Saturday, July 12, 2008

Terapi Hidupku-Ketawa

Umpama belati tajam mencucuk-cucuk dinding stomach ku. "Aduhh..." aku cuma mampu menahan sendirian sakit itu. Perit dan pedih ternyata. Sukar untuk di ngomong. Minyak angin sudah disimbahi di epidermisku. Dusta semua kemujaraban minyak itu.

Medula oblanggata ku cuba mengimbas kembali apa yang telah aku rakuskan. Ya.. aku lupa. Titik cahaya bebola mataku langsung tidak menjadi saksi pertemuan antara mata dan makanan ruji Asia itu.Sesal tidak sudah. Aku gastrik lagi...


Kali ini, aku di Universiti Malaya. Udah dua semester pengajian aku tidak berepijak di kampus ini. Kebiasaan dari 'Part 1 uitm', aku biasa aja kemari. Kesibukan buat aku alpa akan teman-teman aku disini. Keindahan tasik UM ku memuji dalam diam. Tasik di waktu malam dengan keindahan pancaran lampu yang berwarna-warni mampu membuat terapi hidupku. Suara anak-anak muda bergelak ketawa bersama sambil bersiar di tasik, aku perhati. Tidak lupa juga ada merpati dua sejoli tengah memadu asmara. Aku dan Mira bersiar dan berkongsi cerita. Rindu semuanya.

Bersembang dengan Nazirah Abd.Rahman di ruang siber memuaskan diriku. "Kak Ida nak ada adik macam awak". Aku tersenyum.

Udah lama aku tidak ketawa riang seperti hari ini. Aku bersama Mira mendajalkan diri menyakat teman-teman sekolah kami di 'ym'. Kami rancang perkhemahan nanti. Insyaallah di BUKIT HIJAU, KEDAH. Aku yang mencetuskan idea. Sudah lama tidak beraktiviti seperti itu bersama teman sekolah. "AHHhhhh.. Aku amat rindukan kalian". Rindukan zaman kanak-kanak ribena kita.

Rindu kalian semua, Rindu kenakalan kita. Live kita di hostel. Tidak serik-serik mengacau singa yang mengaum. "he.he.he.". Namun, siapa sangka, di sebalik kenakalan kita semua, satu emas yang kita cipta. Persahabatan dan kenangan terindah. Penuh gelak ketawa. Kejujuran dan kesetiaan.

"Ahh.. Aku melalut panjang". Waktu jauh larut malam. Tapi mana bunyi ayam berkokok seperti di kampung?. Lupa.. aku kini di ibu kota. Amat indah suasana malam di sini. Bangunan pencakar langit aku lihat seolah ada keramaian di sini. Sungguh terang dengan lampu neon. Bangunan Telekom gah berdiri. Ah.. indahnya waktu malam.

Apa khabar mu sayang?. Sudah awal dirimu melarut. Penat seakan bertaut pada dirimu. Dalam diam aku mengagumi kesungguhan dirimu ber'bisnes'. Kata nazirah.. seakan angahnya 10 orang anak perlu tanggung. Aku tersimpul malu.

Tapi, aku juga seorang wanita. Perlu diberi perhatian walau sedikit pun.

Jam sudah lewat, aku agak kepenatan berwindow shopping di MID VALLEY petang tadi. Aku rindukan Baskin Robbin bersamanya. Tapi.. kewangan membuntu niatku menunaikan hajat 'taste buds di epitellium lidahku untuk merasa keenakan dan kemewahan ais krim itu. Aku mencapai wallet, mengeluarkan sekeping wang merah lalu membayar dua Sundae Con. Puas terasa tatkala trakea mula merasa kesejukan sundae con McD.

"Ahh..mengidam chocolate". Aku mengeluh akan sikap mengada-ngada Haslinda...

No comments: