Saturday, July 19, 2008

Di simbahi kepenatan

Wana, Daya, Sha sudah lena di buai mimpi. Ain sedang mengadap yang MAHA ESA. Rumet2 aku beria memujuk diriku aerobic di Dataran Shah Alam esok pagi. Tapi… aku perlu menjalankan tugas yang di amanatkan DR.Zainal. Mana bisa aku menangguhkan semua itu. Tapi, hatiku mudah cair umpama ais yang diterjahi terik mentari.

Aku tewas dalam pujukan semua itu. Jawapan ‘ok” membuatkan mereka bersorak ceria. Lebih-lebih lagi Ain yang manis tersenyum puas. Dalam hati, aku berbunga. Penting rupanya aku pada mereka.

Aku teringat sepotong ayat Mazwin.. “Tak bez lar tak der ida”.. Aku lirik tersenyum.
Malam kian larut. Tapi.. aku gagal memenuhi tuntutan diri untuk melayari mimipi seperti mereka semua. Hatiku berhipotesis. Mungkin diriku penat dek FYP yang membebankan diriku. Aku meniupkan semangat diri. Alhamdulillah.. aku tidak mudah menyerah. Dari pagi sampai maghrib aku di makmal Food. Aku bagai pelari pecut 100 meter. Berkejar ke sana ke mari. Lab 201,204,203 mungkin pening melihat telatah akan diriku terkejar-kejar memakai lab coat, memegang pen,proposal dan sample-sample untuk di analisis. Sudah tiga hari berturut-turut muka ini aja yang “Lab Assistant ( Kak SIti, Kak Nora, En Man, Fazley) dan pelajar Master ( Abg Izrin, Abg Amin, Kak Shu ) terpaksa mengadap muka aku.

Maaf Kak Siti, disebabkan saya, Kak siti terpaksa pulang lewat. Tapi tak mengapa kan? Akak punya OT. Gaji berjalan. Teringat aku mengusik Kak Siti di makmal 201. Untuk menghilangkan tekanan.

Semalam aku menjalankan misi dengan Dib. Kami membuat cordial Dragon Fruit. Di saat di soal Abg Amin tentang cordial, perut ku mulai kecut. Sebab? Takot bisa memalukan Degree Student From Matrix. Food Tech Degree Uitm umpama bersaing antara Matrix, EX Diploma Food, Ex Diploma Sains, Ex Diploma Microb and others.
Alhamdulillah.. soalan itu bisa aku jawab.
Antara soalan nya?
1) Brix brapa inhibit growth of bacteria.. – mestilah pada 65 brix. Brix Jam.
2) PH brapa bg cordial – Mestilah under PH 3.5 and below.. lagi lar susah bacteria nak idup kat acidic condition.
3) Jus Brix brape. – Aha.. senang jer… Brix 11-12 lar.. Ahax…
Sebiji nasi pun gagal aku jumpai sepanjang menjalankan duti. “Kamu dah besar kan. Pandai-pandaila jaga diri. =p”. Dia memerli diriku. Teringat akan pesanan ringkas yang diterima. Aku senyum. Senyum malu.
Ita, ayu, Mira,…
Sori buat kalian,, aku tak bisa meluangkan masa untuk sama-sama skate ice esok hari. Aku perlu menyiapkan tugasan secepat mungkin. Aku puas dengan jawapan mereka. “ Tak per.len kali kite pg. Kan Da tak pegi”. Aku lupa sekejap, kawan-kawan sekolah aku memanggil diriku “Da”. Dia pun pernah memanggil diriku Da bila terdengar ayah memanggil diriku akan nama itu.

Teringat sejenak akan ayah. Aku mulai membuat perjanjian dengan ayah akan belajar bisnes dan mengambil alih syarikat dia. Aku ingin menjadi kaya macam ayah. Aku sedar, makan gaji tidak mampu untuk menyara diri dan keluarga kelak. Umpam kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang. Dengan kos hidup yang lumayan bisa menyeksakan famili kelak. Suami dan Isteri harus 50-50. Tidak berat sebelah dan tidak berkira.

Aku terfikir akan semalam. Aku menelefon ayah dan merajuk akan ayah hanya di sebabkan ayah tidak memberitahu aku akan kepulangannya dari Jakarta. Ahhh.. sungguh kebudak-budakan diriku.

Maaf ayah.. anakmu hanya inginkan kasih sayang dari kamu. Kasih sayang yang telah lama hilang. Kelopak mataku bergenang air mata. Segera aku beristiqfar.

Mataku mula meleret pada jam di skrin laptop. Udah jam 12.44. Udah masuk tarih baru. 20hb. Julai.

Bebola mataku mulai pedih. Aku harus melarut. Ku lihat telefon bimbit di sebelah. Sudah menemui mimpi agaknya dia. Aku mulai rindu akan dia. Semalam dia ke Jb. Mesti penat tidak lari lagi dari jasad dia. Teringat akan kata-kata dan kekhuatiran nya akan ku tentang aku seorang diri ke Kedah.

Tidak mengapa. Aku pandai men ‘travel’kan diri seorang tanpa ada teman. Aku bisa. Walau risiko tinggi, aku boleh. Sampai bila hendak takot. Sampai bila untuk mengharapkan orang. Yang penting, aku selamat. Andai kata apa-apa jadi padaku, aku pasrah dan tentu ALLAH akan menolong hambanya. Sejenak aku teringat akan kakak angkat aku Kak Zura. “Maaf kak.. adik boleh di tempat orang.”. Hu… jenuh cuping telinga aku mendengar lenteran Kak Zura. Risau amat bunyi nya.

Sampai bila aku harus bersembunyi dari mak tentang ayah. Aku sayang mak, ayah, pakcik, ma ina. Semuanya aku sayang.. termasuk mama. Apa khabar mama sekarang? ……………….\
Aku rindu mama….
Aku rindu mama…
Manik jernih mula menitik ……….

Mira punyai rancangan dengan Shukri. Ke Pangkor. Enak bunyi nya. Mira mempelawa diriku.Aku teringin ketemu Mira lagi…

Ya… aku harus segera melelapkan mata. Bunyi kereta lumba di sekitar luar pintu pagar uitm membingitkan telingaku dan membuat aku ketakutan.

Kejadian itu…..
Tentang kamu….
“Kamu tahu, kawan baik kita, afif akan ke oversea tidak lama lagi.. Semoga dia tidak sedih-sedih tentang Irni”. HAtiku bersuara.
“Insyaallah… kita bawa safuan ketemu kamu”. Semoga Roh mu di cucuru Rahmat Siti NUr Syamilah.
Al-Fatihah….

No comments: