Sunday, July 20, 2008

Sudah Agak 'Capet'

Peluh sudah memenuhi dahiku.
Baru sahaja aku menjalankan misi meneroka alat centrifuge untuk sample seterusnya. 50 minit terpaksa di tunggu. Seteusnya 3 sample akan di analisis tahap keserapan cahaya. Menggunakan UV-Vis Amat melecehkan.
Agak penat. Cuma kesabaran bermukim di hati.

Aku di makmal 202. Lab Sensory. Sebelum makanan di launching, sensory testing akan di jalankan. Untuk menguji tahap kesukaan panalis terhadap makanan. Aku bersama Dib, bermaustautin di sini. Aku meneman dan menolong dia menyiapkan FYP dia. Kecian dia aku tengok. Banyak lagi yang perlu dibuat.

Dia membuat candy fruit. Dari kulit buah naga dan limau madu. Agak leceh. Perlu menyipakan semua itu dan terpaksa membuat sensory dan menganalisis protein, fat,mineral, carbohidrat, vitamin. 'Sabar Dib... Aku pun banyak lagi perlu dibuat". Hatiku bersayup.

Telefon senyap. Sedikit pelik.. :(

Aku rindukan dia. Tak mengapa. Penat agaknya. Jauh dari Gemas ke Tronoh.

Perut au berisi nasi lauk kari ayam yang percuma. Memang sedap makanan yang percuma. Tidak perlu mengeluarkan wang. Percuma nasi dari Azni. Makan ramai-ramai di Lab Processing. Memang seronok waktu umpama ini. Waktu belajar.

Seolah sayang meninggalkan waktu berlian ini.

Aku hitung, ramai akak-akak sekelas yang memanggil-manggil nama aku.
Situ sini... "Ida. Ida.Ida". Kesannya, aku yang penat.
Tapi tak mengapa...

Aku tersengih sendirian bila melohat telatah junior-junior yang di orentasi. Sekumpulan adik-adik lelaki hampir tersadung tangga di fakulti Sains Gunaan. Memang agak 'bez' aktiviti umpama itu. Puji ku dalam diam.

Perot sudah keroncong. Lupa sejenak. Ego aku dipinjam Jeri dari pagi tadi. Ke Cheras katanya.

No comments: