapi tidak bagiku. Aku terpaksa menyiapkan FYP aku. Aku menuju ke makmal. Tapi umpama ada kuasa menghalang untukku menapak di dalam makmal.

Aku membawa beg galas belakang yang berisi laptop. Langkahku terhenti di satu sudut. Aku melayari internet. Namun, perasaan aku berubah geram dan cuak terhadap seorang perempuan. Berlagak. Aku sudah jatuhkan egoku sendiri untuk perempuan yang begitu hina peribadinya di mata aku. Namun, biar Tuhan saja yang membalasnya.

Adakah tidak cukup lagi kesetiaan dan kasih sayang yang aku sinarkan? Aku merintih sedih.
Lebih-lebih kad pelajar aku masih tidak ku ketemu. Kad pelajar tiada, binasalah sumber kewangan aku. Bank Islam bersatu fungsinya dengan kad pelajar. Aku membuka wallet hijau ku. Cuma ada 15sen. Aku semakin sedih. Lebih lagi aku seolah tidak dihiraukannya. Hanya aku mampu menangis seorang diri di belakang bilik 24 jam. Bukan aku yang cuai. Tapi, sudah tertulis semua itu. Aku menangis dan terus menangis. Sudah niat hatiku untuk member ayah sedikit duet untuknya. Tanggungjawab aku sebagai anak. Tapi ayah sebagai lelaki amat tinggi egonya.

Dia menelefon diriku. Aku tahan dalam tangisan. Aku tahu aku sudah besar. Aku kuat. Tapi, wanita juga amat sensitive.

Aku menguatkan diri untuk ke makmal untuk menyiapkan FYP. Jam 4. Aku hampir berjaya untuk hari ini. Aku melayari internet dan bersembang dengan seorang rakan. Cukup bermakna kata-katanya untuk di kongsi bersama.

“Kita membesar dengan belajar dari kesilapan dan pengalaman silam.Kita kejar apa yang diimpikan dalam hidup kita.Kita yang perjuangkan hidup kita.Kita yang tentukan hidup kita.”
Katanya, kata-kata itu istimewa untuk seorang kawan perempuan ku..

Terima kasih. Semoga dirimu jua tabah. Wanita bukan seorang. Masih ramai lagi kaum Hawa yang baik. Untuk Kaum Adam yang sebaik dirimu. Tapi, bila sudah ketemu yang baik, hatinya untuk kita sahaja. Hargai dirinya sebaik mungkin. Mungkin kamu susah lagi untuk ketemu wanita seperti itu walau ramai kaum hawa di muka bumi ALLAH ini..

Aku menutup laptop dan segera bersiap untuk ketemu Nadia di Tasik Seksyen 7. Sudah lama tidak menguatkan otot dan stamina di tasik. Rasa lega..
Banyak yang dikongsi bersama Nadia.
Aku pulang dengan keletihan dan kelaparan..

No comments: