Sunday, June 7, 2009

Kisah aku dan Razif..

7hb june
Terlalu penat hari ini kurasakan.. Selepas pulang dari ketemu si dia… usai sahaja maghrib.. aku menyiapkan diri ketemu Jeri dan Haziq… Namun.. aku tahu.. dua tahun yang lepas.. pda tarikh yang sama.. aku hangat di buai persaan bersama Razif.. dan dia pergi dengan tiba-tiba. Membuatkan hidup aku nanar selama seminggu. Macam orang tak betul…
Sejak selepas insyak.. aku tidak putus-putus bermesej dengan dia

“Cyg, abg mkn byk sgt tadi. Dah lama tak mkn byk macam ni. Ibu masak sedap” kata Razif.
“Cyg.. abg takot.. ang mimpi yaya lagi.. Abg mimpi yaya panggil abg”
“Dah lar bang.. tu kan mimpi jek. Jagan piki bukan-bukan tau”

“Cyg tingin nak pergi maner?.. nanti abg tunaikan” sambungnya lagi
“Erm… cyg tak pernah pergi genting highland. Teringin sgt nak pergi sana..”. Jawabku..
“ok.. nati abg bawakan cyg pergi sana. Sana bez.. Abg selalu naik genting dengan kawan-kawan. Sorang pun abg pergi. Abg suka sgt tengok matahari terbit kat sana. Kabus. Sejuk. Ada satu tempat tu kat genting.. dapat tengok cantik sgt matahari terbit. Nanti free abg bawak cyg pergi sana eyh..”
“Owhh. Ye ker.. janji tau..”Kataku.
“ok.. insyaalah.. Lagi satu.. abg suka sgt mkn kek yg ader ice cream kat tengah-tengah, chocolate ice blanded, lamb chock kat secret recipe kat tepi tasik putrajaya. Malam-malam lagi bes.. dapat tegok cahaya lampu tepi tasik…”
Aku hanya mendengar. Entah mengapa.. lain sangat dia malam itu.. selalu tidak pernah menceritakan hal itu.

“Cyg.. nanti kita kawin tau… kalau boleh.. abg nak kawin grand-grand. Sebab abg sorang jek ibu dan ayah ader. Abg nak pelamin kaler gold campur silver. Boleh kan.” Sambungnya lagi..
Aku turut mengia… memang aku dari dahulu lagi mahukan umpama itu…
Aku menyambung.. “ Nati dalam bilik tidur.. cyg nak lampu meja yag cantik tau.. yang bau wangi dan kuarkan buih-buih belon”
“Dasyatnya cyg abg ni… mane abg lampu beli lampu tido macam tu”. Katanya..
Hatiku tersenyum….
Tapi.. aku terpaksa memberhentikan sms setakat itu.. kredit aku expired 8hb june.
“Cyg.. abg syg cyg tau..syg sgt2.. Nanti kalau abg tak der.. cyg jaga diri baik-baik tau… bacakan yassin untuk abg. Jadi anak yang baik. K.. luv u so much.. Aku amat mencintaimu Che Norhaslida Che Ahmad”…
Aku membaca Sms dari nya….. aku tersenyum.. namun tidak dapat membalas dek kerana kredit tamat tempoh.

Baru sahaja ingin melelapkan mata.. Aku mendapt lagi mesej dari nya., Ku buka..
“Cyg… abg sesak nafas sgt”..

Aku berdebar… Berdebar dan terus berdebar….
Aku segara langkas turun di tingkat bawah dan menuju ke bilik ibu ku.. Tujuan ku meminjam hp dan ingin membuat panggilan terhadap razif.. Namun aku gagal.. Bila sahaj pintu bilik tidur ingin di ketuk… Aku membantu kan niat… Lama aku berteleku di ruang tamu di tingkat bawah .memkirkan kerisauan itu.
Aku memanjat tangga ke tingkat atas. Menguak pintu bilik. Berbaring.. Aku takut. Risau. Takut terjadi apa-apa pada razif..
Aku tertidur dengan kerisauan…
DI subuh hari…. Aku terkejut dengan mesej.. Aku melihat panghantarnya.. AMRUL RAZIF. Aku membuka….
“Ida, mak su ni.. maaflah.. Ajib dah tak der”.
Aku terdiam. Tercengang. Berdebar. Sesak nafasku. Badanku menggigil…
Aku lantas turun mendaptkan mak aku.. untuk meminjam hp.. segera aku mendialkan number razif..

“helloo”.. satu suara sayu dan bunyi agak kenangisan.
“Maksu ker ni?. Ida ni.. betul ker Ajib dah tak der?” ..Aku bersayu..
“aah.. subuh tadi dekat jam 6. ida”..
Aku nangis tersedu sedan… ..

Pujuk mak su.. “ida jangan nangis yer… kita kena terima dengan redha”
Aku teryus nangis.. dan mak su.. turut sambung menangis…
Kata mak su.. dia still berada di hospital. Alor setar Medical. Tunggu mayat untuk di bawa pulang ke rumah…
Aku berkeras untuk mengambil tiket kapal terbang untu ke kedah. Namun….. tidak kesampain..
Hanya tangisan menemani aku…. Aku berkurung didalam bilik.. Za yang menemani aku… secara SMS..
Jenazah di simpan di kampung keluarga Razif.. bersebelahan pusara Amira Razia (Yaya) selepas sembahyang jumaat..
Mak aku?.. dan family aku..?..
Turut risaukan aku.. yang aku tahu…. Terbaring ats katil. Berkurung di dalam bilik. Memegang hp melihat gambar Razif di wallpaper hp. Makan.. memang tak…
Puas pinyu bilik di ketuk mak, kakak aku.. Namun aku kunci rapat-rapat. Aku ingin menyendiri….

Sampai satu ketika…. Aku terlalu kasihan pada mak. Pujukan Za suruh makan.. aku menuruti kata mereka..

Aku ke meja makan. Mak aku… sibuk menghidangkan nasi. Lauk-lauk untuk aku.
“Da, ni mak masak ayam masak merah. Kegemaran da”. Mak aku menyeduk dada yam ke pinggan ku.. Sambal belacan.
MAk duduk di depan meja sambil melihat diriku yang tidak terurus. Hari ketiga pemergiaan Razif..
“Da, jgn macam ni.. tak kesian kat mak ker? Mak risau sgt tengok da macam ni. Tak makn semur. Berkurung dalam bilik. Yang pergi tetap pergi. Da kena doa banyak-banyak. Baca Yassin kat dia. Tuhan lebih sayang kat dia.. sebab tu tuhan amek dia awal-awal. Lagipun… dia mudah masuk syurga.. tak banyak dosa kat dunia banding kita yang hidup lama kat dunia”
Aku melihat mak mengeluarkan air mata.. Aku lihat Mak menyeka air matanya dengan lengan bajunya.
Terus mak beredar dari meja makan…
“Aku..??... air mata kuat mengalir menitis di dalam pinggan nasi.. nasi ku berkuahkan air mata.. Rasa agak sedikit masin….
aku ke UKM… semata-mata ingin mengambil barang-barang peninggalan arwah. Kata Za.. itu untuk aku…

Teddy bear Yaya ( kata arwah.. da 8 tahun dia simpan teddy bear tu.. asal-asal hadiah hari jadi untuk Yaya.. adikya. Tapi.. adiknya pergi meninggalkan dia di langgar kereta. Dan.. katanya.. teddy bear itu.. untuk bidadari hidupnya.. dan.. aku lah bidadari itu….)
Lagi.. sepucuk surat untuk aku.. gelang Kristal, pensel bidadari.. dan juga.. lagu aku tak kan bersuara… petikan gitar darinya.

BAru aku teringat.. semasa hayatnya.. ader sebuah lagu untuk di tujukan buat diriku…
TQ untuk Za.. sebab jaga aku.. dan yang penting kenalkan aku pada seseorang yang amt bermakna buat ku…

Dan… siapa tahu.. sepnajng hayatnya.. Aku langsung tidak tahu akan penyakitnya iati kanser saraf otak dan.. aku tidak tahu.. sudah seminggu dirinya terlantar di alor setar medical..
LAngsung dirinya menyembunyikan padaku…
Dan kini… sampai tahap ini.. aku masih menyayangi Amrul RAzif Bin Ahmad RAzin…
Dan.. aku akan simpan Nama Amrul Farish untuk anakku nanti….
Aku rindu razif……

Malam sehari sebelum razif meninggal... aku mimpikan orang ramai mengusung jenazah....
tapi.. dalam mimpi itu.. aku tercari-cari siapa di dalam keranda itu...
Aku terjaga dari mimpi dengan sedikit percikan peluh di dahi....
Ku lihat ke arah jam.. hampir jam 3.30 pagi...

Siapa sangka..... itu benar-benar terjadi.....
Allahuakbar.....


Dan yang pasti… Fazli tidak tahu akan kisah ini…….
Jap.. nak berangan… Kalau aku kawin dengan Fazli…
Amrul Farish Bin Muhammad Fazli.. Erm.. kombinasi yang bagus… ehe…
_ Untuk Fazli_.. “Awak.. sya tak cerita kisah ni kat awak.. Maaf.. lepas awak baca blog ni.. awak akan tahu.… Buat kejer elok-elok tau. Sayang awak……”
K… aku mahu melarut….
Assalamualaikum….. w.b.t

1 comment:

p U t 3 r ! z A said...

Semoga Allah memberkati arwah...ameen