Tuesday, July 22, 2008

Sedikit RIsau

Bangkit pagi agak awal. Segera aku menghantar pesanan ringkas kepadanya.
“Abang.. bangun subuh”. Aku membetulkan posisi badan, lantas bangun menunaikan solat subuh.
Hari masih lagi gelap. Aku membaringkan diri di perbaringan.
Kesemua roommate aku sudah subuh. Ada yang awal. Ada yang lambat. Masing-masing umpama berat benar untuk bangun.

Kupeluk teddy bear, lantas mata ini mencorot ke arah skrin telefon. Dia membalas pesanan ku tadi. “Bagusnya, awal-awal pagi sudah mandi. Jarang ada lelaki seperti ini”. Pujiku dalam diam.

Aku teringat akan cerita mengenai dia. Aku tidak tahu apa yang aku perlu tolong untuk nya sekarang. Yang aku tahu, lelaki perlu galakan dari perempuan.

Ku berbalas pesanan ringakas dengannya buat seketika. Rupanya dia masih banyak benda yang perlu dilakukan. Tentang report projek, tajuk FYP, dan keadaan dia yang tidak berapa ok. “SAbar sayang”. HAti ku merintih. Aku pun punya masalah banyak. Tapi, aku semakin ingin kawal kesabaranku untuk tidak terlalu manja dan menebalkan lagi diameter kesabaran. Aku pernah ditegur. “Manja sangat lar kamu ni sayang”. Jadi, aku semakin ingin cuba untuk menjadi matang.

Aku menjalankan tugas seperti pembantu rumah dari seberang. Umpama ‘maid’ katanya.

Aku membersihkan diri di awal pagi. Menyental pakaian yang belum di cuci. Ku mendandan diri sewangi mungkin bedak Johnson baby, dengan berkain batik dan berbaju T merah. Aku terlupa buat seketika. Baju yang kubasuh perlu di jemur.

Ku berlari anak ke bilk air sebelah bilikku, Aku mencapai bebanan yang berat dan satu persatu ku ampai. Ku dongak ke kaki langit. Mendung rupanya langit. Ku susun juga baju di ampaian.

“Ida, baju aku kau tak basuh pun”. Lantas aku tertoleh. Wana sudah beraksi manja dan tersengih umpama kerang busuk. “ Apa dia wana?”. Aku menyuarakan malas. Mungkin agak penat untuk aku bersuara. Wana menyuarakan lagi apa yang dikata pertama kali. Mendengar saja ayat itu, berdesing telinga aku dengar. Automatik aku mulut ku bersuara, “Aku sepak kan!”. Wana dan aku gelak besar. Buruk benar kalau lelaki dengar.

Di bilk, telah berkemundang celoteh FBI dan Faufau di radio HOT FM. Farah sudah memaksa radionya bertugas di awal pagi. Wana,Daya Sha masing-masing bersarapan, mengemas bilik dan masih di perbaringan, menyeritika pakaian. Lupa sejenak hari ini sesi fotografi pelajar Degree part 7.

Ku tatap skrin telefon. Mesej dari dia yang mengatakan sudah berada di blok pensyarah. Aku menawarkan diri untuk membeli ubat kepadanya. Tapi, sudah ke klinik katanya. Sabar sayang.

TIdak lepas aku bergurau senda dengan Wana, Daya, Farah. Sha agak pendiam di dalam bilik. Tapi aku acap kali mengenakan dia.

Selepas meluruskan baju kurung hijau pucuk pisang berbunga coklat dan tudung bercorak coklat,
aku bersarapan dengan segelas susu Nespray dan beberapa keeping Cream Creaker serta Tomato Cherry. Sudah cukup kenyang bagiku. Lidahku gatal ingin merasa Lolipop yang aku culik berbyar di pasaraya semalam. Tapi aku tahan. Umpama tidak sesuai Lolipop di pagi hari.

Masing-masing sudah membuka computer riba. Sha melihat-lihat topic untk seminar, Daya melihat gambar-gambar koleksi kereta. Dia memang hantu kereta dari luar Negara. Bila sahaja Farah membuka cerita Hindustan, mata-mata mereka tertumpu di computer riba Farah. Shah Rukh Khan rupanya. Tapi aku tidak berapa meminati.

Aku menjalankan misi. Ku On kan computer riba ku dan membuka Resume Afif yang aku minta. Aku perlu menyiapkan Resume untuk Latihan Industri nanti. Wana menghampiriku lantas aku dan dia berdiskusi dengannya tentang tempat praktikal dan latihan industry.

Mata nakal wana mula mencorot kea rah aku. “Cantik lar ida ko pakai kain batik”. Aku pura-pura tidak dengar. “Ehe”. Semua perempuan pun akan Nampak cantik kalau pakai sopan.

Aku selalu mengenakan Afif dan Wana. Afif agak meminati Wana. Semester lepas,aku cuba menyatukan mereka. Tapi tidak berjaya kerana Wana sudah berpunya. Tapi sekarang, Wana sudah tidak terikat dengan mana-mana lelaki. Hati nakalku mula ketawa dengan rancangan jahatku nanti. Tidak lama lagi Afif akan terbang meninggalkan bumi Malaysia. Aku agak sedih kerana Afif kawan baik aku di sini.

Hujan mulai turun menyimbah bumi, aku melihat tingkap. Agak lebat. Tingkap bilik ini selalu di sembunyi di sebalik langsir. Agak bahay jika dibuka kerana terlalu dekat mengadap padang.
Petang-petang, padang Seroja ini akan dipenuhi anak-anak muda yang bermain Futsal dan bola sepak.
Agak meriah dipadang ini di kala petang.

Aku teringat sejenak, Egoku sudah tentu di basahi hujan. Helmet sudah tentu di takung air nan jernih. Sudah segelas agaknya hasil dapat nanti. Hatiku tersenyum.

Teringat akan malam tadi yang aju teerpaksa berjalan kaki dengan Wana dari PITTAR ke Seroja menyusuri PiTTAR,AD,BIGPARK, amat meletihkan. Kami mengomel marah akan ‘Pak Guard’ Yang terlalu awal menutup dan mengunci pintu. Seawal jam 9 malam. Jika tidak keluar, kebulur la aku semalam.

Kegeraman kami di kaunselingkan dengan gurauan sepanjang kaki kami melangkah menuju ke kolej.
Amat meletihkan malam tadi.

Mata ku melirik ke arah mereka. Sungguh asik mereka melayan Cerita Hindustan. Aku terseyum seorangan bila masing-masing memuji kemanisan dan ketampanan Shah Rukh Khan. “Manis dan tampan lagi Safuan aku“. Hatiku menakal. Bibir ku menguntum senyum.

No comments: