Sunday, July 20, 2008

Umpama 'Blur' Di Saat Ini

Ego ku menjalankan tugas seperti sedia kala.
'Kecian kamu ego'. Hatiku merintih.

aku berbaju kurung hijau plaint. Bertudung putih susu. Memang aku agak tidak pandai bergaya berbanding pelajar-pelajar lain. Namun, cukup untuk berpakaian sopan. Hari isnin di wajibkan memakai formal. Tapi mata ku melihat agak ramai yang tidak mengikut peraturan seperti ini. Lebih-lebih pelajar baru yang mula menunjukkan belang dan taring. Tapi tersedia tergantung kad matrik. Agak kelakar bagiku.

Sebaik sahaja sepatuku melangkah ke tangga aku tertoleh. Ada seseorang memanggil namaku." Ida"!!. Terkejut aku. Agak lantang walau ramai pelajar bermaharaja di jejantas PiTTAR ke HEP. Mawin dan NuRul menyapaku ke mana arah tuju ku. Aku hanya tersenyum. Ku alihkan topik bola jaring. Malam ini ada latihan bola jaring. Mereka mempelawa aku sekali. "Ahhh..rindunya bersuakn bola jaring dan beraksi di gelanggang pertandingan seperti dulu". Bisik hatiku. Namun, aku tidak punya cukup waktu untuk itu semua. Teringat akan aku ditolak jahat oleh pasukan lawan yang tidak tahu 'rule'permainan itu. Tapi.. aku lebih hebat beraksi untuk menjaringkan gol . Memakai net GA. Aku berangan seketika. Namun cepat-cepat aku sedar.

Aku menyusur langkah ke parking motor PITTAR. "Ahhhh..". hatiku mengomel keseorangan. Egoku terperangkap dek LC dan EX5. Aku menguatkan tenaga mengalihkan motor semua itu. Agak berat. Namun ku gagahi. Di akhir kejayaan aku mengeluarkan ego, kaki ku sakit ekoran kenakalan ku mula menyinga. Percuma ku bagi sepakan kepada LC. "Maaf... kirim salam kepada tuanmu. Tertib sikit parking motor".

Aku menyambung perjalananku ke Plaza Shah Alam. Kepalaku perit menahan sakit. Namun ku abaikan.Sesudah memilih tuala, aku membalut rakus dan ke kaunter pejabat pos untuk di pos ke UTP.

Usai semua itu, aku segera ke makmal. Aku ingin mengejar DR. Zainal. Tapi langkahnya agak cepat. Tidak tersampai aku mengejarnya. Langkahku terhenti di makmal proses makanan. Lagak seperti pencuri aku menyelinap masuk. Kerana tidak memakai jubah putih itu. Seorang pelajar perempuan sedang menyusun sample di dalam tray untuk di kering di dalam kabinet dryer. Rupanya Dib. Agak gembira muka Dib bila aku menyergah ke arahnya.

Aku mengeluarkan wang untuk membayar hutang Jeri. RM50. Tapi, sibuk dia di kala ini. Dia dan teman wanitanya amat baik padaku. Kadang-kadang tersa segan. Tapi, alasan nya. "KO kan adik kitorang". Unik tapi benar.

Aku ke PiTTAR untuk mencari tempat interen. Aku sasarkan di Sekitar Selangor dan Perak. Aku lebih berminat bekerja di kilang JUice and Beverage. Aku meneroka sciencedirect.com. Aku perlu mencari seberapa banyak jurnal untuk dibentangkan nanti. Untuk subjek Seminar.

Aku melirik ke arah telefon. Umpama koma seketika. Tiada pesanan ringkas masuk.

Umpama tiada kawan di hari ini. Semua kawan sibuk di rumah sewa dan di kolej. Malas untuk awal ke fakulti alasannya. Jam 4 baru Dewan Kuliah Beta akan di banjiri Pelajar Degree Food Tech Part 7. Tapi aku tidak betah hanya di bilik. Aku reti bergurau. Tapi, Untuk berkurung di bilik aku amat sukar. Jemu kata hatiku..

Sudah Agak 'Capet'

Peluh sudah memenuhi dahiku.
Baru sahaja aku menjalankan misi meneroka alat centrifuge untuk sample seterusnya. 50 minit terpaksa di tunggu. Seteusnya 3 sample akan di analisis tahap keserapan cahaya. Menggunakan UV-Vis Amat melecehkan.
Agak penat. Cuma kesabaran bermukim di hati.

Aku di makmal 202. Lab Sensory. Sebelum makanan di launching, sensory testing akan di jalankan. Untuk menguji tahap kesukaan panalis terhadap makanan. Aku bersama Dib, bermaustautin di sini. Aku meneman dan menolong dia menyiapkan FYP dia. Kecian dia aku tengok. Banyak lagi yang perlu dibuat.

Dia membuat candy fruit. Dari kulit buah naga dan limau madu. Agak leceh. Perlu menyipakan semua itu dan terpaksa membuat sensory dan menganalisis protein, fat,mineral, carbohidrat, vitamin. 'Sabar Dib... Aku pun banyak lagi perlu dibuat". Hatiku bersayup.

Telefon senyap. Sedikit pelik.. :(

Aku rindukan dia. Tak mengapa. Penat agaknya. Jauh dari Gemas ke Tronoh.

Perut au berisi nasi lauk kari ayam yang percuma. Memang sedap makanan yang percuma. Tidak perlu mengeluarkan wang. Percuma nasi dari Azni. Makan ramai-ramai di Lab Processing. Memang seronok waktu umpama ini. Waktu belajar.

Seolah sayang meninggalkan waktu berlian ini.

Aku hitung, ramai akak-akak sekelas yang memanggil-manggil nama aku.
Situ sini... "Ida. Ida.Ida". Kesannya, aku yang penat.
Tapi tak mengapa...

Aku tersengih sendirian bila melohat telatah junior-junior yang di orentasi. Sekumpulan adik-adik lelaki hampir tersadung tangga di fakulti Sains Gunaan. Memang agak 'bez' aktiviti umpama itu. Puji ku dalam diam.

Perot sudah keroncong. Lupa sejenak. Ego aku dipinjam Jeri dari pagi tadi. Ke Cheras katanya.

Saturday, July 19, 2008

Merisik keadaan di lab food 201

Aku mengeluh kepenatan. 100%, 80%,and 60% pulp 3 replicate each one terpaksa malas aku wajib diulangi. Umpama paper Food Chem yang di ulang semester lepas. Amat perit.

Aku kelaparan. Hanya air kotak susu soya dan biskut product develop Kak Yani yang berjaya meneroka trakea lantas terjun ke esofagus dan perut untuk di cerna. Biar hanya untuk yang ku ratah, namun aku berpuas hati. Bila di bebani kerja aku automatik akan mengetepikan semua itu.

Selesai semua kerja baru aku akan meraikan perutku.

Tadi agak ramai pelajar yang menjalankan projek di makmal ini. Tapi... hanya aku, Azni, Kak Fatihah, dan Rozi yang memonopoli makamal ini.

Bau chemical reagent amat perit menusuk hidung aku.
Meja penuh bersepah dengan alat radas, chemical dan sample.

Sabar ye mata.....

Aku simpati akan mata ini. Mesti sakit melihat keadaan bersepah sebegini.
Aku hitung di otak ku. Ahh.. agak mentensikan bila bekerja di makmal kilang food.

Petang aku berjanji dengan Nurul. Keluar makan. Tapi... nampaknya, agak malam juga aku di sini.

Tiada balasan mesej dari dia. Sudah sampai agaknya.
Hanya tadi berbalas mesj. Ketiduran di dalam kereta agaknya.
Aku membayangkan adiknya Nazirah memandu. Kepenatan nanti dirinya.
Sedang asik mengadap skrin laptop,

"Ida, tenok jap centrifuge"

Aku bingkas bangun. Membantu rakan-rakan yang tidak berapa tahu akan alat itu.
Aku meluru ke arah mereka. "Hai yaaa... dak laki pun tak reti guna ke?" Mengeluh hatiku seorang diri.

Aku cuba membantu apa yang patut.
"Tak balance rupanya sample. Patotlah ter off"
Aku menerangkan kaedah dan cara.

Pahala dapat kusambut. Alhamdullillah..

Sekarang aku pula di jadikan lab assistant. Macam pro pula aku. "Ehee.." Hati nakal mengusik.

Aku perlu berlari-lari anak ke makmal 202 dan 204. Melihat Uv spectrometer yang bakal aku sentuh. Namun, terpaksa aku tunggu giliran menggunakan Centrifuge..

Aku mengeluh seorang diri.
Kepanasan memakai lab coat mula menghantui diri.
Kerimasan memakai glove umpama doktor pakar bedah telah aku ceraikan dari tangan.

Tidak perlu skima sangat. Yang penting keselesaan dan pandai protect diri...

Aku ingin menyambungkan tugas mengusik rakan-rakan yang di makmal 204. Makmal Processing makanan. Aku berbangku di makmal analisis makanan.

Di simbahi kepenatan

Wana, Daya, Sha sudah lena di buai mimpi. Ain sedang mengadap yang MAHA ESA. Rumet2 aku beria memujuk diriku aerobic di Dataran Shah Alam esok pagi. Tapi… aku perlu menjalankan tugas yang di amanatkan DR.Zainal. Mana bisa aku menangguhkan semua itu. Tapi, hatiku mudah cair umpama ais yang diterjahi terik mentari.

Aku tewas dalam pujukan semua itu. Jawapan ‘ok” membuatkan mereka bersorak ceria. Lebih-lebih lagi Ain yang manis tersenyum puas. Dalam hati, aku berbunga. Penting rupanya aku pada mereka.

Aku teringat sepotong ayat Mazwin.. “Tak bez lar tak der ida”.. Aku lirik tersenyum.
Malam kian larut. Tapi.. aku gagal memenuhi tuntutan diri untuk melayari mimipi seperti mereka semua. Hatiku berhipotesis. Mungkin diriku penat dek FYP yang membebankan diriku. Aku meniupkan semangat diri. Alhamdulillah.. aku tidak mudah menyerah. Dari pagi sampai maghrib aku di makmal Food. Aku bagai pelari pecut 100 meter. Berkejar ke sana ke mari. Lab 201,204,203 mungkin pening melihat telatah akan diriku terkejar-kejar memakai lab coat, memegang pen,proposal dan sample-sample untuk di analisis. Sudah tiga hari berturut-turut muka ini aja yang “Lab Assistant ( Kak SIti, Kak Nora, En Man, Fazley) dan pelajar Master ( Abg Izrin, Abg Amin, Kak Shu ) terpaksa mengadap muka aku.

Maaf Kak Siti, disebabkan saya, Kak siti terpaksa pulang lewat. Tapi tak mengapa kan? Akak punya OT. Gaji berjalan. Teringat aku mengusik Kak Siti di makmal 201. Untuk menghilangkan tekanan.

Semalam aku menjalankan misi dengan Dib. Kami membuat cordial Dragon Fruit. Di saat di soal Abg Amin tentang cordial, perut ku mulai kecut. Sebab? Takot bisa memalukan Degree Student From Matrix. Food Tech Degree Uitm umpama bersaing antara Matrix, EX Diploma Food, Ex Diploma Sains, Ex Diploma Microb and others.
Alhamdulillah.. soalan itu bisa aku jawab.
Antara soalan nya?
1) Brix brapa inhibit growth of bacteria.. – mestilah pada 65 brix. Brix Jam.
2) PH brapa bg cordial – Mestilah under PH 3.5 and below.. lagi lar susah bacteria nak idup kat acidic condition.
3) Jus Brix brape. – Aha.. senang jer… Brix 11-12 lar.. Ahax…
Sebiji nasi pun gagal aku jumpai sepanjang menjalankan duti. “Kamu dah besar kan. Pandai-pandaila jaga diri. =p”. Dia memerli diriku. Teringat akan pesanan ringkas yang diterima. Aku senyum. Senyum malu.
Ita, ayu, Mira,…
Sori buat kalian,, aku tak bisa meluangkan masa untuk sama-sama skate ice esok hari. Aku perlu menyiapkan tugasan secepat mungkin. Aku puas dengan jawapan mereka. “ Tak per.len kali kite pg. Kan Da tak pegi”. Aku lupa sekejap, kawan-kawan sekolah aku memanggil diriku “Da”. Dia pun pernah memanggil diriku Da bila terdengar ayah memanggil diriku akan nama itu.

Teringat sejenak akan ayah. Aku mulai membuat perjanjian dengan ayah akan belajar bisnes dan mengambil alih syarikat dia. Aku ingin menjadi kaya macam ayah. Aku sedar, makan gaji tidak mampu untuk menyara diri dan keluarga kelak. Umpam kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang. Dengan kos hidup yang lumayan bisa menyeksakan famili kelak. Suami dan Isteri harus 50-50. Tidak berat sebelah dan tidak berkira.

Aku terfikir akan semalam. Aku menelefon ayah dan merajuk akan ayah hanya di sebabkan ayah tidak memberitahu aku akan kepulangannya dari Jakarta. Ahhh.. sungguh kebudak-budakan diriku.

Maaf ayah.. anakmu hanya inginkan kasih sayang dari kamu. Kasih sayang yang telah lama hilang. Kelopak mataku bergenang air mata. Segera aku beristiqfar.

Mataku mula meleret pada jam di skrin laptop. Udah jam 12.44. Udah masuk tarih baru. 20hb. Julai.

Bebola mataku mulai pedih. Aku harus melarut. Ku lihat telefon bimbit di sebelah. Sudah menemui mimpi agaknya dia. Aku mulai rindu akan dia. Semalam dia ke Jb. Mesti penat tidak lari lagi dari jasad dia. Teringat akan kata-kata dan kekhuatiran nya akan ku tentang aku seorang diri ke Kedah.

Tidak mengapa. Aku pandai men ‘travel’kan diri seorang tanpa ada teman. Aku bisa. Walau risiko tinggi, aku boleh. Sampai bila hendak takot. Sampai bila untuk mengharapkan orang. Yang penting, aku selamat. Andai kata apa-apa jadi padaku, aku pasrah dan tentu ALLAH akan menolong hambanya. Sejenak aku teringat akan kakak angkat aku Kak Zura. “Maaf kak.. adik boleh di tempat orang.”. Hu… jenuh cuping telinga aku mendengar lenteran Kak Zura. Risau amat bunyi nya.

Sampai bila aku harus bersembunyi dari mak tentang ayah. Aku sayang mak, ayah, pakcik, ma ina. Semuanya aku sayang.. termasuk mama. Apa khabar mama sekarang? ……………….\
Aku rindu mama….
Aku rindu mama…
Manik jernih mula menitik ……….

Mira punyai rancangan dengan Shukri. Ke Pangkor. Enak bunyi nya. Mira mempelawa diriku.Aku teringin ketemu Mira lagi…

Ya… aku harus segera melelapkan mata. Bunyi kereta lumba di sekitar luar pintu pagar uitm membingitkan telingaku dan membuat aku ketakutan.

Kejadian itu…..
Tentang kamu….
“Kamu tahu, kawan baik kita, afif akan ke oversea tidak lama lagi.. Semoga dia tidak sedih-sedih tentang Irni”. HAtiku bersuara.
“Insyaallah… kita bawa safuan ketemu kamu”. Semoga Roh mu di cucuru Rahmat Siti NUr Syamilah.
Al-Fatihah….

Saturday, July 12, 2008

Aku bangun malas-malas. Pagi yang penuh dengan pemikiran.

"Common ida"!!!!. Aku memotivasikan diri ini. Usai meratah Dettol, Sunsilk, Darliee pada diri, aku terasa segar dan bersemangat. "Ah..aku bencikan cinta tiga segi" Bentak ku sendirian. Aku merajuk jauh. Namun berjaya dipujuk. Aku berterima kasih padamu sayang. Semoga apa yang kamu utarakan kamu akan buktikan. Aku akan menjaga hubungan ini dengan cahaya kesetiaan. "Ehe.ehe.ehe". Aku tesengih macam kerang busuk. Teringat akan diri yang terlebih melayan persaan.

Tiba-tiba perut ini berkeroncong seolah-olah menyanyikan lagu Uno dan Yovie. Mejaga hati. Bibit-bibit lirik lagu itu aku ikut. Namun sumbang. "Tak mengapa".

Aku mencapai Croissant dan Milo. Nikmat Terasa. "Alhamdullah"...

Teringat Croissant yang di beli di MID. Aku menanam cita membuka bakery. Menjamu 'customer' dengan kek yang lumayan enaknya, pasti mengeyangkan kepuasan di hati kelak.
Condition bakery ala taman, bermeja dan berpayung cantik umpama Secret Recipe, Tema Bakery Apple Green dan Pink pasti menarik minta pasangan bercinta dan seisi keluarga. "Lolippop, Ais Krim, Chocolate, kalian semua akan ku tempatkan juga". Bisik hati kecil ini. "Adus...... bagus amat". Ngomon hati kecil ku ini.

Terimbas pula kata-kata ini oleh rakan 'partime' hotel ku di Holiday Inn. Seorang trainer hotel dari Indonesia. Dia memuji-muji komitmen aku pada kerja banquet. "Adus..... bagus amat kamu sih ida". Terngiang-ngiang lagi ayat itu. Aku malu-malu tikus menafikan sekerasnya.

"Ah.. amat rindukan 'environment' banquet. Walau saling tidak mengenali identiti, tetapi, akan rapat jua akhirnya. Umpama semua kawan rapat. Semua sekepala, seperot. "ehe". Makanan mewah, dapat dirasa juga walau sibuk-sibuk 'serve' chinese set dan melayan keraneh 'guest' mahukan serving gear, napkine, baby chair, chinese tea. Yang bonusnya. aku dapat improvekan 'communication skill' aku dengan publics in english.

Yang pasti, aku selalu aja membawa pulang 'roses' dari hotel..

Teringat sekuntum rose merah pemberiannya. Masih aku simpan rapi. Pertama kali mendapat bunga dari seorang kaum Adam.

Terima kasih. Ku amat hargai....

Terapi Hidupku-Ketawa

Umpama belati tajam mencucuk-cucuk dinding stomach ku. "Aduhh..." aku cuma mampu menahan sendirian sakit itu. Perit dan pedih ternyata. Sukar untuk di ngomong. Minyak angin sudah disimbahi di epidermisku. Dusta semua kemujaraban minyak itu.

Medula oblanggata ku cuba mengimbas kembali apa yang telah aku rakuskan. Ya.. aku lupa. Titik cahaya bebola mataku langsung tidak menjadi saksi pertemuan antara mata dan makanan ruji Asia itu.Sesal tidak sudah. Aku gastrik lagi...


Kali ini, aku di Universiti Malaya. Udah dua semester pengajian aku tidak berepijak di kampus ini. Kebiasaan dari 'Part 1 uitm', aku biasa aja kemari. Kesibukan buat aku alpa akan teman-teman aku disini. Keindahan tasik UM ku memuji dalam diam. Tasik di waktu malam dengan keindahan pancaran lampu yang berwarna-warni mampu membuat terapi hidupku. Suara anak-anak muda bergelak ketawa bersama sambil bersiar di tasik, aku perhati. Tidak lupa juga ada merpati dua sejoli tengah memadu asmara. Aku dan Mira bersiar dan berkongsi cerita. Rindu semuanya.

Bersembang dengan Nazirah Abd.Rahman di ruang siber memuaskan diriku. "Kak Ida nak ada adik macam awak". Aku tersenyum.

Udah lama aku tidak ketawa riang seperti hari ini. Aku bersama Mira mendajalkan diri menyakat teman-teman sekolah kami di 'ym'. Kami rancang perkhemahan nanti. Insyaallah di BUKIT HIJAU, KEDAH. Aku yang mencetuskan idea. Sudah lama tidak beraktiviti seperti itu bersama teman sekolah. "AHHhhhh.. Aku amat rindukan kalian". Rindukan zaman kanak-kanak ribena kita.

Rindu kalian semua, Rindu kenakalan kita. Live kita di hostel. Tidak serik-serik mengacau singa yang mengaum. "he.he.he.". Namun, siapa sangka, di sebalik kenakalan kita semua, satu emas yang kita cipta. Persahabatan dan kenangan terindah. Penuh gelak ketawa. Kejujuran dan kesetiaan.

"Ahh.. Aku melalut panjang". Waktu jauh larut malam. Tapi mana bunyi ayam berkokok seperti di kampung?. Lupa.. aku kini di ibu kota. Amat indah suasana malam di sini. Bangunan pencakar langit aku lihat seolah ada keramaian di sini. Sungguh terang dengan lampu neon. Bangunan Telekom gah berdiri. Ah.. indahnya waktu malam.

Apa khabar mu sayang?. Sudah awal dirimu melarut. Penat seakan bertaut pada dirimu. Dalam diam aku mengagumi kesungguhan dirimu ber'bisnes'. Kata nazirah.. seakan angahnya 10 orang anak perlu tanggung. Aku tersimpul malu.

Tapi, aku juga seorang wanita. Perlu diberi perhatian walau sedikit pun.

Jam sudah lewat, aku agak kepenatan berwindow shopping di MID VALLEY petang tadi. Aku rindukan Baskin Robbin bersamanya. Tapi.. kewangan membuntu niatku menunaikan hajat 'taste buds di epitellium lidahku untuk merasa keenakan dan kemewahan ais krim itu. Aku mencapai wallet, mengeluarkan sekeping wang merah lalu membayar dua Sundae Con. Puas terasa tatkala trakea mula merasa kesejukan sundae con McD.

"Ahh..mengidam chocolate". Aku mengeluh akan sikap mengada-ngada Haslinda...

Friday, July 11, 2008

Kejap Lagi Aku Tiba

Seperti biasa, sama dengan lain2 hari, aku malas-malas membuka mata, seakan ada besi yang amat berat di kelopak mataku ini, " Ahhh..pergi kau Setan, jangan ko cuba dekati cucu-cicit hawa ini" hati ku menjerit rakus. Segera ku mencapai 'hp'.. ada pesanan ringkas dari inbox ku. "Skt pale lg ker syg?Abg ttdo sori".

uhhh... hati ku mengeluh seakan melepaskan beban yang amat besar. Kukecewa. Malam tadi.. aku sakit,lemah yang amat.. "I need someone to comfort me even not a doctor". Tapi kekecewaan yang dikurniakan. Aku keseorangan memujuk hati kecil degil.

Aku bingkas membalas pesanan itu, "Abg, bangun...subuh. Ummmuaahhh". Namun tiada balasan. Dikit persis nan hampa.

Usai solat subuh, aku memanjatkan doa kepada-NYA. "Alhamdullilaallah hi rabbil alami..... Dengan penuh tertib, aku memulakan bacaan doa. Hatiku tenang... "Alhamdulliallah".. Ku himpunkan pahala dengan berzikir dan bacaan Al-Fatihah dan tiga Qul. Alhamdulillah... hatiku tenang.

Hati kecil ini melonjak membersihkan diri.

Enjin Skuter Ego segera ku panaskan. Hati berbukit ceria melimat skuter yang bersih dan berkilau di simbahi terik mentari. Dua hari lepas aku berpeluh anggota membersih dan polish skuter.Bangga mula terasa.

"Kenderaan mencerminkan individu itu sendiri". Rafizah pernah membisikkan ayat itu di cuping gegendang telingaku. Aku senyum sendirian..... Rindu akan dirinya. "Bila nak jumpa?". Aku hanya mampu terseyum.

Tiada apa yang mampu kulaksanakan untuk menghiburkan diriku. Gusar tentang masalah projek akhir tahun, tentang kewangan dan tentang masalah kesihatan diri sendiri serta keluarga. Yang aku mampu, hanya tersenyum selepas usaha di canaikan. "Masalah akan senang diatasi jika kita slalu senyum". Aku slalu mengikat kuat kata-kata itu di medan akal fikiranku.

Seperti kebiasaan diri ida, aktiviti merayau dengan skuter sekitar shah alam dan membazirkan minyak motor segera dijalankan bila terdetik apa jua masalah.

Lebih senang berkongsi sendirian.

Skuter di park di parking PITTAR. Bunyi Sepatu bertempur dengan jubin lantai memeriahkan bunyi kesibukan pelajar yang mundar mandir di fakulti. Aku berjeans biru, Bertshirt pink, bertudung krim menyandang beg galas laptop.

Aku melihat "hp". Tiada balasan mesej. Sibuk agak nya kamu. Tak mengapa. Semoga kamu berjaya nanti. Aku selalu doa kan kejayaan kita. Aku ingin melepaskan rindu bersama Nadya. "Jom g Fun2 kat genting?". Sepantas kilat Nadya membalas. " Aku ade BTN lar.Sori..". Hampa aku dikit. Ku mencari number Mira. Aku berbalas mesej dengan nya. Dia menanyakan aku saamada jadi ke UTP atau tidak. Insyaallah. Aku ingin pergi nanti.

Hilang segala resah ber "chat" dengan kawan-kawan. Segera ku setuju dengan pelawaan Mira untuk keluar "beronggeng" di sekitar MIDVALLEY MEGA MALL dan menginap percuma di UM untuk semalam.

Alhamdulliallah..
Aku segera panjatkan syukur. Ada cahaya kegembiraan bakal menemani aku....

"Mira, kejap lagi aku tiba" hatiku bermonolog sendirian.

Usai semua, aku bagaikan terkena renjatan elektrik bila terdengar suara asing di cuping telingaku. Amat kuat bunyinya.

Sayang sama sekali. Kamu "good looking". Tapi.. kenapa kamu selembut macam itu duhai kaum Adam. Hatiku merintih kecewa kerana bisa ada kaum adam yang ingin menjadi kaum Hawa. Kejamnya kehidupan..

Perasaan Yang Senja

Tatkala hati kecil teman-temanku melonjak gembira bagai anak kecil yang mendapat lollipop... Perasaan aku berduka dek tempias keletihan dan kepenatan melawan perasaan yang berombak kedukaan.

Ku Buka wallet hijauku, ku selak selai demi selai kepingan wang yang memonopoli wallet hijauku. 1,2,3,4,5,6..

Ku hitung dikit demi dikit. Ahhhhh....... Enak andai nya si pari2 menukarkan wang kertas RM1 aku menjadi RM1000000000000... aHHhhhh.. Enaknya.... akan ku segera meminang prince charming aku..
ehehe....

TApi.. aku perlu tahu.. aku bukan Cinderella dalam Fairy Tales.. WAlau itu yang aku mahukan dari kecil hidupku..

"Sedarlah syg, kamu bukan Princess dalam fairy TAles" ayat itu selalu saja terpahat rapat di ruang benak hatiku..