Sunday, June 7, 2009

Aku, Milo, Afif, Nadya

Mataku masih tidak dapat lelap… Entah mengapa aku teringatkan arwah Syamilah. Atau milo….
Aku segera menghadiahkan al fatihah. Tiap kali solat, aku tidak lupa memohon NYA limpahi Nur kepada Amrul Razif Bin Ahmad Razin, Amira Razia Bin Ahmad RAzin dan Syamilah.. Entah lar.. sebak lar…

Semasa aku dengan arwah… aku selalu mengadu teringatkan Arwah Syamilah.. Dan… Arwah Razif selalu pesan kalau rindu.. sedekah al fatihah dan baca Yassin..
Namun.. siapa sangka kan… Razif pun pergi meninggalkan aku…. Pergi selamanya.. Dan… dia meminta aku bacakan yassin untuknya bila dia tiada. Namun… siapa sangka.. benda yang aku anggap gurauan baginya adalah kenyataan…
Bulan lepas, Aku mengajak Afif menziarah pusara Arwah Syamila… sayu rasa.. Nadya juga turut ikut….

Jenuh mencari pandan Indah.. Rumah keluarga arwah.. Namun senyuman di hati keluarga arwah melihat kedatangan kami.. Yang pasti… ibunya mendapat pengganti Syamilah. Turut di namakn Syamilah. Kata ibunya lagi… betul-betul mirip Syamila dulu…… Teringin melihat Syamilah kecil bila besar nanti…
Kami ke pusara…. Ditemani adik arwah….
Aku menggamati batu nisan. Tertera namanya dan tarikh meninggal. 19 jan 2007. Bayangkan…. Pada tahun yang sama.. aku kehilangan dua orang yang aku sayang…. Kekasih dan juga kawan yang berkongsi duka bila di dalam bilik…. Yang pasti… aku menangis bagai anak kecil memeluk dirinya sambil menangis pada suatu masa dahulu…
Dan.. dia mengadu masalahnya.. terlalu banyak masalah sepanjang hidupnya…
Aku, afif, Nadya, Adik arwah masing-masing membatukan diri. Sepi. Senyap…. Tangan terlalu rajin memusnahkan rumput-rumput kecil yang tumbuh di cela-celah batu kecil.. Aku menghadiahkan Al Fatihah, 3 qul dan doa untuk arwah.. dan dalam hatiku…… “Milo.. kita rindu kamu.. Kamu Nampak tak kami datang”.. SEbak.. Hampir menitik air mata.. tapi aku tahan.. aku malu dengan mereka.. Lagipun.. menangis membuatkan si mati terseksa..
Dan.. siapa sangka…. Afif yang dikenalkan aku oleh Arwah dulu.. menjadi kawan baik aku sampai sekarang…

“Dah sudah baca doa?”. Kata-kata Afif menghentikan lamunan aku…
Aku menggangguk..
Aku mengambil air yang aku bawa tadi… aku siram dari kepala ke kaki pusara. Aku menghulurkan pada Nadya untuk turut menyiram.. dan aku turut menghulur pada Afif..
Kami pulang.. Entah bila pula dapat ke sana lagi.. Tapi yang penting.. aku akan datang lagi……

18 jan 2007, Aku, nadya mengikut jeri ke Studio Jamming.. Melihat Jeri n The geng Jamming.. Usai segalanya.. AKU, Nadya, Jeri dan Acab ke Uptown.. Mengisi tekak yang haus..
Sedang rancak berborak.. Handphone aku berbunyi mesej.. Segera aku membuka inbox..
Tertera nama Milo. “Ida, PTPTN dah masuk lum?”. Namun, aku leka untuk membalasnya. Kredit tidak hanya 20sen lebih.

“Ya.. jom gi jupo milo?. Kat umah sewa dio”
Nadya bersetuju.. Kami meluncur ego ke sana… Sampai di Seksyen 2 Berdekatan Apartment Baiduri… Kelihatan orang ramai di seberang jalan sana.. Aku memberhentikan ego…
Rasa ingin melihat. Tapi takut.. Tapi ternampak ambulan mengisi seseorang. Kami menyambungkan perjalan dan berhenti di Shell. Aku ke kaunter..

“entah lar bang.. terkopak budak perempuan tu kena langgar ngan kreta lumba. Tak tahu lar hidup ke tak”. Kata seorang abang yang membayar duit minyak kepada abang di kaunter.
Aku meneguk air liur. Sebab???... Fikiran aku tertumpu kat Milo. Risau takut-takut dia..
Aku segera memberitahu Nadya… Nadya turut risau. Aku segera kol Milo.. Namun.. tiada bunyi kedengaran. Pelik.. Menambahkan lagi kerisauan aku. Aku segera menelefon Bis. Housemate Milo.. Tapi kat Bis, Bis di rumah sekarang.. Katanya Dai ader di rumah…aku menelefon Dai.. menayakan Milo ader di rumah atau tidak…
Namun jawapan Dai…. “Dia tak der ida, dier kuar ngan kawan dia. Nak gi check PTPTN kat ATM SIRIM”
Berkencang jantung aku.. memang laluan jalan yang accdicent tadi yang dilalu Milo..
Aku dan NAdya terus ke tempat kejadian tadi..
“Da, molek.. daroh”. Aku tak sempat mengelak darah yang masih berada di tengah jalan. Kesian tayar ego… tergilis darah.. Semua orang sudah tiada. Agak meremang bulu roma memantau kawasan itu. Yaa…. Selipar jepun milo lar.. warna hitam. Dia slalu pakai selipar ni”
“Tapi motor.. bukan motor dia da..” kaca-kaca, helmet pecah, darah masih tidak dibersihkan. Cuma motor yang hancur ditolak ketepi jalan.
Namun… kami tidak dapat buat apa…
“Ya… kawan yang aku paling risau.. milo..”
Kedua… Miza, Jeri…
Itu kata-kata aku pada Nadia..
Kami berovernite di dataran Shah Alam. Aku tidak sedap hati untuk pulang. Hampir dinihari… kami ke Surau SS2, tidur sekejap dan solat subuh…. Darah melekat di tayar ego… Nadya bersihkan..
Kami ke PKNS… Nadya ke ATM. Tiba-tiba ada panggilan dari Dai.. Dai nangis-nangis. “Ida.. tadi afif datang umah. Cakap Milo Accident”. Aku segera kol Afif…..
Dan.. dengan badan tidak bermandi segera ke rumah Dai….
Begitu pantas dan mendebarkan…. Samaada Milo masih ada atau sudah tiada….
Ke Hospital Klang, sampai sahaja di wad kecemasan….. nama Syamilah disebut. Namun…. Nurse yang bertugas menjawab. “ Awak tak tahu kawan awak dah tak der?” Skang kat bilik mayat. Buat postmortem. itu jawapnya…
Namun.. aku, Dai, kecik, chan dan Nadya…..meraung menangis sambil berpelukan sesame sendiri….
Terus kami ke rumah mayat.
Keluarganya arwah.. menangis, sedih, sayu, ibunya.. sudah acap kali pengsan.
Menunggu…. Agak lama.. Kami pulang membersihkan diri dan memakai baju kurung. Terus kami ke Pandan Indah. Rumah keluarga arwah….
Tak sempat mengucup arwah.. jenazah sudah di isi di dalam van.. Al-FAtihah.. Adiknya lelaki bersama mengiringi jenazah..
Ke kubur….. Usai semuanya….. aku dan yang lain turut menyiram air mawar ke atas pusara…
Aku masih tahan untuk melimpahkan lagi air mata. Aku melihat Ikhwan….. begitu sayu dan sedih… Selalu arwah menceritakan Ikhwan yang sampai sekarang menunggu dirinya. Yang menyayagi dirinya. Sungguh sugul wajahya. Ku lihat kelurga arwah….
Ya Allah… cepat sangat semua ini berlaku.. Baru 2 hari sebelum pemergiannya terjumpa dirinya di BLOK B fakulti. Terlalu excited dirinya dirinya terjumpa diriku. Dan menceritakan laptop dan hp nyer sudah rosak..
Dan.. yang pasti.. baru aku teringat.. dia terlalu aneh dalam seminggu.. selalu mesejnya kepadaku…
“Ida, kite rindu kamu”….
Membuatkan aku terfikir.. Dan sekarang.. aku hanya ader 3 penyakut baju berwarna pink yang aku guna sampai sekarang. Yang aku gunakan hanya untuk menyakut kain telekung dan sejadah….

No comments: