Thursday, June 4, 2009

intan ok..??

2 march. Aku di tugaskan untuk ke deparment delivery.
Segala urusan penghantaran Bun untuk ke Macdonald, Burgerking, a&W, marrybrown dan 9106 samaada local, outstation di uruskan oleh staf-staf dan pekerja delivery.
Mau tahu siapa bos delivery>.?
Mestilar abg mahadi…

Bila sahaja ku labuhkan
punggung di kerusi biru yang empuk itu…
Terus sahaja soalan berupa api panas itu menlaserkan kea rah telinga ku..
“Da dating mane semalam ngan Fazli”?
Dushh… aku sengih-sengih kera…..
Umpama kucing yang mati anak…
Kiraan stok, delivery local dan outstation di kira macam tak menentu…
Dalam hatiku mengomel geram pada FAzli….. yer lar…. Ada ke patut bagitau abg dier….
Aku tekun mengisi form untuk macdonald. AKu terkejut. FAzli datang kea rah mejaku lalu mengetuk meja kuat..
“da, jom minum..”.

“Aku jawab acuh tak acuh. Tak per lar.. saya banyak kerja ni”.
Dalam hati…. Ingin sahaja pergi. Tapi.. ego ku melangit…
Mungkin geram dengan nya….
Sah-sah… supervisor yang lain pun tahu.. pagi-pagu buta sudah kena pasal terserempak berdating dengan Fazli…

“Intan ok?”. Sapaan abg Maznan. Supervisor production.
“Ok….”.. Dalam hati….. Tuhan saja yang tahu….
Lupa bagitahu….. di HAVI… sumer abg-abg supervisor memanggil ku Intan…
Tolak abg mahadi sorang yang memanggil betul nama ku..
Aku pun tak tahu kenapa.. Bukan dorang tak tahu nama aku. Ini semua gara-gara abg Maznan yang memanggil dulu.. katanya…Sebab aku perempuan. Macam Intan. Padahal trainee yang lain pun perempuan juga. Ishh…

Aku menghantar SMS kepada FAzli.
“Fazli, pagi-pagi lagi saya kena peril.. L”
Fazli segera membalas..
“ala.. jangan layan dorang tu..”..

FAzli lalu ke meja ku… dia senyum ke arah ku……
Aku membalas senyumannya…
Ehe……

No comments: