Friday, July 11, 2008

Kejap Lagi Aku Tiba

Seperti biasa, sama dengan lain2 hari, aku malas-malas membuka mata, seakan ada besi yang amat berat di kelopak mataku ini, " Ahhh..pergi kau Setan, jangan ko cuba dekati cucu-cicit hawa ini" hati ku menjerit rakus. Segera ku mencapai 'hp'.. ada pesanan ringkas dari inbox ku. "Skt pale lg ker syg?Abg ttdo sori".

uhhh... hati ku mengeluh seakan melepaskan beban yang amat besar. Kukecewa. Malam tadi.. aku sakit,lemah yang amat.. "I need someone to comfort me even not a doctor". Tapi kekecewaan yang dikurniakan. Aku keseorangan memujuk hati kecil degil.

Aku bingkas membalas pesanan itu, "Abg, bangun...subuh. Ummmuaahhh". Namun tiada balasan. Dikit persis nan hampa.

Usai solat subuh, aku memanjatkan doa kepada-NYA. "Alhamdullilaallah hi rabbil alami..... Dengan penuh tertib, aku memulakan bacaan doa. Hatiku tenang... "Alhamdulliallah".. Ku himpunkan pahala dengan berzikir dan bacaan Al-Fatihah dan tiga Qul. Alhamdulillah... hatiku tenang.

Hati kecil ini melonjak membersihkan diri.

Enjin Skuter Ego segera ku panaskan. Hati berbukit ceria melimat skuter yang bersih dan berkilau di simbahi terik mentari. Dua hari lepas aku berpeluh anggota membersih dan polish skuter.Bangga mula terasa.

"Kenderaan mencerminkan individu itu sendiri". Rafizah pernah membisikkan ayat itu di cuping gegendang telingaku. Aku senyum sendirian..... Rindu akan dirinya. "Bila nak jumpa?". Aku hanya mampu terseyum.

Tiada apa yang mampu kulaksanakan untuk menghiburkan diriku. Gusar tentang masalah projek akhir tahun, tentang kewangan dan tentang masalah kesihatan diri sendiri serta keluarga. Yang aku mampu, hanya tersenyum selepas usaha di canaikan. "Masalah akan senang diatasi jika kita slalu senyum". Aku slalu mengikat kuat kata-kata itu di medan akal fikiranku.

Seperti kebiasaan diri ida, aktiviti merayau dengan skuter sekitar shah alam dan membazirkan minyak motor segera dijalankan bila terdetik apa jua masalah.

Lebih senang berkongsi sendirian.

Skuter di park di parking PITTAR. Bunyi Sepatu bertempur dengan jubin lantai memeriahkan bunyi kesibukan pelajar yang mundar mandir di fakulti. Aku berjeans biru, Bertshirt pink, bertudung krim menyandang beg galas laptop.

Aku melihat "hp". Tiada balasan mesej. Sibuk agak nya kamu. Tak mengapa. Semoga kamu berjaya nanti. Aku selalu doa kan kejayaan kita. Aku ingin melepaskan rindu bersama Nadya. "Jom g Fun2 kat genting?". Sepantas kilat Nadya membalas. " Aku ade BTN lar.Sori..". Hampa aku dikit. Ku mencari number Mira. Aku berbalas mesej dengan nya. Dia menanyakan aku saamada jadi ke UTP atau tidak. Insyaallah. Aku ingin pergi nanti.

Hilang segala resah ber "chat" dengan kawan-kawan. Segera ku setuju dengan pelawaan Mira untuk keluar "beronggeng" di sekitar MIDVALLEY MEGA MALL dan menginap percuma di UM untuk semalam.

Alhamdulliallah..
Aku segera panjatkan syukur. Ada cahaya kegembiraan bakal menemani aku....

"Mira, kejap lagi aku tiba" hatiku bermonolog sendirian.

Usai semua, aku bagaikan terkena renjatan elektrik bila terdengar suara asing di cuping telingaku. Amat kuat bunyinya.

Sayang sama sekali. Kamu "good looking". Tapi.. kenapa kamu selembut macam itu duhai kaum Adam. Hatiku merintih kecewa kerana bisa ada kaum adam yang ingin menjadi kaum Hawa. Kejamnya kehidupan..

No comments: