Sunday, July 20, 2008

Umpama 'Blur' Di Saat Ini

Ego ku menjalankan tugas seperti sedia kala.
'Kecian kamu ego'. Hatiku merintih.

aku berbaju kurung hijau plaint. Bertudung putih susu. Memang aku agak tidak pandai bergaya berbanding pelajar-pelajar lain. Namun, cukup untuk berpakaian sopan. Hari isnin di wajibkan memakai formal. Tapi mata ku melihat agak ramai yang tidak mengikut peraturan seperti ini. Lebih-lebih pelajar baru yang mula menunjukkan belang dan taring. Tapi tersedia tergantung kad matrik. Agak kelakar bagiku.

Sebaik sahaja sepatuku melangkah ke tangga aku tertoleh. Ada seseorang memanggil namaku." Ida"!!. Terkejut aku. Agak lantang walau ramai pelajar bermaharaja di jejantas PiTTAR ke HEP. Mawin dan NuRul menyapaku ke mana arah tuju ku. Aku hanya tersenyum. Ku alihkan topik bola jaring. Malam ini ada latihan bola jaring. Mereka mempelawa aku sekali. "Ahhh..rindunya bersuakn bola jaring dan beraksi di gelanggang pertandingan seperti dulu". Bisik hatiku. Namun, aku tidak punya cukup waktu untuk itu semua. Teringat akan aku ditolak jahat oleh pasukan lawan yang tidak tahu 'rule'permainan itu. Tapi.. aku lebih hebat beraksi untuk menjaringkan gol . Memakai net GA. Aku berangan seketika. Namun cepat-cepat aku sedar.

Aku menyusur langkah ke parking motor PITTAR. "Ahhhh..". hatiku mengomel keseorangan. Egoku terperangkap dek LC dan EX5. Aku menguatkan tenaga mengalihkan motor semua itu. Agak berat. Namun ku gagahi. Di akhir kejayaan aku mengeluarkan ego, kaki ku sakit ekoran kenakalan ku mula menyinga. Percuma ku bagi sepakan kepada LC. "Maaf... kirim salam kepada tuanmu. Tertib sikit parking motor".

Aku menyambung perjalananku ke Plaza Shah Alam. Kepalaku perit menahan sakit. Namun ku abaikan.Sesudah memilih tuala, aku membalut rakus dan ke kaunter pejabat pos untuk di pos ke UTP.

Usai semua itu, aku segera ke makmal. Aku ingin mengejar DR. Zainal. Tapi langkahnya agak cepat. Tidak tersampai aku mengejarnya. Langkahku terhenti di makmal proses makanan. Lagak seperti pencuri aku menyelinap masuk. Kerana tidak memakai jubah putih itu. Seorang pelajar perempuan sedang menyusun sample di dalam tray untuk di kering di dalam kabinet dryer. Rupanya Dib. Agak gembira muka Dib bila aku menyergah ke arahnya.

Aku mengeluarkan wang untuk membayar hutang Jeri. RM50. Tapi, sibuk dia di kala ini. Dia dan teman wanitanya amat baik padaku. Kadang-kadang tersa segan. Tapi, alasan nya. "KO kan adik kitorang". Unik tapi benar.

Aku ke PiTTAR untuk mencari tempat interen. Aku sasarkan di Sekitar Selangor dan Perak. Aku lebih berminat bekerja di kilang JUice and Beverage. Aku meneroka sciencedirect.com. Aku perlu mencari seberapa banyak jurnal untuk dibentangkan nanti. Untuk subjek Seminar.

Aku melirik ke arah telefon. Umpama koma seketika. Tiada pesanan ringkas masuk.

Umpama tiada kawan di hari ini. Semua kawan sibuk di rumah sewa dan di kolej. Malas untuk awal ke fakulti alasannya. Jam 4 baru Dewan Kuliah Beta akan di banjiri Pelajar Degree Food Tech Part 7. Tapi aku tidak betah hanya di bilik. Aku reti bergurau. Tapi, Untuk berkurung di bilik aku amat sukar. Jemu kata hatiku..

No comments: