Friday, September 26, 2008

Aku Mahu Pulang

Kedengaran dentuman sepatu pelajar di tangga amat memekakkan telinag ku.

Namun, aku hanya mentumbat telinag ku dengan head phone. Aku berjaya mengubah jenis bunyiaan itu. Kepala ku sudah berdenyut. Dari tadi aku mengadap skrin laptop ini. sudah bermacam gaya aku persembahkan. Sudah amat penat meriba, di atas luntut pula jadi mangsa sasaran aku.

Sudah 10001 macam gaya.

Aku baru teringat. Tadi aku menghantar sms kepada ayah. namun tiada balasan. Aku rindukan ayah. Bersama d pagi raya. Namun, itu semua tak mungkin. Aku menangis. dan menangis. (buat malu jer kat daya)..

Sudah 6 tahun tidak beraya bersama ayah. Agak sedih..
Sudah banyak jurnal yang aku kumpul. semata-mata tugasan halal dan Food packaging yang melambai-lambai untuk segera di siapkan.

Aku mahu pulang malam ini.
Tapi, tiada siapa ahli keluargaku yang tahu.
biar..
Aku cuma tidak mahu menyusahkan di hantar dan di ambil
Diri ini bukan kecil lagi
sudah agak besar untuk berdikari.

Aku rindukan 3 orang anak buah ku. Fawwaz yang sangat degil, Echah yang manja, dan Akil yang baek.

Aku rindukan zaki,, (siap ko zaki, aku nak sekeh dehi ko...) adik aku yang bongsu tu. tapi aku sayang dier.

Jeri dan Iniey.. aku rindu kalian...

buat mak, pakcik dan kakak2 dan abg2 aku...... aku turut rindu kalian.

Aku perlu berusai.. aku sudah agak capet. aku perlu ke PKNS. menjamu mata dengan suasana menjelang hari raya...

Hanya seorang sudah memadai....

Wednesday, September 24, 2008

Ditempiasi hujan air mata

Aku hanya mampu menagis. Meratap kesedihan keseorangan. Terasa pedih di lubuk hati. Terasa down. Aku teresak bagai anak kecil. Aku memeluk erat yaya. Kesian yaya, sudah dibasahi titk-titik jernihku. Andai yaya pandai berkata-kata, tentu dia memujuk aku berhenti menangis kerana tidak mahu kesejukan dek tempias air mataku ini.

Aku teresak dan teresak. Dada ku berombak ganas. Nafasku umpama sudah berada di penghujung. Mungkin sudah dipenuhi mucus-mukus yang liat (air hingus lar tu.)Aku menyeka dengan sweater pink aku. (eii.. pengotor lar pulak aku ni).

(Tolong alien.. bawa aku pergi ke medan angkasa.). Itu lar aku.. bila sahaja masalah mula menerjah terasa ingin lari dan terus lari.

Sudah dekat berbuka. Namun, aku terus mengambil beberapa biji panadol lantas meratah bagai kelaparan. Aku berbaring. Terasa khayal. Namun, ayat-ayat itu membuat aku down. Terasa tajam. ( Safuan pun tak pernah cakap buruk macam itu). Suatu penghinaan yang amat berat aku terima. Dan sampai kapan pun aku akan mengingati ayat-ayat itu sampai akhir nafasku.
Aku terasa di alam khayal. Demam ku makin teruk pula hari ini.

Pintu dikuak. Nani, Sha, Wana sudah pulang dari berbuka di luar.

Aku berpura2pura tidur. Terasa sentuhan di dahi dan dadaku.

“ wei. Badan ida panasla.”. suara nani kedengaran.Baru aku sedar. Tangan nani yang mencabul dahi dan dadaku tadi. Terasa sayu. (wei.. geli lar. Raba-raba dada aku pulak minah ni..). Tapi.. aku betul2 rasa dimanja kawan-kawan.

Mana tak nya.. jika aku sedih.. terasa sunyi bilik itu.. Mungkin aku penghibur mereka semua…
“Ida, ko dah buka puasa belum?.

Aku pura-pura terjaga. “Dah.” Ringkas jawapanku. (Aku bukak ngan panadol dan air lar wana. Lapar giler ni weiii.. )rintih hati ku keseorangan.

“Ida, aku buatkan air milo untuk ko eyh..meh lar makan sikit”. Wana menyambung.
Wana masih di malabuhkan punggungnya di sisi katil ku..
Alamak..!! bear aku penyek lar wana..!!!.. aku bermonolog
keseoranagn.

“Tak nak…”. Begitu sahaja jawapan ku. (Bukan kerek lar.. tapi aku segan. Mata aku dah bengkak nangis dari tadi).

Aku menyambngkan tugasan mata berpura-pura tidur dan beberapa kali berfikir. Berfikir dan berfikir. Terasa malang hari ini…..

Aku benci akan situasi seperti ini. Membuat aku makin lemah. Terasa sayu bila mak safuan mengambil berat akan ku..

Terima kasih makcik…….

Aku ke toilet. Mencuci baju dan ego..

“Ida.. bengkaknya mata.. awak nangis eth..?”
Tak lar Nani…..

Nani mengerutkan dahi dan merapati aku.

“Yer..sy nangis yang sangat banyak tadi. Saya malu.. nanti dorang pasan saya nangis..”

“Alar..tak per lar ida.. awk jagn nangis eyh… tak yah lar malu.”

Tapi.. awak nangis yang sangat banyak ker atau nangis yang sagat teruk?

Ehe…. Aku tersengih…

Sha, Nani, Wana sudah menyediakan makanan untuk aku.. Terasa terharu…

Mereka merapati aku dan meneman aku makan…

WArrghhhh…. Terharunya dapat kawan-kawan macam ni..

Sayang korang sumer….

Presentation- cuak

Berada di bilk 310 amat mendinginkan setiap lapisan epidermis. Staphyloccoccus di epidermis kulit, mataku mungkin sudah tahan juga dengan kesejukkan itu. Penghawa dingin sudah agak melampau. Tapi, tiada siapa yang membetulkan. Masing-masing cuak dengan presentation seminar.

Aku?

Hanya melihat kawan-kawan. Gelagat mereka. Aku tidak terlalu menghafal dialog. Cuma apa keluar dari bibir mongel ku itu, akan aku tapis sebaik mungkin. Aku peserta ke 3. Agak awal. ( cuak lar gak skit. Tapi tak lar sejuk macam nisah.)
Ayeesha, Azni.. dan sekarang giliran aku pula…

Memang. MR.WOON amat hebat dalam soalan yang dikemukan. (Hebat giler r perangkap student ngn soklan ntah apa2)

Pn. Azizah (Tanya yang ok)

Pn Lecturere baru (senyap jer…. Lupa lak nama>sowri..)
Kesian mereka..

Aku melangkah….

Membuka slide..

Alamak.. mane lak perkataan mercury in.
Tinggal fish jerk at slide.

MR.WOON, Pn Azizah dan Pn BARU, kawan-kawan turut gelak..
NTah mane hilang.. upanya ader tersembunyi kat atas. Kurang asam……..
Tengok aku yang kalut buat mereka ketawa.
Huissshh.. malunya..

15 slide yang penuh dengan gambar dan kalerful di terangkan. (Dalam bilik tu, slide aku lar yang paling cantik.. kenyataan. Ramai yang puji.)
Alar.. kan DR CHEOW da pesan.. kena attract audience dengan slide…. Aper lar korang ni.. buat slide pun tak reti nak kreatif..

Oppsss. Ter;lebih bangga diri lak….
Suara aku amat lantang bila present. Tidak mustahil lar jika presentation group aku selalu kena buli untuk present. (Kerek nyer ayat. Tak boleh bla..)

Usai.. terus aku di soal tentang permitted level of mercury that can be consume to people.
ALamak…….ishhh..

Dengan bantuan impuls yang giat memecut ke sinaps, aku menjawab, the permitted level that we can consume about.. 0/035 mikrogram per 1kg body weight.
(Giler… aku main belasah jer tang permitted level maner leh reka2.. kan ikot FDA (Food Drug Admanistration).aku lupa lak nak cari.aishhhh..
Are u sure?

Yup.. I really sure…
Kah.kahkha… jahatnya aku tipu 3 manusia lecturer.
Maaf zahir batin puan. Mr Woon.. (Huhuhuhu..).

Apa ni.. soklan Mr Woon.. aku tak faham ar… aku jawab jer… janji tak diam.. Tapi aku da lupa lar soklan apa dan aku jawab apa. Tu sumer tindakan spontan..
Haa… giliran puan lak tnya..

In Sardin or tuna, what amount that we can consume?
Alamak.. apa lak pulak amount2 ni.. tnya lar bapa tin jer.. maner lar nak sempat kaji berapa gram..

We can consume only 2 tin per week of sardine or tuna..
Berkerut dahi puan… Are u sure?

Yes.. we cannot eat more than 2 tin per week. If we consume more than that, it can contribute high amount of mercury even we not eat shark which are high level of mercury. Rapidly are more serious one.

Apa benda aku merepek ni.. English BM lar plak.

Tapi, tak per..aku puas hati sebab aku sekurangnya aku tidak senyap bila tak dapat jawab soalan. DR Cheow pesan try to answer. Right or wring doesn’t matter.
Aku melabuhkan kerusi. Aku cakap kat mawin dan Fendi yang aku tipu jer sumer jawapan. Mawin gelak2.. Fendi pun. “ Tu lar… aku cam risau bila dia tnya soalan FDA kat ko… aku ingat ko jawab betul. Konfiden jek jawab. Slebet lar ko ida…

"Ntah ida, slebet ar ko". Fendi mencelah dengan menampilkan barisan susunan gigi nya yang putih.

Aku menarik muncung..

Hahahahahhaaa….

Borim lar pulak…… tapi aku nak tengok Mawin present. Terpaksa tunggu.
Aku macam anak lipas merayau-keluar masuk ke bilik kawan-kawan aku yang lain. Masing-masing berpecah tempat present. Setipa bilik 3 atau 4 lecturar dan 16 pelajar.
Aku ke 311. Aku melihat Dina present. Cian dina kena teruk. Aku ke 314. Aku melihat kak long present. Jawab jawapan dengan malu-malu dan gelak-gelak.

Aku ke 312. Aku melihat kak Diana present. Wah.. hebat ar dier.. (tapi ramai tak suka dier.. eksyen jek lebih minah tu.. tapi aku on jer ngan dier).

Aku ke 322. Melihat kak Emi sedang present… Hah.. en HAdi monster tu jaga bilik ni ker. Combination ngan DR. Aishah hijau tu.. aihh..

Tapi Wana cakap ok jer dier present depan dorang. Wana dah mula sayang DR. Aishah.. hahahha.. dulu dier gak yang ngadu macam-macam..

Ramai yang makan hati ngan leser Dr Aishah. Mungkin tidak berkahwin lagi penyebab dier liar garang umpama itu..
Tapi, setakat ni Dr Aishah tak pernah sound aku.
Cuma terlalu kecil hati dengan test dulu. Aku di larang mengambil test. (seedy.. bukan salah aku…)..
Suasana sekejap mendung. Sekejap terik. Rumet aku semua masih di buai mimpi..

Aku?..

Mata ini melarang untuk ditutup….

Aku perlu berundur. Terlupa motor di tinggal di tepi PITTAR. Patot lar aku tak Nampak-nampak motor aku. Malang betul ego. 2 hari di PITTAR…

Bermandi hujan dan ditempiasi sinaran suria yang zalim

i luv u so..

this song dedicate for Mohd Safuan Abd. Rahman

Thursday, September 18, 2008

E. Coli mampukah terokai stomachku?

Aku terjaga. Ku lihat sms dan miskol darinya. Lupa sejenak. Aku terlelap malam tadi. Lantas aku bangun mewangikan diri. Terasa segar. Trakea ku agak kering. Hanya bangun untuk minum air rawatan syabas. Sea Master saja pagi tadi. Tidak larat untuk bersahur apa-apa.

Aku sudah bersedia merenung diriku di hadapan laptop. Aku membuka di arena dokumen. Aku perlu menyiapkan slide presentation dan assignment seminar. Tajuk?. High mercury in Tuna. Sudah banyak jurnal aku download dari banyak sumber tentang bahaya Tuna dan Ikan-ikan lain. Besa lar, tugas pengkaji makanan.

Dari pagi sampai jam 6 mengadap laptop amat menggilakan. (Otak aku da jadi senget sebelah). Impuls saraf otak ku yang ligat bekerja dari pagi tadi merayu-rayu anggota badan ku untuk berhenti berfungsi.

Sekali sekala aku merehatkan diri hanya untuk solat.

Ku lihat kawan-kawanku yang lain pun sibuk membuat tugasan seperti aku. Al maklum lar, semua orang sekelas.:p

Telinga ku sudah agak bosan mendengar lagu raya. Hampir banyak pusingan semua lagu itu. Bibir comel ku galak turut sama menyanyikan lagu raya. ( Comel ker bibir aku.. huhuhu,..)
Sekali sekala mata Nani dan Wana melerek ke arahku. Hanyut dalam dunia sendiri luah Nani padaku.
Sudah agak bosan, aku menukar pula tugasan lagu-lagu nasyid untuk menghiburkan anak telinga ku ini. (Bagus kan aku.. dengar lagu nasyid tu..)
Aku menelefon adik ku… Aku sebak.. nangis.. (manja sangat lar pulak. Haih..)..

Aku nangis bersebab….

Mak menelefon aku….

Safuan?.. huhu… pengajaran untuk berjimat katanya padaku.. (baik bos…)
Alamak.. Wana Nampak aku nangis… tak reti betol lar mata ini nak cover air mata…. ( Tak matang betol lar mata ni).

Jam 7.15 usai. Tapi aku tetap berdegil mahu ke shower. ( Cover nangis tadi lar konon).

Allahhuakhbar Allahhuakhbar…
“Alamak!!!!!dah azan… cam ner ni..?”
Gulp… aku bertekad… dengan niat bismilah….

Haaa… mahu tahu apa yang terjadi…

Aku meminum air paip kat shower.. denagn niat berbuka puasa. (Bengong betol lar minah ni.. Slebet!!. Air paip di telan)..

Argghhh….. nikmtanya air paip..

Ala.. tak per…. E. Coli dalam air paip mestinya tidak berani menggangggu system penghadaman aku….

Usai itu.. aku berbuka puasa hanya di bilik bersama Wana. Daya. Shad an Nani.

Melihat laptop melambai kea rahku untuk menuntut kerja disiapkan segera ku bergegas.Aku tidak ke masjid untuk terawih malam ini..

Sunday, September 14, 2008

Ramadhan

Aku masih lagi tidak ponteng akan puasa walau sehari. Tapi apakah ibadah ku ini diterimanya.

Bila teringat akan aku bersama rakan-rakan mengumpat akan head pof proggramme..
Adus...
makcik tu makin meliar sejak puasa ni.. sikit-sikit ugut student2 food tech..

Dr. aishah pun satu.. makcik tua yang tak kawin-kawin itu lagi pun makin jadi hijau macam monster. semua student merungut akan sikap nya yang makin kerek sejak berpangkat doktor. sejak menag award kat geneva dengan product candy kulit tembikai dier..

GaH TERPAMPANG GAMBAR DIER berjabat tangan senyum plastik bersama orang yang lebih cerah dan lebigh tinngi dari dier.. (mat saleh lar tu).

masa aku bersama rakan.. mencurah-curah umpatan. tempias enzyme amilase di dalam minuman...

"korang pasan tak.. Dr norizaah makin......." makin liar...... aku menyambung ayat daya itu...

kenapa korang gelak..?,, betol lar wei statemenent aku..

kitorang selalu lepak di meja n kerusi batu ijau di dataran FsG..

tempat umpatan....

bukan umpatan sebenarnya.. tapi ketidak puasaan hati pelajar tang menderita....
Ahax......


sudah bertimbun assgment yang perlu di siapkan..
NAmun... kesedaran dan keinsafan tenggelam timbul saja..

Aku sering kali berbuka puasa di masjid dengan rakan-rakan. Alasan?
saving dan bukan dapat pahala ker.... insa dan maghrib berjemaah...

Aku teringin memakai tudung labuh...
Tapi hanya untuk seketika.. ehee.....
(dulu dah pernah try tudung labuh fatimah. nisah dan fatimah cakap manis.)...

Bagi aku.. tu semua terpulang pada individu...
keikhlsan itu yang penting......

salam..
aku mahu berangkat....