Sunday, July 20, 2008

Tersenyum Sendirian

Iris hitam pekat mataku sudah agak pedih. Mungkin terlalu lama mengadap komputer. Baru sebentar tadi aku mendapat mesej dari Kak Nana. Number akaun Maybank nya di taip teratur. Tapi mata ini agak pening melihat angka-angka yang banyak. Aku perlu "bank in" duit untuk keluarga. Semester ini aku berazam tidak akan menggunakan duit pakcik walau tidak poket aku kering sekali pun. Aku sudah besar. sudah tidak patut menggunakan duit pakcik. Walau tidak cukup, aku akan 'partime Hotel' Rm 50 sehari bekerja sudah agak cvukup untuk makan selama seminggu. Teringat pula rakan-rakan sekerja yang membuat 'partime" hanya untuk ke salon rambut, shopping dan ada pula yang simpan untuk masa hadapan. Apa pun terpulang pada individu. Hak masing-masing.

Tangan aku sudah penat menggunakan tetikus hitam ini. Kepalaku asik beraksi dari atas ke bawah dan naik ke atas semula untuk mencari topik-topik didalam jurnal.

Banyak yang aku temui. Namun aku lebih berminat akan topik inhibit of microb fruit juice using UV radiation. Dahi ku berkerut. Tidak di sangkal dek akal pendekku akan kecanggihan alat itu untuk memanjangkan jangkan hayat fruit juice.

Aku terkedu sebentar.
Pesanan ringkas darinya yang menyatakan terharu dan ber thank aku terima. Memang wajar aku sebagai teman wanita nya untuk melakukan seumpama itu. Aku tersenyum merah bila mendapat ucapan love dari dia.

Perot ku berdendang. Aku lupa untuk menyentuh makanan. Tapi, di sebabkan ketiadaan kawan-kawan di waktu ini aku agak kurang enak makan seorang diri. Kata oramg, makan ramai-ramai lagi enak biarpun nasi macam batu, Sayur kecut lembik. ayam keras kejung, daging liat sakan dan harga lumayan. Begitu lah keadaan makanan di kafeteria Fakulti Sains Gunaan.

Tapi... bila aku dan kawan-kawan berkumpul makan di kiosk air,burger,buah,kebab,jagung manis,roti canai di luar kaeteria, bertemakan bangku, kerusi di taman, kami lebih berfokus kongsi makan rojak buah, air cendol sambil bergosip. Sambil mata melilau mencari pelajar-pelajar lelaki yang hemsem. "ehe". Bukan ayat aku. Tapi ayat dan niat itu di sumbangkan oleh Nurul dan Kay.

Rindu pula akan Kay yang baru sahaja menamatkan Degree..

Aku harus beredar. Jam usai lewat untuk melawat ke Dewan Kuliah..

No comments: