Friday, August 1, 2008

Aquaria

26 Julai, aku bersama daya, Wana, Zaidah, Dib, Dina, mant, Alif, Chekwe, Salleh dan Kaykay sudah berangkat tiba ke PWTC. Masing-masing berjumpa di KL CENTRAL dan THE MALL. Agak penat berawam dengan bus rapid KL, PUTRA.

DI dalam Train, suasana amat gamat dengan telatah-telatah student UITM ini. Sepanjang perjalanan ke PWTC, aku sering kali meriuhkan keadaan. Bagiku, aku amat suka berceloteh yang membuatkan tawa di kalangan mereka. Tapi, siapa tahu, panggilan Ida rempit oleh Salleh dan Chekwey amat memahitkan diriku. Tapi, aku sekadar tersenyum pahit. Tidak mahu akan ketahui akan mereka kesedihan diriku. Panggilan itu amat sensitive bagi ku. Amat sensitive sebab aku bukan minah rempit.

Kami diberi tag yang diwajibkan digantung di leher untuk memasuki Hall Food Packaging and Processing. Umpama lagak seorang Fasilatator sekolah.

Mataku mulai rasa berat. Mungkin terlalu banyak mesin-mesin pemprosesan makanan di iris mataku. Kepalaku mulai berdenyut setelah setengah jam berusha mesin-mesin dan mendapatkan sedikit ilmu percuma dari pelbagai company food. Aku mulai lega bila salah seorang abg Chinese yang mengatakan. “Lu orang xpayah bimbang ma.. Food Tech ramai orang nak sikalang ini”. Jikalau aku menjadi guru bahasa malaysianya, sudah pasti aku akan menggagalkan dia dari oral Bahasa Malaysia. Amat pelek. Aku berdetik di hati. “Kenapa tidak berspiking jer”.

Setelah selesai semua, masing-masing ingin berenjoi bersama rakan dan pasangan. Aku, Wana, Daya dan Zaidah segere bertrain ke KLCC. Kami menuju ke Aquaria. Wana Amat tidak sabar. Aku hanya tersenyum melihat dia sangat gembira. Tapi, adakah kegembiraan itu sahih atau palsu?. Aku tidak punya akan jawapan itu. Aku tahu, hatinya masih lagi luka.

Aku masih lagi jakun. Ternyata Aquaria KLCC lebih hebat dari AQUARIA LANGKAWI, jauh lebih hebat dari Aquarium Shah ALam. Tapi, Ternyata, Aquaria KLCC masih tidak dapat menandingi UNDER WATER WORLD SENTOSA ISLAND, SINGAPORE. Aku hanya membandingkan secara diam. Takut mula menghantui bila ada orang yang mengetahui perbandinganku ini.

Aku masih lagi bersedih akan kehilangan kad pelajar. Tidak dapat ku keluarkan duit. Amat segan bila kawan-kawan mengeluarkan wang untuk membantu diri ini. Aku terima dalam terpaksa. Terima kasih kalian.

Muka-muka excited
Pertama kali aku membelai anak ikan jerung.Amat kasar kulitnya. Tapi, sangat jinak. Aku membelak-belek tapak sulaiman. Amat cantik. Pujiku dalam diam. Ke akuarium phirana amat aku tertarik. Kecil tapi bahaya. Kami susuri terowong. Umpama dalam air kami berjalan. Jerung, Arapima, Pari-pari gergasi umpama berterbang di udara. Amat aku kagum.


Cantik sangat star fish
\











Phiranha.. kiut semua..




Kami semakin kepenatan. Kegembiraan dan kepuasaan bermaharaja di hati. Malam semakin larut, bandaraya KL amat berkilau dengan cahaya lampu berbanding di kampung hanya kilauan bintang yang hanya dapt disinari.
Walau penat, ketiadaan bus rapid KL, kami masih lagi masih bergurau. Aku tidak mahu menunjukkan muka letih dan moody. Aku selalu tunjukkan muka keceriaan untuk teman-teman tersayang. Tapi, Wana amat pandai menujum mukaku. Dapat diperasan jika aku punyai masalah atau bermoody.
Gara-gara berjuang untuk berpijak di bumi Shah ALam dengan awal, ,kakiku tersepit pintu bus. Amat sakit. Aku menjerit kuat. Lalu, Wana menarikku keluar. Terharu rasa. Bus jam 9 lebih dapat jua di bolos. Tapi, terpaksa berdiri. Sekali lagi kakiku yang sama dipijak lelaki dihadapanku. Sekali lagi aku terjerit kuat. Sakit. Aku cepat-cepat menganggkat panggilan dari dia. Amat manja diriku. Ku adu semua itu. Penat berdiri, tapi masih lagi ketawa. Ketawa kepenatan.

No comments: