Friday, August 1, 2008

Kisah seorang Teman

Kisah seorang teman
Sungguh tabah dan matang mengharungi idup. Pergolakan percintaan. Pasanganya pergi begitu sahaja meninggalkan dirinya. Hanya ucapan perpisahan dari pesanan ringkas diperoleh. CInta tiga segi. Amat memedihkan. Kesabaran dan kesetiaan di curangi dengan begitu mudah.

Mungkin alasan terpaksa. Dirinya masih lagi berfikiran positive. Bersungguh dirinya akan lelaki itu. Mungkin perempuan itu yang berlebih. Dia masih lagi berfikiran seperti itu.

Cukup kawan ku!!!.. Aku tidak mahu kau terluka. Untuk apa kau masih lagi menunggu dia. Sedangkan sudah berkali-kali dia menolak dirimu. Jika dia terpaksa, dia akan bersamamu dan kembali lagi untukmu.

Tapi, kembali untuk menyiksa hatimu lagi. Aku tahu kawan ku. Aku arif tentang itu.
Kau masih utuh untuknya. Aku amat kagum melihat dirimu tabah. Masih bergelak dengan rakan-rakan kita. Tapi, aku masih nampak kesuraman di wajahmu.

Maaf… aku ketuk kuat dahimu. Aku geram akan dirimu sayang.

Tapi, kau hanya bergelak ketawa. Ketawa yang hipokrit.
Kata-kata hatimu bahawa dia jodohmu, aku percaya. Hati tidak pernah menipu kita.

Tanya la hati dengan ikhlasnya. Tapi, kau wajar juga mencurigai hati. Hati juga menipu kita bila hati bersatu dengan akal yang tidak waras.

Hatimu telah tertutup untuk lelaki lain. Aku ingin berjumpa lelaki mu. Untuk mengucapkan tahniah padanya. Tidak ramai perempuan yang akan menutup pintu hati untuk lelaki lain bila cinta hanya untuk satu.

Perempuan di kala ini juga majority lebih hebat bercinta. Cinta dusta. Memain-mainkan cinta yang suci. Situ sini cinta dengan lelaki lain.

Aku doakan kau bertemu jodoh dengannya. Semoga keikhlasan dan penantian dirimu akan di buka hatinya oleh Yang Maha Esa untuk menjadi lebih baik. Lebih baik dalam cinta, hubungan, komitmen, kejujuran, keikhlasan dan dapat menjaga dan mendidik dirimu seperti Adam dan Hawa.

Aku sayang kamu Yuwana Bt. Mohd Jalani.

No comments: