Friday, August 1, 2008

Kisabuth Lelaki Lem

Aku tersenyum. Baju yang aku berkenan tadi yang Daya maksudkan. Aku membelek harga baju itu. RM49.90. Lumayan harganya. Niatku terbantut. Hanya sekadar meminati dalam diam.
Mereka ligat berbelanja. Tapi aku sekadar menonton. Ke butik baju raya tempat yang amat aku tidak selesa. Aku tidak suka membelek dan berada di tempat sedemikian terlalu lama. Mataku mudah berpinar. Kepalaku berat. Aku tidak pasti akan mengapa.

Mereka masih lagi di butik itu. Dekat 1 jam. Aku tidak betah. Segera aku keluar. Aku ke Pusat Game. Seorang diri. Tiba-tiba, niat ku terbantut lagi. Wallet aku di genggaman Wana. Aku sekadar menonton gelagat orang ramai.

Lelaki lembut berpakaian seksi, rambut didandan, lagak tergedik-gedik menjawab kol memualkan diriku. Titik cahay mata ini segera memokuskan ke punggung dan dada si lembut itu. Besar!!!. Sah, buat pembedahan. Trakeaku seolah-olah ingin memuntahkan segala isi perut. Aku menoleh bila terdengar suara rakan-rakan. Sudah usai agaknya. Sejurus itu, aku melihat seorang lagi lelaki lebut yang berupa pengkid memegang erat tangan lelaki lembut seksi itu. Aku hanya mengucap panjang.

Selepas kedua-dua lelaki lembut itu pergi, aku melihat makcik indon yang agak seksi berpegang tangan dengan makcik indon yang berpengkid ala tomboy. 1000 kali ganda aku mengucap panjang. Betul-betul dunia ini makin menuju ke akhir zaman.

Kami ke Chicken Rice Shop untuk mengisis perut kosong ini. Aku singgah di kiosk jeruk dan buahan. Untuk ku legakan trakea yang merana ini.
Kami pulang dengan keletihan.

Aku bersama Ain, Wana, Daya, Sha ke PLAZA MAS ALAM bersebelahan Hotel Concorde. Ain memandu laju Wiranya. Tapi, anak cicak yang begitu comel bagi pandangan mata ini melekat di cermin kereta di sebelah Daya. Aku bagaikan geram melihat anak cicak itu. Masih merah abdomennya. Lain pula bagi mereka. Amat menggelikan. Kata Daya, cicak itu umpama iklan Shell di TV. Masih kuat walau terlalu laju motokar di pandu. Jalan di Shah Alam di belah laju oleh Ain sambil gosipan anak-anak dara ligat berdendang di dalam wira kelabu itu disusuli gelak ketawa.

Window shopping. Itulah yang aku tunaikan. Aku sudah tekad pada diri. Duet harus dijaga rapi. Lebih berfaedah andai duet di salurkan ke keluarga berbanding memewahkan diri. Ke Butik Reject Shop. Tempat paling lama kami berpusing. Masing-masing mencuba pakaian. Aku hanya sekadar menyentuh. Tapi, minda ku terpana melihat TSHIRT unik. Aku menanyakan pada WAna akan baju T itu. Tapi, jawapan negative aku peroleh.

Aku biarkan saja. Daya memanggil kuat namaku. Semacam bergema di Butik itu.”Ida, kalo ko pakai T shirt ni cantik. Sesuai dengan ko yang ceria dan pelik”. Aku tercengang melihat Daya. Lalu bebola mataku menyelingkar akan baju itu.

No comments: