Sunday, November 2, 2008

When u look me.. i sipu2 malu...


When You Look Me In The Eyes - Jonas Brothers Music Code

pengantin


ehe.. orange cam ni cun x...?....
tapi..... nak lagi cantik baju....

Air NikMat

Keletihan menjawab paper food Law tadi masih belum hilang. Aku belum merebahkan diri di katil bercadar hijau dan berselimut merah itu. Masih di hadapan laptop.
Aku agak tidak puas hati menjawab 9 soalan esei tadi.

Bukan aku sahaja. Bahkan rakan-rakan lain turut merungut. Application amat memenuhi soalan dalam kertas soalan bewarna kuning itu.

Aku galak menceritakan terminum air rebusan telur di dalam water heater. ( ishh…. Sya lar punya pasal. Ader ker tak buang terus.)
Bayangkan…. Air rebusan itu sudah menjelajah di dalam stomach ku. Tidak dapat di bayangkan kesian nya diriku..

Bila ku tahu tentang itu, bila sya menceritakan… spontan aku termuntah air dikit….
Yarkkkkkk. (patot lar air lain macam… tapi… tak per… maner ader orang yang minum air rebus telor tu. Mencabar sunguuh…!!!!.. huhuhuu…).. Kesian aku…

Wana. Nani.. ( aper lar minah duer ekor ni… gelak besar. Buruk.)
Sya..??.. Ingin tau aper reaksi nya..??... ( tak abes2 mintak maap.. say sori..)… Kalo aku mati memang aku da mintak ganti rugi dah…

Yerlar…. Nak beli kain kapan. Upah orang gali kubur. Antar mayat aku balik Kelantan.. mesti lar mayat aku nak naik flight….

Ya.. Allah… sedih lar plak citer pasal mati ni…..
Cam ner kalo umur aku tak panjang..??........
Camner kalo aku betul2 mati…
Mesti lar seedy baban .. aku nak ayah jadi wali untuk aku nanti…. Nak pakai baju pengantin… nak ader suami dan anak2.. yang penting balas balik pengorbanan mak, jasa pakcik, kasih sayang ayah padaku…..
Rindu ayah.. rindu mak….
Bagaimana ayah sekarang..?
Mak demam.. sebak denagr suara mak tadi.. aku cepat2 matikan talian untuk menelefon lagi esok hari….
Wuu…. Syahdu nyer….

Aku rindu safuan…
Tq…. Aku sudah dapt rasakan kasih sayang nya semakin dalam untuk aku,,
Tq sayang…….

Saturday, November 1, 2008

ummuuuahhh 4 nadya...


aku rindu saat ni...
saat aku epi ng nadya..
kawab baik aku.
tapi skang da makin jauh..
dier bz.. aku pun bz.....
miss u mek ya...!!!!!

kaca. M16

Kesian safuan. Kepenatan.
Aku terharu dengan kedatangan nya ke sini.
Lawatan ke fakulti???..... Iyer.. aku tunjuk majority tempat kat FAkulti dan Area Menara SAAS, Dewan..
Aku tersengih diam bila tengok aksi terkejutnya dengan Piramid kaca dan Butik Canterburry dalam UitM.
AKu mengamati bait-bait tutur bicaranya. Hebat berfalsafah secara tidak formal tentang Piramid. Aku pula menyadurkan ayat-ayat nya untuk Nisah dan roomate2 aku yang punyai 10 kaki . ( 5 orang lar tue…)
Kami ber on 9… pada masa itu.. aku berubah terus. Di tunjuk kan aku sesuatu yang memedihkan hati ku. Perbualan chat YM antara dia dan Sara. Aku amat terguris. Membaca setiap baris ayat. Aku menitik air mata. NAmun cepat-cepat aku seka air mata itu. Aku tidak ingin di ketahui nya. Pedih dan sangat pedih. Sebelum dia menunjukkan itu semua,,,, dia berturus terang ingin jujur padaku perkara ynag lepas-lepas..
Yang pasti, aku tidak perlu untuk terlalu percaya pada orang dan tidak perlu terlalu baik untuk orang yang terlalu awal usia perkenalan. Panggilan abang sayang. Rindu.syang.luv.. sungguh tajam.. (ader lar gak rasa macam kaca kat pyramid tu..).. rase cam kena tembak ngn senapang pun ader…
DUM Huhuhuhu…
Dan aku kira-kira…..
Bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi…
Maaf aku miza…… Maaf aku…..
Kerana tidak langsung mempertemukan mereka…
Dua-dua mulut manis. Aku perasan. Safuan memegang erat tangan ku bila dapati aku terlalu sedih.
Ke McD….
Aku telah Berjaya mengawal keadaan….
Subjek Osha. Aku sentuh. Safuan hebat mengajar aku. Hydrostatic Test…
Alhamdullilah… soalan itu telah keluar pada paper exam tadi.. Aku yakin untk mendapat markah penuh.
(Thanxxxxx sayang…..)

Alamakkk..!!!!!... Asal lak bertembung kat McD ni…..???>….!!
Ishh.. aku mengawal diri……
Sara dan Jeri….
Sara Agak tidak selesa aku nampak. Mungkin ada Safuan…
Jeri…….. cool jer…. Banyak aku ramaps ayam mcD dan fries jeri…
Namun…
Aku sedih lagi bila sara menghantar email di Friendster safuan……
Di mana janji di campakkan bila bersumpah atas nama Allah S.W.T dengan rela hati pada 2 bulan lepas..??????????????????????????????????????????????????...

Huhuhuu… seedy nyerrrrr……….
Perlu ker aku mempercayai ssesiap di dunia setelah hati jantung. Paru. Limpa di siat-siat nan rakuss..

Hahahahahah…
Padan gak muka ku. Terlalu lurus. Terlalu mempercayi orang… marah pun tak ader gunanya. Tuhan Maha ADil. Petikan ayat-ayat jiwang Norman……..

Lalat oh lalat

Kesian Miza…
Sayu hati aku terhadapnya…
Kini, aku berusaha untuk mengubat hatinya.. Menemani dia siang dan malam. Walau aku agak sibuk, tapi aku berusaha menemani dia..
Sayu hati ku bila mendengar tangisan nya….
Aku lebih rela menemani dia daripada mendengar rintihan tangis nya di malam hari.
Begitu agung cinta kasih mu pada si dia yang sudah 8 tahun..
Sabar kawanku…….
Hanya itu yang aku mampu ucapkan
Dan kata maaf sering kali aku bisik di ruang media telefon.
Kamu tidak tahu perkara yang sebenar sayang tentang semuanya. Aku rasa bersalah. Adakah aku penyebab semua itu atau adakah takdir Tuhan sebagai ujian hubungan kalian.
Kejam ke si lelaki atau kejam ke si perempuan .
Tanda persoalan itu selalu bermain di akal pendek ku ini.
Aku masih tidak tenang..
Maaf Miza.. aku tidak berdaya membantu sangat.. Aku tujukan lagu istimewa untuk nya..
Aku sayang kamu…..
Aku masih lagi menemani Miza….
Sayu bila di panggil cyg…. Aku rindu panggilan itu…… Sebak……
Aku menoleh Wana. TErsenyum sendirian. Kini Wana pun sudah terikot2 sikap ku.
Lalat.Lalat.Lalat.
Huhuhu…
“Daya…. Katil ko makin himpit locker aku..susah nak bukak pintu locker..”. Rengek kau manja.
“TOlak jek lar!!!!!”..
Gulp.. aku terkejut kingkong…….
Wana terkejut beruk.
Nani terkejut Chimpazi.
“ dIa tension lar itu ida”. Kata Wana..
Aku gelak-gelak macam Pontianak.-(Pontianak comei….. Lagi manis lagi comei dan kiut…. Eheh…. Jagan jelez kak Noreqqqqqqqq…..)
Asal ko gelak? Dia kan marah ko.. eii. Nak lagak macam gangster. Ungkap Wana yang sememangnya 100% antiDaya.
“TAK DER laR.. AKU ANGGAP JER SI DAYA MACAM LALAT.MARAH MACAM LALAT.. uik.uik.uik…”
(Abang lar ajar sayang jadi macam ni… :P)
Hhuhu….. WANA MENGiakan kata-kata aku… dia yang ader problem tension2 tesis…
Lupa pulak… mak cik cleaner bising2 marah aku pasal parking ego depan bilik. Memang lar tak boleh. Aku jer yang selalu cari pasal. Sampai Rs amek plat number moto aku. MAkcik cleaner bising marah aku. Bunyian indon nyer.. buat aku jelek… - dalam hati ku..( dar lar datang kat Negara aku. Ader hati nak maki2 teruk aku.. )
AKu buat bodoh..lagi lak minah indon tu bengang. Aku tau aku salah… tapi tak leh ker.. budi bahasa..
(Budi bhasa kan budaya kita..)..
Oppsss.. lupa lak.. mak cik tu indon… mana lar tau…. Budaya Malaysia.. (kihkihkih).
Tapi.. makian percuma itu.. aku anggap umpama lalat..lalat.lalat.
Safuan yang mengajariku itu secara percuma. Memang berkesan. Buat aku gelak dan sabar..
(ehe….)
Penat terasa.. Seharian di isi masa dengan menemani Wana ke Pusat Kesihatan UiTM dan Poliklinik Shah ALam. Kesian Wana.. Simpati aku pada nya….
Hyperthyroidism….
Sabar kawanku.. Aku telah berjanji akan selalu menemani dia ulang alik ke Poliklinik dabn Pk. Untuk rawatan selanjutya..
Dibasahi air hujan….
Amat menyeronokkan bila membelah jalan dengan ego…
Kepenatan masih lagi terasa.. baru semalam balik dari rumah safuan…..
Dari situ aku mengenali kak syam dan lain-lain..
Aku teringin untuk ketemu adik (Adik safuan). Kata Kak Syam..dan kawan mak safuan,, muka aku ade mengirasi wajah adik…
Aku perlu menyiapkan Tesis……
Air milo, munchys yang ader milamin kata Nani, Laptop, Kertas band dan Wana menjadi peneman aku malam hari ini…..
Chaiyokkkkk ida…!!!!!!!....

Nuwu, mawin, norju, aku, nini and fard..
ni lar budak2 yang aku first kenal msa mula2 mauk class food tech..
ketemu di jalanan fakulti blik A hadapan pejabat fakulti.
senang denagn kalian......
yang pasti.. teman2 ice skate aku...

ermmm



Dinner

Kepenatan membelit tudung. Aku mengeluh kecil. Aku bukan pakar dalam menghiasi diri..
Aku agak low profile dan tidak ber up to deat seperti gadis-gadis lain. Cukup simple. Tidak pula seksi. Bagi aku tidak pelu seksi semata-mata untuk menayangkan epidermis kulit dan badan untuk lelaki yang bukan muhrim.

Melangkah ke ballroom Wisma PKPNS amat memenatkan. Keletihan bersama teman-teman dek kelewatan tiba. (AIn datang lewat amek kitorang dengan wira mak dier..)
Dinner biasanay meraikan Final Year Student.
Aku puji dalam diam.

Sume rakan pun puji dalam diam.
Makan. Gelak. Berganbar…
Perot oh perot..
Sian..kamu… sungguh buncit….. ehe...

mata makin pinar dek di simbahi cahaya lampu.

bertemakan persandinagn mempelai.
sungguh hebat
ada pengantin
Pelamin
tepur tawar..
kompang...

di susun atur umpama pestar perkahwinan..

Aduuiiiii....
gatal nak kawin....

Titik-titk jernih

Sudah lama aku tidak mengeluarkan titik jernih ini. Dan mala mini.. berderai jua akhirnya….
Aku lah punca segalanya…
Sampai hati si lelaki….
Membuatkan nangis pada si perempuan. Si perempuan itu, kawan baik ku sendiri. Salahkah aku dalam hal ini kerana tidak langsung mempertemukan si lelaki dan si perempuan yang lain?
Salahkah aku atau takdir yang tertulis segalanya…
Lagu kenangan terindah nyayian Samsoms…
Aku amati satu persatu bait-bait liriknya…..
Selama 8 tahun hubungan cinta mereka berakhir di situ sahaja……
Tidak adakah rasa sayang si lelaki pada perempuan pertamanya?
Tidak rasa bersalahkan si perempuan ke dua pada hubungan si lelaki dan perempuan??
Hidup ini umpama pentas mainan dunia.
Terlalu banyak dialog untuk di canai dan dihafal satu persatu untuk menghidupkan lagi lakonan di pentas.
Aku sayu….
Aku nangis dan terus nangis dek luruhnya air mata di pipi sang gadis yang sejak kecil berikrar sebagai temanku…
Sabar sayangku…. Aku doakan dikau…………

Maaf dinda

Hampir pukul 7 petang. Aku masih mengadap laptop. Tuntutan sebagai pelajar yang wajib mneyiapkan final year projk sebelum graduate. Pemandangan indah di depan mata. (Jejaka-jejaka maen bola sepak).

Aku bukan ingin sangat. Tapi, rezeki di depan mata.(hakahakhak).
Tingkap ku mengadap padang Seroja. Langit kelihatan semakin mendung. “Alamak..!! dorang bukak naju lar plak.).-Haish…… sabar ida.. hahahhahhahha.. (Maaf dinda kanda…)

Persinggahan

Aku menatap puas safuan di skrin laptopku. Memang gambar dia yang selalu menjadi model tak bertauliah dan model percuma di arena skrin multimedia ini. Berbaju merah dan senyumannya yang manja dan comel. (Comel skit jer.)
Yo baru menelefon.
Dan masa itu juga aku menghancurkan hatinya
Maaf yo…
Betul cakap yo. Hati aku kuat untuk safuan.
Maaf yo….
Maaf…
Semoga kamu temui kekasih yang terbaik untuk singgah di hatimu.
Aku tidak mampu untuk memberikan hati ini untuk mu.
Hati ini telah ku berikan untuk safuan.
Dan pada itu, dia telah berfikiran matang. Menerima keputusan ku sebaik nya.
“Yo sayang kan ida dan Yo nak Ida bahagia dengan nya. Yo doakan”
Ayat itu terngiang di lorong kecil teliinga ku. Aku mengeluh lega. Amat terharu dengannya.
Betul kata orang. Cinta tak semestinya memiliki.

Tak semua apa yang kita nak dapat…….
Perut semakin berkeroncong. Mata sudah menunjukkan taring kemerahan. Aku perlu beradu. Namun banyak lagi yang perlu disiapkan.

Aku bantutkan niat untuk kealam mimipi.
Aku bahagia bersamamu…. Sudah tidur agaknya dia. Kepenatan menjual baju..( Tokey baju…)
Ummmmmuuuaaaahhhhhh.. percuma untuk malam ini. Ummmuauuaaaahhhh kat idung mu…