Thursday, June 4, 2009

roti yang panas + tersipu malu

3 march. Agak pening mengisi trip form Burger king, A&W, Marrybrown, 9101 dan fast food lain. Samaaada untuk local atau outstation. Mengira stok burn sumua. Agak melecehkan. Aku terpaksa melompat-lompat untuk melihat code date. Pallot di susun bertingkat tingginya.
“Raja.. ko bagi budak ni tangga. Pendek sangat aku tengok.kesian melompa-lompat”.
Aku buat muka…. Mau sahaja gelak tak senonoh..
“Aper lar dia sama jer” Ngomel aku…

“Aah lar u ni.. cakap orang. U pun sama pendek”. Raja terkekeh-kekeh.
Tak puas dengan Raja. Shukri pergi pula berbicara dengan Kumar tentang perihal pendek aku.
Ala… Kalo nak di ukur ketinggian. Antara die dengan aku. Dia lagi pendek. Tak sedar diri betul. Ehe…
Shukri QC leader di company ni. Dia suka kacau aku… Happy go lucky orang nya…
Usai kerja. Aku mengadap PC. Mengisi trip form untuk MCD pula… Beratus-ratus order untuk regular, corn meal, big mac, quarter. Untung aku. Musim prosperity sudah abes. Jika tidak mati dengan kiraan prosperity yang berates-ratus.
“Ida, jom minum”.
Aku mendapat mesej dari kak Naziah. Admin production.
Aku lantas membalas.
“Jom.. Jumpa kat pantry sekarang”
Aku segera menuju ke pantry. Kak NAziah sudah menanti. Jika waktu minum aku lebih suka lepak ngan Kak Naziah, Abang-abang production, Qc, budak-budak trainee di pantry bawah. Tempat berkumpul Nepal-nepal. Malas membancuh air di pantry bawah… Jalan mudah.. memasukkan syiling 50 sen lalu tekan sahaja air apa yang hendak di minum. Aku memilih hot chocolate. Amat mudah bagi si pemalas macam aku. Ke area indexer. Mencuri roti yang masih panas. Lalu di sua ke tekak. Amat kenyang.. Mahu bakar roti di QA LAB dan menyapu liquid sugar mals lar pula. Yang penting. Syarat utama…
Mengisi perut yang kosong…

Fazli datang ke Pantry. Dia semacam merenung kea rah aku. Dub.. berdebar dan cair hati ku….
Wajahnya yang emsem… mencairkan hatiku…
“nape tengok orang macam tu?”. Kak Naziah mula bertanya.
Fazli..??... gelak-gelak sahaja..
Dia menuju ke locker.. mengeluarkan kad. Owwhh… kad besday dari company. Baucer marrybrown sebagai hadiah. Sudah menjadi tradisi HAVI LOGISTIC. Setiap bulan akan terpampar notis calendar besday semua pekerja dari atas sampai pekerja bawah.
“cute nyer kad…. Memory lane tu..” aku menyampuk..
Fazli sengih lalu menjawab. “Yer lar.. ader orang tu tak der pun nanti besday kiter”. Melirik kea rah aku. Kak naziah blur-blur. Memang aku yang di maksudkan. 27hb 3 aku pulang ke kampung. Cuti akan ku ambil.
Petang..?...

Aku, Sya, Shin yee menuju ke dalam production. Tapi kali ini.. bukan lagi untuk production. Tapi untuk sanitation….
Lee fang turut join… Some dan prabu menjadi guide untuk kitorang….
Minggu ini.. aku double… ermmm… delivery dan sanitation..
Sumua chemical untuk clean equipment, line, machine di terang dan blajar.
Percaya atau tak.. kitorang turut clean… wash up.. wash up….
Sumua pun tak merungut….
Supervisor terkejut. Maintanance kata… seumur hidup dia kejer kat sini.. first time tengok budak trainee clean…

Bagi kitorang…
Semua kerja kami cuba. Kami try. Dari kerja-kerja pekerja bawah sampai kerja orang atasan.
Pengelaman amat penting. Bukan sahaja goyang kaki di meja sambil goyang kaki, on9, chatting macam sesetengah makhluk yang praktikal. Ehe…..

Bagi kitorang.. sudah amat rapat dengan semua pekerja. Gurau senda..
Kadang-kadang kecoh dalam Bakery.. baling dough.

Yang selalu kena..??.. Aku lar.. kata dorang.. aku mudah mesra dan banyak epi-epi…
Esok..???... tak sabar melihat QC yang bernama Fazli….

No comments: