Saturday, July 26, 2008

Bergembira dalam kepenatan

Sungguh riuh suasana DATARAN MENARA SAAS. Aku bersama rakan-rakan sudah tiba di ruang legar bawah menara.

Kot hitam terpaksa di pilih dan di sarungkan di badan ini.
Semua nam pak segak.

Nasib menyebelahi diri ku.
Aku ditakdirkan berjodoh dengan kot yang paling kecil saiznya.

Mengumpul 61 orang pelajar amat leceh dan rumit.
Aku sudah agak gelap mata. Terlalu lama untuk menunggu.
Aku sering sahaja sesak nafas dan hampir pitam akhir-akhir ini.
Siapa tahu akan sebabnya akan ku hadiahi intan permata.

Sah, Kak Wawa sempat dulu pitam. Kesian hanya ku hadiah untuknya.

Agak banyak shot yang di ambil. Formal dan bebas.
Agak memenatkan untuk bergambar.

Aku lirih sempati akan diri ini.

Bergembira dalam kepenatan.

Aku mula membayangkan diri tika di satukan nanti.
Mesti berlipat kali ganda akan beban yang di tanggung.
Tapi mesti agak puas bila di hias umpama Puteri Gunung Ledang.

Ya.. aku mesti ketemu akan dia di persandingan nanti. Insyaallah...

No comments: