Friday, August 1, 2008

Kisah seorang Teman

Kisah seorang teman
Sungguh tabah dan matang mengharungi idup. Pergolakan percintaan. Pasanganya pergi begitu sahaja meninggalkan dirinya. Hanya ucapan perpisahan dari pesanan ringkas diperoleh. CInta tiga segi. Amat memedihkan. Kesabaran dan kesetiaan di curangi dengan begitu mudah.

Mungkin alasan terpaksa. Dirinya masih lagi berfikiran positive. Bersungguh dirinya akan lelaki itu. Mungkin perempuan itu yang berlebih. Dia masih lagi berfikiran seperti itu.

Cukup kawan ku!!!.. Aku tidak mahu kau terluka. Untuk apa kau masih lagi menunggu dia. Sedangkan sudah berkali-kali dia menolak dirimu. Jika dia terpaksa, dia akan bersamamu dan kembali lagi untukmu.

Tapi, kembali untuk menyiksa hatimu lagi. Aku tahu kawan ku. Aku arif tentang itu.
Kau masih utuh untuknya. Aku amat kagum melihat dirimu tabah. Masih bergelak dengan rakan-rakan kita. Tapi, aku masih nampak kesuraman di wajahmu.

Maaf… aku ketuk kuat dahimu. Aku geram akan dirimu sayang.

Tapi, kau hanya bergelak ketawa. Ketawa yang hipokrit.
Kata-kata hatimu bahawa dia jodohmu, aku percaya. Hati tidak pernah menipu kita.

Tanya la hati dengan ikhlasnya. Tapi, kau wajar juga mencurigai hati. Hati juga menipu kita bila hati bersatu dengan akal yang tidak waras.

Hatimu telah tertutup untuk lelaki lain. Aku ingin berjumpa lelaki mu. Untuk mengucapkan tahniah padanya. Tidak ramai perempuan yang akan menutup pintu hati untuk lelaki lain bila cinta hanya untuk satu.

Perempuan di kala ini juga majority lebih hebat bercinta. Cinta dusta. Memain-mainkan cinta yang suci. Situ sini cinta dengan lelaki lain.

Aku doakan kau bertemu jodoh dengannya. Semoga keikhlasan dan penantian dirimu akan di buka hatinya oleh Yang Maha Esa untuk menjadi lebih baik. Lebih baik dalam cinta, hubungan, komitmen, kejujuran, keikhlasan dan dapat menjaga dan mendidik dirimu seperti Adam dan Hawa.

Aku sayang kamu Yuwana Bt. Mohd Jalani.

Kisabuth Lelaki Lem

Aku tersenyum. Baju yang aku berkenan tadi yang Daya maksudkan. Aku membelek harga baju itu. RM49.90. Lumayan harganya. Niatku terbantut. Hanya sekadar meminati dalam diam.
Mereka ligat berbelanja. Tapi aku sekadar menonton. Ke butik baju raya tempat yang amat aku tidak selesa. Aku tidak suka membelek dan berada di tempat sedemikian terlalu lama. Mataku mudah berpinar. Kepalaku berat. Aku tidak pasti akan mengapa.

Mereka masih lagi di butik itu. Dekat 1 jam. Aku tidak betah. Segera aku keluar. Aku ke Pusat Game. Seorang diri. Tiba-tiba, niat ku terbantut lagi. Wallet aku di genggaman Wana. Aku sekadar menonton gelagat orang ramai.

Lelaki lembut berpakaian seksi, rambut didandan, lagak tergedik-gedik menjawab kol memualkan diriku. Titik cahay mata ini segera memokuskan ke punggung dan dada si lembut itu. Besar!!!. Sah, buat pembedahan. Trakeaku seolah-olah ingin memuntahkan segala isi perut. Aku menoleh bila terdengar suara rakan-rakan. Sudah usai agaknya. Sejurus itu, aku melihat seorang lagi lelaki lebut yang berupa pengkid memegang erat tangan lelaki lembut seksi itu. Aku hanya mengucap panjang.

Selepas kedua-dua lelaki lembut itu pergi, aku melihat makcik indon yang agak seksi berpegang tangan dengan makcik indon yang berpengkid ala tomboy. 1000 kali ganda aku mengucap panjang. Betul-betul dunia ini makin menuju ke akhir zaman.

Kami ke Chicken Rice Shop untuk mengisis perut kosong ini. Aku singgah di kiosk jeruk dan buahan. Untuk ku legakan trakea yang merana ini.
Kami pulang dengan keletihan.

Aku bersama Ain, Wana, Daya, Sha ke PLAZA MAS ALAM bersebelahan Hotel Concorde. Ain memandu laju Wiranya. Tapi, anak cicak yang begitu comel bagi pandangan mata ini melekat di cermin kereta di sebelah Daya. Aku bagaikan geram melihat anak cicak itu. Masih merah abdomennya. Lain pula bagi mereka. Amat menggelikan. Kata Daya, cicak itu umpama iklan Shell di TV. Masih kuat walau terlalu laju motokar di pandu. Jalan di Shah Alam di belah laju oleh Ain sambil gosipan anak-anak dara ligat berdendang di dalam wira kelabu itu disusuli gelak ketawa.

Window shopping. Itulah yang aku tunaikan. Aku sudah tekad pada diri. Duet harus dijaga rapi. Lebih berfaedah andai duet di salurkan ke keluarga berbanding memewahkan diri. Ke Butik Reject Shop. Tempat paling lama kami berpusing. Masing-masing mencuba pakaian. Aku hanya sekadar menyentuh. Tapi, minda ku terpana melihat TSHIRT unik. Aku menanyakan pada WAna akan baju T itu. Tapi, jawapan negative aku peroleh.

Aku biarkan saja. Daya memanggil kuat namaku. Semacam bergema di Butik itu.”Ida, kalo ko pakai T shirt ni cantik. Sesuai dengan ko yang ceria dan pelik”. Aku tercengang melihat Daya. Lalu bebola mataku menyelingkar akan baju itu.

Indahnya kasih

Kaki ku sudah berpijak di bumi KL. Aku keseorangan. Semata-mata ingin menunaikan keperluan untuk pulang ke kampung pada cuti pertengahan semester nanti. Pada mulanya aku merelakan diri untuk terus bermuzafir di sini untuk menyiapkan FYP. Tapi, aku bantutkan hajat itu. Aku ingin ketemu keluargaku. Lagipun aku ingin menyambut hari lahir ibuku yang ke 46.

Dengan bantuan Rapid KL, aku sampai di KL Central. Teringat Wana dan Sha risau akan diri ini untuk merantau seorang diri. Aku sekadar menzahirkan ucapan.. ‘Tak mengapa, aku ok la sorang’. Aku sudah biasa mentravelkan diri seorang diri.

Aku dapat jua tiket TRAIN. 15hb 8. Jam 8.30 malam. Ke Stesen Wakaf Bharu. Aku mengeluh lega.
Aku ke kedai di lorong-lorong KL Central. Aku belikan ibuku sehelai selendang lembut warna ungu lembut. Sugguh cantik. Tapi agak tidak sesuai jika dipadankan dengan kerongsang permata-permata biru yang baru aku beli semalam. Harap ibuku suka.

Tiba-tiba aku merasa lemah. Aku sesak nafas lagi. Aku tahan diriku supaya tidak tersungkur di dapan awam. Aku tiada lagi rasa malu untuk duduk bersimpuh di kaki lima menunggu bas. Aku tarik nafas dalam-dalam. Tapi tidak Berjaya. Aku relakan itu semua. Sepanjang perjalanan pulang dari KL ke Shah Alam diriku tidak selesa.

Aku merebahkan diri di bilik. Aku membelai-belai Barbie aku. Teringat saat-saat bersamanya di rumah ayah. Dia pun menyentuh Barbie bersama aku. Aku lirik senyum.

Selepas makan dan mengisi perut ini dengan air mineral, baru lah aku lega. Dari aplikasi apa yang aku blajar, air mengandungi oxygen dan tidak mustahil lah air itu menyelamatkan diriku dengan Izin ALLAH S.W.T.Aku merehatkan diri dan tidur secukupnya. Kelihatan kawan-kawan yang lain turut sama dibuai mimpi. Hari ini, Kuliah sepi tanpa pelajar-pelajar Food Tech.

Aku merasa rimas dan lemas di dalam bilik. Aku memaksa Sha untuk Jogging di tasik seksyen 7. Ternyata, suasana nyaman dan percikan peluh di dahi betul-betul mambantu kesegaran tubuhku. Aku syukur. Tidak ramai perempuan yang ber jogging. Rata-rata lelaki. Agak ku sendirian, majority pelajar uitm dan unisel. Tapi, kenapa tidak ramai perempuan yang mengamalkan aktiviti sihat seumpama ini?. Aku menjawab soalan hatiku sendiri. Mungkin sebab tiada masa untuk itu semua. Tambahan bau peluh, kebasahan air peluh menjengkelkan kaum hawa ini untuk nampak menarik di kaca mata lelaki.
Sha ternyata tidak menyesal mengikutku.

Suasana mallam amat riuh di dalam bilik ini. Aku seperti biasa, susah amat untuk bersembang dan bercakap ketika rezeki di depan mata. Tapi, usai menunaikan tuntutan zahir perut, mulut kecilku tidak henti bercakap. Bersembang dan bergelak ketawa bersama rakan amat menyeronokkan. Bergosip tentang artis, tentang lelaki, tentang rumah tangga nanti.

Zaidah menjadi tetamu di bilik ini. Segala novel yang dia baru sahaja beli ditunjukkan satu persatu. Dia amat meminati karya Aisha Sofea. Aku terjerit kuat dan melompat-lompat sambil tangan menggegam salah satu dari novel yang dbeli. “Indahnya Cinta”!!!!!.. Novel yang sudah lama aku cari. Karya Krisya Reisya. Sambungan novel Kisah Kasih. Sejak zaman sekolah aku amat meminati novel kisah kasih. Aku rela mengumpulkan duet poket dan membeli novel itu.

Zaidah berangkat ke Melati. Kolej kediamannya. Aku bagaikan separuh gila bila melihat Nani sedang enak memegang novel indahnya Cinta. Aku memujuk-mujuk Nani supaya aku dahulu yang berjaya mengetahui isi perut cerita itu. Namun kejayaan tidak berpihak padaku. Aku menarik-narik seluar Nani. Nani ketawa dan menjerit. “Ida nak rogol saya”.. Kak Farah hanya memerhati gelagat aku sambil ketawa bagai guruh. Shad dan Daya diam seribu batu. Telinga mereka sudah di sumbat earphone. Jadi, telinga mereka tidak berfungsi pada ketika ini. Aku bersimpati.

:(

Aku menuju ke Faculty of Applied Science walau hari ahad masa untuk pelajar-pelajar bersuka ria di luar, bercinta atau pulang ke rumah. Tapi tidak bagiku. Aku terpaksa menyiapkan FYP aku. Aku menuju ke makmal. Tapi umpama ada kuasa menghalang untukku menapak di dalam makmal.

Aku membawa beg galas belakang yang berisi laptop. Langkahku terhenti di satu sudut. Aku melayari internet. Namun, perasaan aku berubah geram dan cuak terhadap seorang perempuan. Berlagak. Aku sudah jatuhkan egoku sendiri untuk perempuan yang begitu hina peribadinya di mata aku. Namun, biar Tuhan saja yang membalasnya.

Adakah tidak cukup lagi kesetiaan dan kasih sayang yang aku sinarkan? Aku merintih sedih.
Lebih-lebih kad pelajar aku masih tidak ku ketemu. Kad pelajar tiada, binasalah sumber kewangan aku. Bank Islam bersatu fungsinya dengan kad pelajar. Aku membuka wallet hijau ku. Cuma ada 15sen. Aku semakin sedih. Lebih lagi aku seolah tidak dihiraukannya. Hanya aku mampu menangis seorang diri di belakang bilik 24 jam. Bukan aku yang cuai. Tapi, sudah tertulis semua itu. Aku menangis dan terus menangis. Sudah niat hatiku untuk member ayah sedikit duet untuknya. Tanggungjawab aku sebagai anak. Tapi ayah sebagai lelaki amat tinggi egonya.

Dia menelefon diriku. Aku tahan dalam tangisan. Aku tahu aku sudah besar. Aku kuat. Tapi, wanita juga amat sensitive.

Aku menguatkan diri untuk ke makmal untuk menyiapkan FYP. Jam 4. Aku hampir berjaya untuk hari ini. Aku melayari internet dan bersembang dengan seorang rakan. Cukup bermakna kata-katanya untuk di kongsi bersama.

“Kita membesar dengan belajar dari kesilapan dan pengalaman silam.Kita kejar apa yang diimpikan dalam hidup kita.Kita yang perjuangkan hidup kita.Kita yang tentukan hidup kita.”
Katanya, kata-kata itu istimewa untuk seorang kawan perempuan ku..

Terima kasih. Semoga dirimu jua tabah. Wanita bukan seorang. Masih ramai lagi kaum Hawa yang baik. Untuk Kaum Adam yang sebaik dirimu. Tapi, bila sudah ketemu yang baik, hatinya untuk kita sahaja. Hargai dirinya sebaik mungkin. Mungkin kamu susah lagi untuk ketemu wanita seperti itu walau ramai kaum hawa di muka bumi ALLAH ini..

Aku menutup laptop dan segera bersiap untuk ketemu Nadia di Tasik Seksyen 7. Sudah lama tidak menguatkan otot dan stamina di tasik. Rasa lega..
Banyak yang dikongsi bersama Nadia.
Aku pulang dengan keletihan dan kelaparan..

Aquaria

26 Julai, aku bersama daya, Wana, Zaidah, Dib, Dina, mant, Alif, Chekwe, Salleh dan Kaykay sudah berangkat tiba ke PWTC. Masing-masing berjumpa di KL CENTRAL dan THE MALL. Agak penat berawam dengan bus rapid KL, PUTRA.

DI dalam Train, suasana amat gamat dengan telatah-telatah student UITM ini. Sepanjang perjalanan ke PWTC, aku sering kali meriuhkan keadaan. Bagiku, aku amat suka berceloteh yang membuatkan tawa di kalangan mereka. Tapi, siapa tahu, panggilan Ida rempit oleh Salleh dan Chekwey amat memahitkan diriku. Tapi, aku sekadar tersenyum pahit. Tidak mahu akan ketahui akan mereka kesedihan diriku. Panggilan itu amat sensitive bagi ku. Amat sensitive sebab aku bukan minah rempit.

Kami diberi tag yang diwajibkan digantung di leher untuk memasuki Hall Food Packaging and Processing. Umpama lagak seorang Fasilatator sekolah.

Mataku mulai rasa berat. Mungkin terlalu banyak mesin-mesin pemprosesan makanan di iris mataku. Kepalaku mulai berdenyut setelah setengah jam berusha mesin-mesin dan mendapatkan sedikit ilmu percuma dari pelbagai company food. Aku mulai lega bila salah seorang abg Chinese yang mengatakan. “Lu orang xpayah bimbang ma.. Food Tech ramai orang nak sikalang ini”. Jikalau aku menjadi guru bahasa malaysianya, sudah pasti aku akan menggagalkan dia dari oral Bahasa Malaysia. Amat pelek. Aku berdetik di hati. “Kenapa tidak berspiking jer”.

Setelah selesai semua, masing-masing ingin berenjoi bersama rakan dan pasangan. Aku, Wana, Daya dan Zaidah segere bertrain ke KLCC. Kami menuju ke Aquaria. Wana Amat tidak sabar. Aku hanya tersenyum melihat dia sangat gembira. Tapi, adakah kegembiraan itu sahih atau palsu?. Aku tidak punya akan jawapan itu. Aku tahu, hatinya masih lagi luka.

Aku masih lagi jakun. Ternyata Aquaria KLCC lebih hebat dari AQUARIA LANGKAWI, jauh lebih hebat dari Aquarium Shah ALam. Tapi, Ternyata, Aquaria KLCC masih tidak dapat menandingi UNDER WATER WORLD SENTOSA ISLAND, SINGAPORE. Aku hanya membandingkan secara diam. Takut mula menghantui bila ada orang yang mengetahui perbandinganku ini.

Aku masih lagi bersedih akan kehilangan kad pelajar. Tidak dapat ku keluarkan duit. Amat segan bila kawan-kawan mengeluarkan wang untuk membantu diri ini. Aku terima dalam terpaksa. Terima kasih kalian.

Muka-muka excited
Pertama kali aku membelai anak ikan jerung.Amat kasar kulitnya. Tapi, sangat jinak. Aku membelak-belek tapak sulaiman. Amat cantik. Pujiku dalam diam. Ke akuarium phirana amat aku tertarik. Kecil tapi bahaya. Kami susuri terowong. Umpama dalam air kami berjalan. Jerung, Arapima, Pari-pari gergasi umpama berterbang di udara. Amat aku kagum.


Cantik sangat star fish
\











Phiranha.. kiut semua..




Kami semakin kepenatan. Kegembiraan dan kepuasaan bermaharaja di hati. Malam semakin larut, bandaraya KL amat berkilau dengan cahaya lampu berbanding di kampung hanya kilauan bintang yang hanya dapt disinari.
Walau penat, ketiadaan bus rapid KL, kami masih lagi masih bergurau. Aku tidak mahu menunjukkan muka letih dan moody. Aku selalu tunjukkan muka keceriaan untuk teman-teman tersayang. Tapi, Wana amat pandai menujum mukaku. Dapat diperasan jika aku punyai masalah atau bermoody.
Gara-gara berjuang untuk berpijak di bumi Shah ALam dengan awal, ,kakiku tersepit pintu bus. Amat sakit. Aku menjerit kuat. Lalu, Wana menarikku keluar. Terharu rasa. Bus jam 9 lebih dapat jua di bolos. Tapi, terpaksa berdiri. Sekali lagi kakiku yang sama dipijak lelaki dihadapanku. Sekali lagi aku terjerit kuat. Sakit. Aku cepat-cepat menganggkat panggilan dari dia. Amat manja diriku. Ku adu semua itu. Penat berdiri, tapi masih lagi ketawa. Ketawa kepenatan.

membosankan di makmal

Subuhku bangkit. Segera tertera pesanan ringkas dari dia. Aku tersenyum. Dia yang ku tunggu. Dia yang ku nanti. Segera ku menunaikan solat. Alhamdullilallah, dada ku tidak buat perangai di pagi ini. Tapi, usai solat, aku tertidur.

Salah seorang roommate ku mendera pintu. Ditutupnya pintu dengan kuat. Akibatnya aku terjaga dari perbaringan.

Kulihat daya masih lagi dibuai mimpi.Wana bersiap-siap. Terlupa sejenak. Mungkin ke makmal agaknya dia menyiapkan FYP. Kesian wana terpaksa membacuh banyak jenis teh untuk di analisis antioxidant.Sha tiada.Nani tiada. Pulang ke rumah.

Aku berfikir sejenak. Mungkin Kak Farah yang mendera pintu bilik. Sesuai dengan badan dan kekuatan otot badan yang dia ada. Sah dia. Aku bangkit dan terus membetulkan badan. “Alamak!! Dah lewat” aku perlu segera ke makmal untuk menyiapkan FYP.

“ida, nak pergi Lab ke?”. Soal Wana. “Ermm”. Jawabku malas. Kesian wana, aku tak patut jawab macam tu je. Aku mula menyesal. Tapi, mataku berpisat-pisat lagi. Ku membersihkan diri. Sungguh sejuk air. Bantuan mandian Dettol betul-betul menyegarkan diriku.
Aku terus menyarungkan jeans hitam, baju T putih short sleeve dan kalegan Pink. Dengan beg sandang belakang, aku mengaumkan enjin ego. Hanya air susu saja memenuhi krateria sarapan pagi aku. Lantas. Dengan semangat, berlalu meninggalkan Seroja. Fakulti mula melambai-lambai kedatangan aku.
Sampai di Fakulti, Parking motor amat penuh sesak. Kesian motor-motor, mesti tidak cukup oxygen untuk bernafas. Aku turut bersimpati. Dengan ‘kerek’ aku mendaki ego ke parking motor staff. Memang motor aku saja yang berpelekat student. Aku memang tidak serik untuk disaman. Acap kali disaman. Hanya disebabkan lessen mati, roadtax mati dan parking staff. Aku berhitung sendirian. “UiTM yang salah. Kedekut buat parking motor”.

Aku segera ke makmal. Aku lihat telatah-telatah pelajar-pelajar. Macam-macam ragam. Ada yang terkejar-kejar ke kelas, ada yang bersembang, ada yang makan sambil berjalan. Kelaparan agaknya. Otak ku mula berligar.

Sampai di makmal, mataku mula bergerak ke kiri dan kanan. Ada junor-junior yang sedang membuat Muffin. Enaknya bau. Mesti Lab Processing DR.SITI. Aku melihat Izu berdiri di koridor umpama menunggu buah durian yang gugur. Sedapnya durian. “Ehe”. “Wei Izu, ko buat Lab ker?”. Sergah aku. Muka Izu terperanjat beruk. Tidak patut aku menyergah umpama itu. “tak la. Aku tunggu Kak ITi”. Jawab Izu. Izu menanyakan aku tentang FYp yang telah aku buat. Dia memuji aku rajin membuat FYP. Dalam hati aku menjawab ..”Terpaksa”.

Aku mula membuka locker aku dan menyarungkan jubah putih dan kasut. Aku memasuki makmal 203. Wana, Zaidah, HAbsah dan kakak-kakak lain sedang tekun membuat analysis. Aku mula mengacau dan mengenakan mereka.

“Wana, aku nak order teh campur gula satu tau”. Aku mula mengarah Wana umpama aku bos dan Wana secretary. “Haa.. kejap-kejap.” Gelakan suara mula terdengar. Wana sedang membancuh the di dalam boil water di dalam bikar.

Saturday, July 26, 2008

Bergembira dalam kepenatan

Sungguh riuh suasana DATARAN MENARA SAAS. Aku bersama rakan-rakan sudah tiba di ruang legar bawah menara.

Kot hitam terpaksa di pilih dan di sarungkan di badan ini.
Semua nam pak segak.

Nasib menyebelahi diri ku.
Aku ditakdirkan berjodoh dengan kot yang paling kecil saiznya.

Mengumpul 61 orang pelajar amat leceh dan rumit.
Aku sudah agak gelap mata. Terlalu lama untuk menunggu.
Aku sering sahaja sesak nafas dan hampir pitam akhir-akhir ini.
Siapa tahu akan sebabnya akan ku hadiahi intan permata.

Sah, Kak Wawa sempat dulu pitam. Kesian hanya ku hadiah untuknya.

Agak banyak shot yang di ambil. Formal dan bebas.
Agak memenatkan untuk bergambar.

Aku lirih sempati akan diri ini.

Bergembira dalam kepenatan.

Aku mula membayangkan diri tika di satukan nanti.
Mesti berlipat kali ganda akan beban yang di tanggung.
Tapi mesti agak puas bila di hias umpama Puteri Gunung Ledang.

Ya.. aku mesti ketemu akan dia di persandingan nanti. Insyaallah...

Tuesday, July 22, 2008

Sedikit RIsau

Bangkit pagi agak awal. Segera aku menghantar pesanan ringkas kepadanya.
“Abang.. bangun subuh”. Aku membetulkan posisi badan, lantas bangun menunaikan solat subuh.
Hari masih lagi gelap. Aku membaringkan diri di perbaringan.
Kesemua roommate aku sudah subuh. Ada yang awal. Ada yang lambat. Masing-masing umpama berat benar untuk bangun.

Kupeluk teddy bear, lantas mata ini mencorot ke arah skrin telefon. Dia membalas pesanan ku tadi. “Bagusnya, awal-awal pagi sudah mandi. Jarang ada lelaki seperti ini”. Pujiku dalam diam.

Aku teringat akan cerita mengenai dia. Aku tidak tahu apa yang aku perlu tolong untuk nya sekarang. Yang aku tahu, lelaki perlu galakan dari perempuan.

Ku berbalas pesanan ringakas dengannya buat seketika. Rupanya dia masih banyak benda yang perlu dilakukan. Tentang report projek, tajuk FYP, dan keadaan dia yang tidak berapa ok. “SAbar sayang”. HAti ku merintih. Aku pun punya masalah banyak. Tapi, aku semakin ingin kawal kesabaranku untuk tidak terlalu manja dan menebalkan lagi diameter kesabaran. Aku pernah ditegur. “Manja sangat lar kamu ni sayang”. Jadi, aku semakin ingin cuba untuk menjadi matang.

Aku menjalankan tugas seperti pembantu rumah dari seberang. Umpama ‘maid’ katanya.

Aku membersihkan diri di awal pagi. Menyental pakaian yang belum di cuci. Ku mendandan diri sewangi mungkin bedak Johnson baby, dengan berkain batik dan berbaju T merah. Aku terlupa buat seketika. Baju yang kubasuh perlu di jemur.

Ku berlari anak ke bilk air sebelah bilikku, Aku mencapai bebanan yang berat dan satu persatu ku ampai. Ku dongak ke kaki langit. Mendung rupanya langit. Ku susun juga baju di ampaian.

“Ida, baju aku kau tak basuh pun”. Lantas aku tertoleh. Wana sudah beraksi manja dan tersengih umpama kerang busuk. “ Apa dia wana?”. Aku menyuarakan malas. Mungkin agak penat untuk aku bersuara. Wana menyuarakan lagi apa yang dikata pertama kali. Mendengar saja ayat itu, berdesing telinga aku dengar. Automatik aku mulut ku bersuara, “Aku sepak kan!”. Wana dan aku gelak besar. Buruk benar kalau lelaki dengar.

Di bilk, telah berkemundang celoteh FBI dan Faufau di radio HOT FM. Farah sudah memaksa radionya bertugas di awal pagi. Wana,Daya Sha masing-masing bersarapan, mengemas bilik dan masih di perbaringan, menyeritika pakaian. Lupa sejenak hari ini sesi fotografi pelajar Degree part 7.

Ku tatap skrin telefon. Mesej dari dia yang mengatakan sudah berada di blok pensyarah. Aku menawarkan diri untuk membeli ubat kepadanya. Tapi, sudah ke klinik katanya. Sabar sayang.

TIdak lepas aku bergurau senda dengan Wana, Daya, Farah. Sha agak pendiam di dalam bilik. Tapi aku acap kali mengenakan dia.

Selepas meluruskan baju kurung hijau pucuk pisang berbunga coklat dan tudung bercorak coklat,
aku bersarapan dengan segelas susu Nespray dan beberapa keeping Cream Creaker serta Tomato Cherry. Sudah cukup kenyang bagiku. Lidahku gatal ingin merasa Lolipop yang aku culik berbyar di pasaraya semalam. Tapi aku tahan. Umpama tidak sesuai Lolipop di pagi hari.

Masing-masing sudah membuka computer riba. Sha melihat-lihat topic untk seminar, Daya melihat gambar-gambar koleksi kereta. Dia memang hantu kereta dari luar Negara. Bila sahaja Farah membuka cerita Hindustan, mata-mata mereka tertumpu di computer riba Farah. Shah Rukh Khan rupanya. Tapi aku tidak berapa meminati.

Aku menjalankan misi. Ku On kan computer riba ku dan membuka Resume Afif yang aku minta. Aku perlu menyiapkan Resume untuk Latihan Industri nanti. Wana menghampiriku lantas aku dan dia berdiskusi dengannya tentang tempat praktikal dan latihan industry.

Mata nakal wana mula mencorot kea rah aku. “Cantik lar ida ko pakai kain batik”. Aku pura-pura tidak dengar. “Ehe”. Semua perempuan pun akan Nampak cantik kalau pakai sopan.

Aku selalu mengenakan Afif dan Wana. Afif agak meminati Wana. Semester lepas,aku cuba menyatukan mereka. Tapi tidak berjaya kerana Wana sudah berpunya. Tapi sekarang, Wana sudah tidak terikat dengan mana-mana lelaki. Hati nakalku mula ketawa dengan rancangan jahatku nanti. Tidak lama lagi Afif akan terbang meninggalkan bumi Malaysia. Aku agak sedih kerana Afif kawan baik aku di sini.

Hujan mulai turun menyimbah bumi, aku melihat tingkap. Agak lebat. Tingkap bilik ini selalu di sembunyi di sebalik langsir. Agak bahay jika dibuka kerana terlalu dekat mengadap padang.
Petang-petang, padang Seroja ini akan dipenuhi anak-anak muda yang bermain Futsal dan bola sepak.
Agak meriah dipadang ini di kala petang.

Aku teringat sejenak, Egoku sudah tentu di basahi hujan. Helmet sudah tentu di takung air nan jernih. Sudah segelas agaknya hasil dapat nanti. Hatiku tersenyum.

Teringat akan malam tadi yang aju teerpaksa berjalan kaki dengan Wana dari PITTAR ke Seroja menyusuri PiTTAR,AD,BIGPARK, amat meletihkan. Kami mengomel marah akan ‘Pak Guard’ Yang terlalu awal menutup dan mengunci pintu. Seawal jam 9 malam. Jika tidak keluar, kebulur la aku semalam.

Kegeraman kami di kaunselingkan dengan gurauan sepanjang kaki kami melangkah menuju ke kolej.
Amat meletihkan malam tadi.

Mata ku melirik ke arah mereka. Sungguh asik mereka melayan Cerita Hindustan. Aku terseyum seorangan bila masing-masing memuji kemanisan dan ketampanan Shah Rukh Khan. “Manis dan tampan lagi Safuan aku“. Hatiku menakal. Bibir ku menguntum senyum.

Dewan Beta

Aku melangkah masuk di dalam Dewan Kuliah. Agak awal aku gah berdiri di dalam dewan yang besar dan menyejukkan itu. Sampai ke tulang rusuk kurasa kesejukan itu.

Dewan mula di banjiri pelajar-pelajar. Macam-macam kerenah dan lagak.
Tidak lupa aku. Aku acap kali menujukkan kenakalan di dalm dewan kuliah. Aku mengusik Norju dan Sha yang sedang berdingin.
"Norju,sha kirim salam". Dushhhhh.. sebijik sekehan percuma aku terima. Wana dan Kak Didi hanya gelak besar. "Sha, Norju kirim salam". Sha menunjukkan muka yang tidak puas hati. Ternyata benci amat Sha pada Norju. Aku mengeluh sendirian. Sampai bila hendak bergaduh dan bermasam muka.

Lecturer di depan membebel pantas. Tidak faham akan aku dan kawan-kawan. Tapi, aku suka perhati gaya tudung dan baju berfesyen yang dipakai puan."ehe". Muda lagi dan potongan badan yang cantik.

Aku mengambil resit bank in duet dan menulis sepucuk surat kepada Wana. Sedikit bergosip.Amat tidak faham jika menumpukan perhatian pun. Akhir juga, sendirian berhad yang terpaksa di fahami bersama kawan.

Amat mentensikan.

Tapi, kuliah Food Law DR. Norham amat aku suka dan faham. Teras sekejap belajar bila pelajaran dan kuliah yang tidak membosankan. Aku agak suka dengan cara ajaran DR.Noriham. Memang tepat gosipan orang. Lecturer berusia lebih pandai mengajar. Aku sedikit bersetuju dengan itu.Mungkin telah banyak pengalaman yang di timbun.

Di akhir kuliah, dekat jam 7, masing-masing berebut akan past year quaestion semua subjek yang di ambil sepanjang semester ini. Aku agak malas untuk berebut. Wana menawarkan diri mengambil untuk aku dengan syarat memegang begnya. Aku mengiakan saja.

Wallet terpaksa aku buka. Ku intai beberapa keping duet biru yang kecik dan beberapa keping duet merah. Aku mengeluarkan sekeping RM50 lalu membayar kepada Mant duet fotostat,duet PERTEMA, dan duet fotostat buku FOOD Packaging.

Aku mengeluh. Duet Dinner semester ini sejumlah RM45 masih belum dilangsaikan.

Aku berlalu pergi meninggalkan fakulti dengan ego.

Sunday, July 20, 2008

Tersenyum Sendirian

Iris hitam pekat mataku sudah agak pedih. Mungkin terlalu lama mengadap komputer. Baru sebentar tadi aku mendapat mesej dari Kak Nana. Number akaun Maybank nya di taip teratur. Tapi mata ini agak pening melihat angka-angka yang banyak. Aku perlu "bank in" duit untuk keluarga. Semester ini aku berazam tidak akan menggunakan duit pakcik walau tidak poket aku kering sekali pun. Aku sudah besar. sudah tidak patut menggunakan duit pakcik. Walau tidak cukup, aku akan 'partime Hotel' Rm 50 sehari bekerja sudah agak cvukup untuk makan selama seminggu. Teringat pula rakan-rakan sekerja yang membuat 'partime" hanya untuk ke salon rambut, shopping dan ada pula yang simpan untuk masa hadapan. Apa pun terpulang pada individu. Hak masing-masing.

Tangan aku sudah penat menggunakan tetikus hitam ini. Kepalaku asik beraksi dari atas ke bawah dan naik ke atas semula untuk mencari topik-topik didalam jurnal.

Banyak yang aku temui. Namun aku lebih berminat akan topik inhibit of microb fruit juice using UV radiation. Dahi ku berkerut. Tidak di sangkal dek akal pendekku akan kecanggihan alat itu untuk memanjangkan jangkan hayat fruit juice.

Aku terkedu sebentar.
Pesanan ringkas darinya yang menyatakan terharu dan ber thank aku terima. Memang wajar aku sebagai teman wanita nya untuk melakukan seumpama itu. Aku tersenyum merah bila mendapat ucapan love dari dia.

Perot ku berdendang. Aku lupa untuk menyentuh makanan. Tapi, di sebabkan ketiadaan kawan-kawan di waktu ini aku agak kurang enak makan seorang diri. Kata oramg, makan ramai-ramai lagi enak biarpun nasi macam batu, Sayur kecut lembik. ayam keras kejung, daging liat sakan dan harga lumayan. Begitu lah keadaan makanan di kafeteria Fakulti Sains Gunaan.

Tapi... bila aku dan kawan-kawan berkumpul makan di kiosk air,burger,buah,kebab,jagung manis,roti canai di luar kaeteria, bertemakan bangku, kerusi di taman, kami lebih berfokus kongsi makan rojak buah, air cendol sambil bergosip. Sambil mata melilau mencari pelajar-pelajar lelaki yang hemsem. "ehe". Bukan ayat aku. Tapi ayat dan niat itu di sumbangkan oleh Nurul dan Kay.

Rindu pula akan Kay yang baru sahaja menamatkan Degree..

Aku harus beredar. Jam usai lewat untuk melawat ke Dewan Kuliah..