Thursday, September 18, 2008

E. Coli mampukah terokai stomachku?

Aku terjaga. Ku lihat sms dan miskol darinya. Lupa sejenak. Aku terlelap malam tadi. Lantas aku bangun mewangikan diri. Terasa segar. Trakea ku agak kering. Hanya bangun untuk minum air rawatan syabas. Sea Master saja pagi tadi. Tidak larat untuk bersahur apa-apa.

Aku sudah bersedia merenung diriku di hadapan laptop. Aku membuka di arena dokumen. Aku perlu menyiapkan slide presentation dan assignment seminar. Tajuk?. High mercury in Tuna. Sudah banyak jurnal aku download dari banyak sumber tentang bahaya Tuna dan Ikan-ikan lain. Besa lar, tugas pengkaji makanan.

Dari pagi sampai jam 6 mengadap laptop amat menggilakan. (Otak aku da jadi senget sebelah). Impuls saraf otak ku yang ligat bekerja dari pagi tadi merayu-rayu anggota badan ku untuk berhenti berfungsi.

Sekali sekala aku merehatkan diri hanya untuk solat.

Ku lihat kawan-kawanku yang lain pun sibuk membuat tugasan seperti aku. Al maklum lar, semua orang sekelas.:p

Telinga ku sudah agak bosan mendengar lagu raya. Hampir banyak pusingan semua lagu itu. Bibir comel ku galak turut sama menyanyikan lagu raya. ( Comel ker bibir aku.. huhuhu,..)
Sekali sekala mata Nani dan Wana melerek ke arahku. Hanyut dalam dunia sendiri luah Nani padaku.
Sudah agak bosan, aku menukar pula tugasan lagu-lagu nasyid untuk menghiburkan anak telinga ku ini. (Bagus kan aku.. dengar lagu nasyid tu..)
Aku menelefon adik ku… Aku sebak.. nangis.. (manja sangat lar pulak. Haih..)..

Aku nangis bersebab….

Mak menelefon aku….

Safuan?.. huhu… pengajaran untuk berjimat katanya padaku.. (baik bos…)
Alamak.. Wana Nampak aku nangis… tak reti betol lar mata ini nak cover air mata…. ( Tak matang betol lar mata ni).

Jam 7.15 usai. Tapi aku tetap berdegil mahu ke shower. ( Cover nangis tadi lar konon).

Allahhuakhbar Allahhuakhbar…
“Alamak!!!!!dah azan… cam ner ni..?”
Gulp… aku bertekad… dengan niat bismilah….

Haaa… mahu tahu apa yang terjadi…

Aku meminum air paip kat shower.. denagn niat berbuka puasa. (Bengong betol lar minah ni.. Slebet!!. Air paip di telan)..

Argghhh….. nikmtanya air paip..

Ala.. tak per…. E. Coli dalam air paip mestinya tidak berani menggangggu system penghadaman aku….

Usai itu.. aku berbuka puasa hanya di bilik bersama Wana. Daya. Shad an Nani.

Melihat laptop melambai kea rahku untuk menuntut kerja disiapkan segera ku bergegas.Aku tidak ke masjid untuk terawih malam ini..

No comments: